Pokok cili antara yang banyak ditanam di rumah, baik dalam pasu atau di tanah. Senang nak makan, ambil saja.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah kena serangan bena/ulat putih. Sampai buat pokok mati.
Tak perlu guna racun kimia untuk pulihkan pokok cili yang kena masalah ini. Boleh buat sendiri semburan kawalan serangga seperti dilakukan oleh Lebai Kudin. Cuma guna dua bahan dapur saja.
Selain pokok cili boleh juga sembur pada sayuran yang alami masalah sama.
Biasanya, cara paling mudah dan cepat kita nak membasmi serangga adalah dengan menyembur sahaja semburan aerosol tanpa berfikir panjang. Tetapi suka atau tidak, kita tidak boleh abaikan hakikat yang bahan ini beracun.
Jadi untuk kurangkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang, adalah lebih baik jika kita ambil pendekatan yang lebih selamat iaitu dengan menggunakan tumbuhan herba ini.
6 tanaman pilihan yang IMPIANA sarankan untuk anda :
1. Allium Tuberosum (Kucai)
Tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia dari tanaman kucai juga dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Mentha spicata (pudina)
Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia spp. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.
4. Amaranth spinosus (Bayam Duri)
Sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Cosmos cosdatus atau Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Coriandrum sativum (Ketumbar)
Tumbuhan yang wajib ada di dapur. Ia bukan sahaja dapat menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Memang umum tahu, banyak bahan dapur yang menajdi rakan kebun anda. Salah satunya ialah kopi. Kenapa kopi? apa khasiat kopi pada tanaman? Sue Haiza berkongsi khasiat hampas kopi yang mungkin ramai tak tahu dan kurang paham.
Mungkin ramai yang sudah tahu khasiat baja organik ini dan telah menggunakan hampas kopi untuk tujuan kesuburan tanaman
Info ini adalah untuk kita menambah pengetahuan dan jika sesuai bolehlah kita praktikkan semasa kita bercucuk tanam
Pada pendapat saya, penggunaan bahan organik seperti ini adalah mengikut kesesuaian tanah dan tanaman kita. Begitu juga dgn khasiat kulit telur yang saya telah kongsikan sebelum ini. ada yg berjaya menggunakannya..ad pula yang sebaliknya. apapun, yang terbaik adalah dengan cara mencuba dan berkongsi pengalaman.
kopi secara umumnya mengandung nitrogen dan nutrisi lain yang bagus untuk kesuburan tanaman. antaranya adalah ;
1.Kafein
kandungan kafein yang terdapat dalam kopi membantu tanaman kita daripada serangan hama atau ulat serangga. bau kafein pula menghalang serangan rama2.
walaubagaimanapun, penggunaan kompos dari kopi ini hanya sesuai untuk tanah yang mempunyai tahap keasidan yang rendah.
jika penggunaanya salah, ia menyebabkan tumbuhan mengalami keracunan hasil dari kafein, gagal tumbuh dan membesar dgn sihat. dgn itu jangan terlalu kerap menabur hampas kopi ya
2. Khasiat asid
kopi mempunyai kandungan asid yang berguna untuk mengimbangi keasidan tanah.
3. Mineral
Kopi mengandung mineral, protein, dan unsur lainnya yang dapat menyuburkan tanaman. Kandungan mineral utama kopi adalah kalsium, kalium, besi, fosfor dan kromium, yang sangat disukai cacing tanah. Cacing tanah yang mendapat cukup nutrisi sihat ini dapat menyuburkan tanaman. Selain itu, kandungan mineral tersebut ini juga sangat penting semasa proses pertumbuhan. Serbuk kopi juga mengandungi karbon dan gas nitrogen. Ditambah potassium, magnesium, dan tembaga yang mana sangat berguna kepada tanaman.
4. Protein
hampas kopi mengandungi Lignin dan selulosa yang sangat bermanafaat untuk tanaman.
5. Melebatkan daun.
boleh campurkan hampas kopi dan siram di sekitar pokok.
ok,mari kita teliti kan bagaimanakah cara untuk menghasilkan hampas kopi. selepas menggunakannya sebagai minuman, saringkan hampas kopi dengan air dan biarkan kering.
kemudian,boleh dah ditabur pada sekitar pokok. walau bagaimana pun,jangan terlalu kerap menabur serbuk kopi pd tanaman. cukup lah dengan menabur sekali seminggu sahaja .
Sebenarnya,cara yang lebih efektif adalah dengan mengeringkan nya dan hasilkan baja kompos daripada hampas kopi yang tersebut.
Cara hasilkan baja hampas kopi
Bagaimana menghasilkan baja kompos daripada kopi? caranya adalah dengan mencampurkan serbuk kopi yang telah dikeringkan dengan bahan organik seperti sisa sayuran, sisa makanan,cengkerang telur atau roti yang telah basi.
jika ingin maklumat lanjut,bolehlah mempelajarinya dgn lebih detail
Apapun,bagi saya yg baru bermula untuk bercucuk tanam, cukuplah sekadar menabur hampas yang kering sahaja.
Contoh tumbuhan yang sesuai adalah seperti cili,kacang panjang,tomato,lobak dan lain2.
semoga bermanafaat. kongsi ilmu,kongsi pengalaman
Mungkin kita pernah melihat orang mengambil atau memetik tumbuhan atau pokok di tepi jalan dengan alasan untuk menanam di rumah sendiri. Tapi adakah ia dibenarkan dan apa hukumnya pula sebagai orang Islam?
Soalan
Apakah hukum mengerat sedikit ranting dan tunas atau mengambil anak yang tumbuh dari pokok bunga yang hidup di tepi jalan raya atau di taman. Tujuannya adalah untuk mendapat benih/baka bagi tumbuhan tersebut. Cara mengerat dibuat dengan baik dan tidak merosakkan tumbuhan tersebut.
Jawapan
Hukum asal adalah haram mengambil atau mengerat walaupun sedikit ranting atau tunas pada pokok di tepi jalan atau taman kerana ia adalah milik orang lain kecuali dengan izinnya.
Perkara ini termasuk dalam kategori mengambil atau memakan harta orang lain secara batil (salah) yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firmannya:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah.”
(Surah al-Baqarah: 188)
Namun syarak mengiktiraf adat dan budaya baik setempat. Jika adat dan budaya sesuatu tempat masyarakat yang hidup berjiran saling membenar dan menghalalkan sesama mereka, maka ia adalah dibenarkan mengambil dan memakannya dengan tidak berlebih-lebihan sekadar untuk keperluan dirinya sahaja.
Akan tetapi berasaskan kepada sifat wara’, adalah baik tidak mengambil dan memakannya kecuali telah diketahui secara pasti bahawa jiran atau tuan tanah tersebut sememangnya seorang yang baik hati atau terus sahaja meminta izin daripadanya atau orang yang menguruskannya.
Hal ini juga termasuk tanah milik kerajaan atau kawasan rizab yang telah ditentukan, maka sebaiknya hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu. Demikianlah adab-adab yang dititik beratkan dalam Islam. Moga kita dapat mempraktikkannya, insya Allah.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.