Dimanakah lagi tempat untuk anda berehat kalau tidak di katil. Kerna, katil sahaja lah yang boleh membuatkan anda tertidur dengan keselesaannya. Kegunaan katil bukan sahaja tempat berehat tetapi katil juga diperlukan demi menghindari dari kulat yang tumbuh di tilam. Sedikit perkongsian tentang katil yang saya tahu adalah katil ini selalunya diperbuat daripada jenis material besi dan kayu dan juga, setiap bentuk katil itu ada pelbagai jenis dan bentuk. Kerna, itulah yang dipanggilkan seni.
Jadi dengan itu, saya akan menunjukkan katil-katil yang sesuai untuk anda beli.
SLAKT BED FRAME with storage+slatted bedbase
Ads
Katil SLAKT ini, adalah katil yang akan menjimatkan ruang anda. Katil ini memiliki laci atau tempat meletakkan barang yang mengandungi 4 bahagian yang sama ruangan dalamannya. Dengan adanya katil sebegini, senang untuk kita mengambil barang yang kita simpan dalam itu. Tambahan lagi, ia juga sesuai untuk warga emas yang sudah uzur. Katil ini akan menyenangkan mereka untuk menguruskan segala perkara mereka seperti mengambil baju, mengambil ubat atau perkara yang lain-lain.
STUVA/FRITIDS LOFT BED combo with 4 drawers/2 doors
Ads
Katil Stuva ini pula amatlah sesuai ya untuk anak-anak anda yang sedang belajar. Katil ini adalah pilihan terbaik yang anda boleh menggembirakan anak anda. Katil ini mempunyai size yang sesuai untuk ditempatkan dalam bilik yang sempit. Kebolehan katil ini ialah ia dilengkapi dengan satu katil yang digabungkan dengan meja belajar, rak buku, almari pakaian dan laci yang serbaguna. Jikalau anda membelikan katil sebegini kepada anak anda, semestinya dia pasti akan berasa gembira kerana kesenangan yang dia miliki. Dengan semudah itu, dia mengulangkaji di meja tersebut dan setelah selesai, dia terus naik dan tidur di atas katilnya.
Ads
Maka dengan itu, akhiri sudahlah penerangan saya dalam tentang memberi tips atau cadangan yang terbaik untuk memelih katil yang bagus dan sesuai di dalam rumah anda. Semoga, dengan cadangan ini, dapat membantu anda yang sudah bekeluarga mahupun yang masih bujang.
Kreativiti dalam diri perlu ada dan penting untuk kita semua, lagi-lagi bila nak deko rumah bukan? Banyak contoh-contoh design yang kita boleh lihat dan ambil dari Google untuk menjadikan rumah kita cantik dan lawa. Bila dah jumpa banyak sangat design yang lawa, macam-macam idea ada, kita akan jadi keliru hendak mula mana satu. Di sini, saya akan cerita atau memberitahu tips-tips untuk meng-deko rumah menjadi gempak. Tetapi, janganlah sampai mengubah kesemua konsep dan rupa di dalamnya pula ya.
Pilih warna cerah untuk dinding di rumah anda.
Pemilihan warna dinding di rumah haruslah kita ambil warna yang cerah atau lembut. Ini kerana warna tersebut dapat membuatkan ruangan dalam rumah kita menjadi lebih luas. Dalam hal lain pula, warna cerah boleh mewujudkan suasana yang harmoni terhadap kediaman anda. Bila dikatakan warna cerah, tidak semestinya kita kena pilih warna putih. Warna peach atau hijau cerah, juga boleh. Dari aspek lain pula, mengambil warna cerah akan sentiasa menampakkan rumah kita nampak lebih bersih.
Bermain dengan tanam-tanaman atau kehijauan dalam kediaman kita.
