Karpet kotor biasanya kita akan hantar ke dobi untuk membersihkannya. Adakala boleh habis beratus-ratus ringgit untuk tujuan ini.
Tapi kalau mahu melakukan penjimatan kita juga boleh cuci sendiri karpet yang kotor ini. Tak perlu alat khas sebaliknya hanya menggunakan mop dan sabun saja.
Kaedah ini juga mudah kerana tak perlu habiskan tenaga untuk angkat dan jemur.
Caranya dikongsi oleh Isjue Ishak yang mempraktikkan kaedah ini sebulan sekali sejak dua tahun lalu lagi untuk membersihkan karpet.
Cara cuci karpet kotor guna mop saja
Bahan diperlukan
Air panas
Sabun serbuk
Sedikit Clorox (boleh guna yang pewarna juga)
Ads
Cara-caranya
Vacum dulu karpet untuk hilangkan habuk dan kotoran.
2. Tuang semua bahan dalam baldi, kacau untuk ratakan semua bahan.
3. Masukkan mop dalam baldi berisi air tadi dan perah.
Ads
4. Kemudian bolehlah mop seluruh karpet.
5. Selepas siap biarkan karpet di bawah kipas untuk dikeringkan.
6. Nanti boleh nampak air dalam baldi bertukar warna akibat kotoran daripada karpet.
Ads
INFO: Jangan risau penggunaan Clorox tidak akan menyebabkan karpet luntur warna.
Rumah besar tapi deko rumah nampak murah sayangnya… Bukan tiada bajet tapi pilihan perabot dan hiasan menyebabkan kediaman yang mahal pun boleh nampak serba tak kena.
Supaya tak membuat kesalahan yang sama, boleh gunakan tip yang dikongsi agar perkara sama tak terjadi kepada kediaman kita.
Elakkan menggunakan rak kasut jenis terbuka kerana ia akan kelihatan semak apabila kasut dihimpunkan secara selambak. Rumah kelihatan lebih terurus sekiranya koleksi kasut disimpan secara tertutup di dalam almari.
Rumah akan bertambah serinya apabila lukisan hiasan yang menarik digantung pada dinding. Namun lukisan bersaiz besar lebih disarankan berbanding kecil.
Ia kerana lukisan hiasan bersaiz kecil cenderung untuk digantung secara berkelompok pada dinding sehingga menjadikan rumah nampak berserabut.
Langsir pendek yang hanya menutupi separa tingkap menyebabkan rumah kelihatan ‘terbantut’. Manakala langsir panjang yang meliputi tingkap secara menyeluruh adalah lebih elegan.
Sebaiknya wayar dan kabel elektrik disorokkan di sebalik perabot atau langsir supaya tidak dapat dilihat dengan pandangan mata.
Jangan sesekali membiarkan wayar berselirat di atas lantai secara terbuka kerana boleh mencacatkan keindahan rumah anda.
Jangan campurkan terlalu banyak warna untuk dalaman rumah, kelak akan kelihatan seperti premis taska dan restoran tomyam. Utamakan warna neutral seperti kelabu, hitam dan putih.
Sudah tamat zaman menggunakan lampu putih yang kelihatan kosong, lampu LED dengan warna kekuningan menjadikan rumah lebih moden.
Lima gajet rumah berbaloi beli untuk mudah kerja dan jimat masa buat kerja rumah. Gajet atau produk ini ini sesuai sangat buat pasangan suami isteri bekerja dan punya anak masih kecil.
Pasangan sebegini pastinya tak cukup kaki tangan untuk melakukan kerja rumah. Adanya peralatan elektrik atau gajet yang boleh membantu memudah atau melangsaikan kerja memang melegakan. Meski sedikit mahal tapi mampu memberi masa untuk kita berehat.
Perkara inilah yang dirasakan oleh Amni Azmi. Dalam satu perkongsian yang tular beliau menyenaraikan lima peralatan di rumah yang sangat membantu dan memudahkan ibarat ‘membeli masa’ dengan wang.
Masa awal berkahwin tahun 2019 kami duduk di apartment sewa. Owner ada sediakan iron biasa. Ada satu hari tudung kegemaran saya terbakar. Saya menangis sebab saya propose kepada suami untuk beli steam iron Philips, tapi kena reject sebab dia kata mahal sangat. Harga ketika itu RM600.
Saya dah lama tak guna iron biasa sebab mak saya pengguna steam iron Philip sejak zaman saya sekolah. Selepas beberapa siri merajuk kami pun share duit beli seterika ini. Rupanya masa tu saya belum faham cara suami saya fikir. Dia nak saya hantar proposal full pros and cons guna steam iron Philip, kena justify harga begitu begini.
Sekarang saya kerja di sektor swas, kebanyakan pakaian saya casual dan ironless. Jadi suami sayalah yang paling banyak menggunakanna. Alhamdulillah pakaian kami tak pernah terbakar sejak guna iron steam dan syukur model yang kami beli tak pernah ada masalah sampai sekarang. Kena rajin buat maintenance (decalc) bila tiba masanya.
