Cat Hiasan Lepa Kapur Buatan Tempatan Pertama Malaysia Pertingkatkan Kualiti Udara Dalaman.
Kansai Paint Asia Pacific Sdn Bhd baru sahaja melancarkan cat pembersih udara mesra alam serba baharu yang dinamakan ‘ALES SHIQUY’. Cat baharu ini dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Kansai Paint dan juga merupakan pelaburan teknologi berterusan Kansai Paint di Malaysia.
‘ALES SHIQUY’, sejenis cat hiasan emulsi berasaskan air, merupakan lepa kapur buatan tempatan pertama Malaysia yang mempertingkatkan kualiti udara ruang dalaman dengan ketara. Ciri unik ‘Shikkui’ dalam produk baharu ini bertindak dengan memerangkap dan menyahaktifkan bakteria berbahaya yang bersentuhan dengan permukaan bercat. ‘Shikkui’ ialah sejenis bahan semula jadi tradisional Jepun yang lebih dikenali sebagai ‘kapur mati’. Bahan ini mempunyai fungsi antivirus dan antibakteria, kawalan kelembapan dan nyahbau yang berkesan.
Ads
Memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang kualiti udara bagi persekitaran dalaman, pelancaran ‘ALES SHIQUY’ dianggap tepat pada masanya kerana menawarkan penyelesaian menjimatkan kos kepada pengguna untuk melindungi persekitaran dalaman daripada pencemar berbahaya seperti formaldehid.
Semasa berucap di majlis pelancaran, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kansai Paint Co., Ltd, Hiroshi Ishino berkata, “Kansai Paint kini merupakan pelopor sebenar yang menghasilkan penyelesaian cat inovatif berprestasi tinggi bagi pelbagai jenis permukaan berasaskan tiga tunggak utama iaitu pematuhan, kelestarian dan kualiti. ‘ALES SHIQUY’ melambangkan misi 100 tahun Kansai Paint untuk mewujudkan ruang hidup dan komersial yang lebih selamat dan sihat bagi para pelanggan kami. Dengan cat baharu ini, kami dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka mewujudkan persekitaran yang lebih cantik, bersih dan selamat.”
Ads
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara kini menjadi isu pembangunan lestari yang mendesak, memandangkan kira-kira tujuh juta orang terdedah kepada zarah halus dalam udara tercemar setiap tahun. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pencemaran udara kediaman menjadi masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan isi rumah, termasuk di Jepun dan Malaysia.
‘ALES SHIQUY’ boleh diguna pakai pada permukaan dinding ruang hidup berbeza, termasuk kediaman, pejabat, kemudahan penjagaan kesihatan dan sedia melindungi penghuni daripada bahan cemar udara yang berbahaya. Di samping itu, cat baharu ini melindungi alam sekitar dengan menyerap karbon dioksida. Cat ini juga tidak mudah bakar dan boleh membantu mencegah kebakaran.
Ads
Rangkaian cat baharu ini menawarkan kira-kira 500 pilihan warna yang akan ditawarkan di semua pengedar sah Kansai Paint mulai Julai 2018.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lelaki ini berkongsi kisahnya membeli perabot secara online. Pada mulanya dia nak ‘surprise’kan isterinya dengan perabot yang baharu dibelinya namun setelah perabot itu sampai di rumah, dia yang telah di ‘surprise’kan. IMPIANA turut bersimpati dengan lelaki ini, hehehe. Jadi, kepada anda yang hendak membeli barangan secara online tuh haruslah berhati-hati dan ikuti langkah-langkah ini.
Berbelanja secara online kini menjadi pilihan banyak orang. Layanan yang sedang berkembang pesat ini memang membawa impak besar pada cara kita berbelanja. Banyak keperluan yang mudah untuk didapatkan hanya dengan mengklik mouse atau layari gadget saja.
Barang-barang yang dibeli pun ada beraneka ragam mulai dari gadget, elektronik hingga keperluan rumah. Untuk keperluan kediaman, ada beberapa langkah yang perlu anda perhatikan sebelum melakukan pembelian secara online. Kerana, kebanyakan aksesoris rumah memerlukan semakan seperti kualiti barang hingga cara pengiriman.
Detail Produk
Sebelum melakukan pembelian, pastikan anda menyemak spesifikasi barang dengan menyemak lebih detail pada ukuran barang, warna, dimensi, cara perawatan hingga tawaran yang diberikan. Membeli barang dengan cara online harus lebih teliti, kerana kita hanya melihat gambar produk dan tidak melihat kondisi barang secara terperinci.
Pengiriman Barang
Kebanyakan aksesoris lebih mudah pecah. Tanyakan pada penjual, cara pengiriman yang digunakan, adakah ia akan membungkus barang dengan baik? Tanyakan juga apa kurier yang digunakan untuk mengirim barang. Kurier yang digunakan ini akan mempengaruhi jumlah kos yang harus anda bayar.
Keperluan Barang
Melihat berbagai jenis perabot yang dijual secara online, sudah pasti akan membuat kita menjadi terpikat untuk membeli berbagai furnitur tersebut, tambahan pula apabila penjual menawarkan harga yang murah atau diskaun menarik. Di sini, kita sering berbuat kesalahan, kerana kita membeli barang yang tidak diperlukan. Lebih baik anda merancang lebih bijak untuk membeli barang keperluan atau kehandak.