Banyak yang kita jumpa di Google atau mana-mana laman sosial, untuk menceriakan rumah kita haruslah pandai dan bijak dalam membeli perabot rumah. Akan tetapi, kita boleh juga menggunakan tanaman-tanaman palsu untuk menampakkan keserian rumah kita. Kita boleh beli beberapa pasu-pasu bunga atau pokok-pokok, kemudian hiasi di sudut-sudut rumah kita. Cara lain pula, kita boleh membeli rumput-rumput palsu kemudian letakkan di mana-mana kawasan lantai yang ada di rumah kita. Rumput palsu tersebut, mungkin boleh digunakan untuk lap kaki kita. Tambahan lagi, tumbuhan-tumbuhan yang boleh digantung, kita gantungkannya di kawasan Lorong yang ada di rumah kita. Haaa, barulah nampak macam masuk ke dalam dunia fantasi. Boleh juga, kita sediakan satu rak asing dalam rumah kita, kita susunkan pasu-pasu yang ada tumbuhan atau bunga di atas rak tersebut. Tapi pastikan rak tersebut diletakkan di sudut atau tempat yang menarik pandangan apabila tetamu hadir ke rumah anda.
Baiklah, itu sahaja perkongsian yang saya dapat memberikan untuk anda semua tentang tips untuk menyerikan atau menceriakan dalam rumah anda.
Terdapat banyak variasi container garden seperti tanaman herba, bunga mahupun sayur-sayuran yang boleh diusahakan dengan jaya. Namun, anda haruslah mengetahui apakah do’s & don’ts dalam membentuk sebuah container garden yang beroleh hasilnya. Ini termasuklah aspek seperti jenis tanaman itu sendiri, tanah, air, lokasi dan pemilihan bekas tanaman yakni pasu. Pendek kata, ikuti panduan yang LAMAN sediakan ini untuk menghasilkan tanaman dalam pasu yang menjadi dan subur.
Jenis Tanaman
Pastikan tumbuhan yang anda pilih untuk container garden secocok atau blend antara satu sama lain. Aspek yang dititikberatkan di sini termasuklah keperluan dari segi pencahayaan, air dan tanah. Jika anda melakukan kombinasi tumbuhan yang berbeza keperluan ini, maka sukar untuk tumbuhan ini hidup secara harmoni. Misalnya, tumbuhan yang memerlukan cahaya matahari dengan banyak seperti pokok buluh hiasan (Phyllostachys aurea) boleh ditempatkan bersekali dengan kategori yang sama. Namun, bagi penjagaan yang mudah, menanam satu jenis tumbuhan dalam sebuah pasu adalah cadangan yang terbaik. Selepas itu barulah anda boleh bermain dengan saiz tumbuhan, tekstur, warna dan setting tertentu bagi mewujudkan sebuah container garden yang bukan sahaja berjaya, namun tampil harmoni dan menenangkan!
Tanah
Penggunaan jumlah yang sederhana daripada tanah di kawasan laman disyorkan bagi membentuk campuran tanah yang seimbang untuk container garden. Ambil bahagian tanah yang digali beberapa inci ke dalam tanah supaya anda memperoleh tanah yang bersih dan bebas daripada campuran bendasing seperti biji benih, serangga, sisa binaan dan sebagainya yang lazimnya terdapat di permukaan tanah.
Campuran tanah yang seimbang juga boleh diperoleh dengan campuran tanah laman, pasir dan peat moss. Jika anda ingin menanam sayuran untuk container garden, lebihkan penggunaan pasir dan kurangkan peat moss dalam campuran tanah tadi. Manakala, tumbuhan berbunga lazimnya memerlukan penyiraman yang lebih kerap. Oleh yang demikian, kondisi tanah yang lebih lembap diperlukan dengan memberikan ekstra tanah laman atau peat moss. Ia dapat mengekalkan kelembapan tanah dengan sempurna.
Jika anda ingin membeli campuran tanah yang telah siap, pilih beg tanah yang sederhana berat. Bukan terlalu berat kerana ia lazimnya hadir kompak dan memiliki isian yang padat. Manakala, beg tanah yang terlalu ringan juga tidak bagus untuk kondisi tanah container garden. Pilih antara keduanya.