Kami berpindah ke rumah sendiri bebera tahun lalu. Suami beli robot vacuum. Sejak dari itu kami masih guna robot vacuum yang sama. Ada satu kali saja tukar bateri. Kelebihan robot vacuum, menyenangkan kerja maintenance menyapu. Jadi tak perlu menyapu harian cuma sesekali kena buat deep cleaning rumah.
Sustainability itu penting. Walaupun per cycle lama, 1 cycle jatuh beberapa sen je. Bil elektrik kami tak naik sangat pun sejak ada dryer. Modal upfront agak keras juga dalam RM3-4k untuk heatpump tapi setakat ini pulang modal sebab dah guna beratus cycle. Ada hari guna 2-3 kali.
Selepas itu kami beli dishwasher. Sebab duduk dua orang jadi beli Toshiba yang lower entry grade sahaja untuk penggunaan dua orang. Tablet dishwasher beli shopee RM60 dapat la 90 tablet. Average penggunaan satu tablet sehari. Memang boleh basuh dengan tangan. Tapi saya jenis tak suka berlama-lama di dapur depan sinki dan berbasah-basah.
Masa membasuh boleh pilih ikut mode. Saya suka guna mode hygienic tapi dalam 2 jam juga. Bagi saya takde masalah, sebab masa dia membasuh kita boleh rehat, baca quran, kemas lap dapur dan kerja sambilan.
Bila siap, pinggan mangkuk pun kering. Kadang-kadang jenis makanan yang degil ada sisa yang tak hilang sepenuhnya (jarang berlaku), tapi boleh saja basuh semula dengan usaha yang minima sahaja. Guna dishwasher tak naik banyak pun elektrik. Bil air pun sama sahaja malah lebih jimat sebab kita basuh sekali gus.
Konsep tinggal dan masak, dan sesiapa boleh hasilkan masakan yang sama kalau ikut resepi. Satu sebab saya baru terjebak dengan Thermomix sejak hamil kerana saya rasa saya ada konflik dengan makanan.
Saya hilang selera makan dan berat turun. Tapi saya tak mahu makanan yang beli kat luar. Tapi saya tak selera juga makan makanan masak sendiri. Last sekali saya beli Thermomix dan suami saya ikut resepi dalam Cookidoo dan group Thermomix. Saya berselera makan.
Ujarnya berdasarkan pengalaman menggunakan gajet-gajet ini yang bantu memudahkan urusan harian di rumah dan satu pelaburan yang membahagiakan keluarga.
“Jangan rasa kedekut untuk melaburkan modal bagi membeli masa yang lebih. Kita kena berdamai dengan teknologi. Masa itu lagi mahal dari wang ringgit. Sebab masa tak boleh dapat kembali. Duit boleh cari balik,”katanya.
Elak pasang aircond di lokasi ini dalam rumah kalau tak mahu bil elektrik makin tinggi! Ya, kedudukan aircond turut memainkan peranan dalam hal ini.
Jadi jika berhajat memasang aircond atau pendingin hawa di kediaman pastikan ia diletakkan di kedudukan yang betul.
Bukan saja untuk memastikan supaya aircond ini berfungsi sepenuhnya tapi juga kita tidak mengeluarkan kos tambahan untuk membetulkakan semula keadaan, selain mengelakkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
“Apa yang penting sangat nak kena tahu tentang posisi ideal aircond ni? Kerana sekiranya pemasangan dah selesai dilakukan kita kena keluarkan kos tambahan bagi memperbetulkan semula,” tulis beliau dalam perkongsian di Facebook.
1. Berhadapan dengan cermin tingkap/sliding door/pintu.
2. Berhadapan dengan peralatan yang mengeluarkan haba seperti tv, decoder & sebagainya
3. Dekat dengan aircond lain secara berhadapan terlalu dekat.
4. Terlalu jauh dengan unit OUTDOOR (KOMPRESSOR).
5. Di atas peralatan elektrik seperti tv, computer dan sebagainya.
Selesai pemilihan lokasi yang mematuhi tip diatas kita perlu memastikan jarak kedudukan dengan DINDING, CEILING & LANTAI pula memenuhi kriteria. Antara kriteria jarak adalah:
Indoor
Outdoor
1. Kita mungkin menggunakan aircond dengan kadar penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
2. Jangka hayat aircond tidak sampai had kemampuan sebenar.
3. Gangguan pada laluan di bahagian kedudukan outdoor.
4. Menampakkan rumah kita tidak kemas/serabut.
5. Kemungkinan terjadi kerosakan pada barang elektrik sekiranya berlaku masalah air menitis dari aircond.
INFO: Disarankan juga tidak meletakkan aircond di atas tingkap dan pintu slidding kerana dari sudut hiasan dalaman langsir tidak dapat diletakkan ‘full height’ agar kediaman lebih cantik.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.