Pilih Peniaga yang Boleh Dipercayai
Anda harus mengenali penjual online itu terlebih dahulu sebelum anda tertipu. Jangan berbelanja secara terburu-buru, anda perlu menyemak komen-komen atau feedback dari pembeli lain tentang peniaga dan produk yang anda ingin beli.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang mempunyai kebun dan dusun durian di kampung, sudah pasti pernah berdepan dengan masalah buah yang rosak akibat ditebuk haiwan perosak seperti tupai.
Malah, meski pelbagai cara dan kaedah sudah dilakukan bagi untuk menanganinya, namun masalah tersebut masih tidak berhasil atau berjaya untuk diatasi.
Buat anda yang ingin mengatasi masalah tersebut, tidak perlu lagi berasa bimbang dan khuatir kerana kini ada cara dan kaedah yang boleh anda lakukan untuk menangani daripada haiwan perosak ini terus berleluasa di kebun dusun durian anda.
Apa yang cuma perlu anda lakukan adalah hanya menggunakan sekeping atau dua keping ‘aluminium plate’ yang boleh dibentuk kemudian diletakkan pada setiap batang pokok durian menggunakan paku seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
Pastikan keliling batang pokok durian anda itu telah balut dengan ‘aluminium plate’ dengan ketat supaya ia tidak mudah tertanggal dan sebagainya.
Akhir sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan sedikit minyak di keliling permukaan ‘aluminium plate’ yang telah dipasang pada batang pokok durian. Dengan kaedah ini, dipercayai boleh menyebabkan haiwan perosak seperti tupai ini susah dan tidak lagi berupaya untuk naik ke atas dahan pokok durian anda lagi selepas ini.
Semoga perkongsian manfaat ini dapat dikongsi bersama orang ramai dan selamat mencuba!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kali ini IMPIANA bukan ingin bercerita mengenai produk kecantikan, tetapi IMPIANA tertarik dengan kempen yang dilakukan oleh pusat rawatan kecantikan TANAMERA ini. Kini ada lebih banyak kesedaran mengenai kesan yang merosakkan itu produk kecantikan boleh dimiliki oleh alam sekitar, sama ada dalam bentuk tidak boleh dikitar semula pembungkusan atau formula berbahaya. Alam sekitar yang selalu menjadi asas penting di Tanamera, dan sekarang rakyat Malaysia juga dapat memainkan peranan mereka. Tanamera memperkenalkan Zero Waste atau sisa sifar dengan isian semula untuk pelanggan yang membawa bekas mereka sendiri ke kedai Tanamera terpilih.
Terdapat banyak perubahan dalam hidupan harian yang dapat membuat perbezaan termasuk menerapkan lebih banyak rutin kecantikan semula jadi, memilih jenama dengan pembungkusan yang bertanggungjawab dan menyokong penjagaan kulit jenama yang menggunakan bahan lestari. Ini mengenai mengambil sedikit langkah ke arah yang betul memberi impak yang besar. Tanamera dengan bangga menggunakan bahan mentah yang sumber dari tanah yang kaya dengan hutan hujan tropika untuk pelbagai produknya. Rangkaian produk unik syarikat adalah diformulasikan secara semula jadi mungkin, di mana penggunaan pewarna buatan, minyak wangi, aktif
bahan kimia dan bahan pengawet dielakkan. Untuk melengkapkan produk semula jadi ini, Tanamera menggunakan pembungkusan kertas kitar semula dan botol kaca yang tidak dicuci. Untuk keselamatan dan praktikal sebabnya, botol plastik yang boleh dikitar semula digunakan tetapi disimpan minimum.
Inisiatif sisa Tanamera bertujuan untuk mengurangkan lagi sampah dan menjadi lebih mesra alam sedar mengenai produk dan pembungkusan mereka. Kini, pelanggan dapat membawa bekas mereka sendiri ke kedai Tanamera terpilih untuk mengisi semula produk kegemaran mereka. Pelanggan juga akan mendapat perkhidmatan bekas akan ditimbang, disterilkan dan diisi semula dengan produk pilihan mereka, dari pelbagai yang ditawarkan oleh Tanamera. Isi ulang terpilih akan dikenakan setiap gram dan pelanggan dapat mengisi sesedikit atau seberapa banyak yang mereka mahukan – ini bermaksud pelanggan kini dapat berjimat cermat dari segi kewangan sambil mesra alam.
Menarik bukan kempen yang dijalankan oleh Tanamera ini, sebagai pengguna kita boleh melakukan perkara ini dengan pelbagai cara, pastinya ramai diluar sana telah melakukan aktiviti seperti ini. Menggunakan beg kitar semula sewakti membeli barang diluar, manakala anda juga boleh membawa bekas makan sendiri untuk membeli makanan diluar. Elak menggunakan bekas makan plastik yang disediakan oleh restoran. Apa kata kita mulakan sekarang jika kita sayangkan bumi kita. #kitarsemula.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...