Lokasi
Lokasi di mana anda menempatkan tanaman berpasu sangat penting kerana ia mempengaruhi pengamatan atau pancaran cahaya matahari, sama ada mencukupi atau sebaliknya. Iklim tropika yang menghasilkan cuaca panas sepanjang tahun bukan penentu tanaman anda mendapat cahaya yang sempurna. Sekiranya anda meletakkan di lokasi yang salah, maka tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik. Oleh yang demikian, lakukan penilaian terhadap pancaran cahaya dengan meletakkan bekas tanaman di lokasi tertentu yang anda pilih. Lihat berapa banyak cahaya yang diperoleh dan berapa lama jangka masa bekalan cahaya matahari yang diperoleh. Lakukan selalu bagi memastikan yang terbaik untuk container garden anda. Sentiasa peka, bagi tumbuhan full sun haruslah mendapat bekalan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Manakala, tumbuhan full shade memerlukan kurang tiga jam pancaran cahaya dalam masa sehari.
Istimewanya, kebaikan tanaman berpasu ini adalah anda boleh mengalihkan pasu jika anda dapati cahaya tidak mencukupi atau ingin meletakkan tanaman di tempat yang redup bagi mengelak pancaran secara terus. Oleh itu, anda harus mengetahui jenis tanaman pada container garden anda bagi mengelakkan situasi seperti melecur akibat pancaran cahaya berlebihan atau keguguran daun dan sebagainya.
Pemilihan Pasu
Sentiasa pastikan pasu anda memiliki lubang di dasar pasu bagi tujuan pengairan air yang baik. Anda juga boleh meletakkan satu hingga dua inci lapisan batu kerikil di dasar pasu bagi tujuan yang sama. Tahukah anda bahawa terdapat banyak pasu yang tiada lubang di dasarnya kerana ia lazimnya dijadikan pasu hiasan atau dekoratif. Ramai yang terlepas pandang kerana pasu dekoratif ini bukan bagi tujuan penanaman dan tidak praktikal dijadikan pasu bagi container garden anda bagi jangka masa yang panjang. Lubang pengairan ini adalah satu kemestian!
Tahukah anda bahawa pemilihan pasu mampu mempengaruhi perasaan dan membentuk mood anda sebagai pemilik? Pasu juga menggambarkan sesuatu nilai seperti classy, kreatif, moden, sofistikated, bergaya, mesra alam, primitif dan sebagainya. Jadikan pasu dengan fungsi tertentu seperti titik fokal di taman, pembahagi ruang, membentuk privasi, memberi accent kepada landskap dan banyak lagi.
Penyiraman
Periksa pasu atau bekas tanaman anda setiap hari bagi melihat keperluan air. Ini kerana jika tanaman anda kekurangan bekalan air, ia boleh membantutkan pertumbuhan container garden. Ia berbeza dengan tanaman yang tumbuh di permukaan tanah, akar bagi tanaman container garden tidak mampu menembusi ke dalam tanah bagi mencari sumber air. Di samping itu, pastikan adanya ruang satu hingga dua inci di permukaan atas bekas tanaman dengan tanah. Ini bagi memastikan apabila penyiraman dilakukan, air siraman tidak terkeluar daripada bekas tanaman dan akhirnya hanya permukaan atas tanah sahaja yang basah dan lembap.
Penyiraman perlu dilakukan sebelum tanaman menunjukkan tanda-tanda seperti layu, kekuningan dan tidak sihat. Terdapat sesetengah jenis tanaman yang dapat bertoleransi dengan keadaan tanah yang kering dan tidak memerlukan keadaan yang lembap berlebihan. Tumbuhan sukulen merupakan contoh kepada situasi ini dan berlawanan sifat dengan tumbuhan tropika. Oleh itu, pastikan anda memahami jenis tumbuhan yang anda tempatkan di container garden anda.
Penyiraman juga akan mengelakkan kadar garam yang tinggi berkumpul dalam tanah. Leaching (lebih air) akan membawa garam dalam tanah yang terhasil melalui pembajaan seterusnya mengelakkan akar terbantut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!