Kalau nak check defect sendiri, sediakan barang basic ini bagi mudahkan kerja. Anda sudah dapat kunci rumah baru namun anda berhajat untuk melakukan ujian bagi mengesan defect pada rumah yang anda beli itu.
Sebelum masuk rumah baru, adalah lebih baik untuk anda melakukan ‘home inspection.’ Perkara pertama anda kena buat sebelum masuk adalah periksa defect rumah dan buat tuntutan dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP).
Berikut perkongsian berguna buat anda pemilik rumah baru. Kalau anda hendak check sendiri defect rumah baru anda, ini barang basic untuk ‘house inspection’ anda perlu ada:
Tapping rod untuk check hollowness dalam tiles. Boleh sahaja pakai duit syiling RM0.50 tapi bunyi hollow itu susah hendak detect. Hal ini kerana bola pada tapping rod itu memang memainkan peranan.
Water level indicator untuk check dinding atau lantai ‘even’ atau tidak. Sebagai contoh (seperti dalam video) ada mendapan lebih 3 hingga 5 mm gap. Memang kena buat ‘report.’
L square ruler untuk anda check permukaan 90 darjah sama ada ‘even’ atau tak. Jika ada gap lebih dari 3 mm ini dikira defect, jadi memang kena buat ‘report’ pafda pihak pemaju.
Akhir sekali selepas anda jumpa defect-defect ini semua, jangan lupa tanda atau tampal sticker supaya ‘orang defect’ senang buat kerja.
Makeover konsep rona putih, dapur sempit nampak luas dan mewah. Dapur merupakan nadi untuk sesebuah kediaman. Maka sebab itulah ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubahsuai ruangan dapur mengikut cita rasa masing-masing.
Apabila dapur cantik, kemas dan selesa, secara tidak langsung ia akan membangkitkan mood untuk memasak. Pastinya kos renovasi mengikut bajet dan kemampuan. Seperti perkongsian Dinah Rakhim
Makeover dapur untuk mereka yang sukakan rona putih. Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapurrona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
Perabot kayu ada kesan calar? Nah ini ada cara mudah dan murah nak hilangkannya. Perabot kayu sangat sesuai dengan hampir semua bahagian dalaman moden. Bagaimanapun goresan pada perabot kayu seperti di atas meja, pintu kabinet atau sandaran tangan tentunya ‘menyakitkan’ mata.
Usahlah berasa terlalu kecewa dek kerana ‘kecacatan’ tersebut. Lagi-lagi mereka yang ada anak-anak yang masih kecil, tentulah ‘kejadian’ anak-anak terlanggar perabot itu satu perkara yang biasa berlaku.
Sebenarnya ini adalah isyarat bahawa sudah masanya untuk anda bertindak. Lalu, bagaimana cara untuk menghilangkan calar daripada perabot kayu? Jom kita cuba cara dan tek nik seperti yang dikongsikan oleh
Caranya mudah sangat! Hanya gunakan Artline Furniture yang tersedia dengan berbagai warna mengikut warna perabot anda.
Hias bilik tidur ala dekorasi hotel, barulah betah berlama-lama dalam bilik. Ramai yang suka bersantai-santai sambil berehat di bilik tidur hotel lima bintang. Mana tidaknya, bilik tidur di hotel bukan sahaja kemas dan rapi tetapi juga wangi dengan haruman lilin yang menyegarkan.
Maka sebab itulah ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti sambil berehat di bilik hotel. Penampilan dalaman hotel yang mewah serta bilik hotel yang elegan dan selesa tentunya menarik perhatian.
Anda juga boleh menjadikan bilik hotel mewah sebagai inspirasi untuk hiasan bilik tidur di rumah. Sebenarnya tidak sukar untuk menghias bilik tidur di rumah seperti bilik di hotel mewah.
Berikut perkongsian tip Ahyat Ishak yang merupakan seorang perunding hartanah. Tip yag dikongsikan oleh Ahyat Ishak ini membantu mencipta ‘feel’ bilik kita di rumah seperti bilik di hotel.
1.LAMPU TIDUR
Pencahayaan ini adalah amat penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil. Lampu di sisi katil menaikkan seri ruang tidur dan memberi kehangatan semasa kita memadamkan lampu utama.
Jika kita perasan, lampu sisi atau lampu pendakap di hotel selalu memberi rasa nyaman dan selesa. Antara tipnya adalah lampu pendakap lebih elok jika gandingankan bersama dengannya. Manakala, lampuhiasan lain lebih mudah disuai padan dengan gabungan yang berbeza.
2. CADAR DAN BANTAL
Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel kerana terletak pada kiraan benangnya. Jika mahu mencari cadar pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300. Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi untuk bilik kita pilihlah dari jenis fabrik yang kita suka dan selesa. Jika mahu kelehitan lebih suasana hotel boleh pilih putih sebagai warna cadar.
Bantal kecil di hotel bukan sekadar penghias katil. Ia sentiasa ada di tangan kita semasa menonton televisyen atau membaca buku. Tekstur pada bantal mengubah keadaan bilik yang suram. Bantal-bantal kecil pelbagai corak ini melengkapkan bantal tidur utama dan mampu menjadikan bilik kita sama seperti bilik sebuah hotel. Kita boleh cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4 bantal untuk menghiasi katil kita supaya nampak seimbang.
3. KEPALA KATIL
Kepala katil biasanya memudahkan kita untuk bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada mahu pasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.
Hiasan pada dindingdi atas kepala katil tidak semestinya mahal. Malah, bahan murah pun boleh nampak hebat dan cantik jika kita tahu menggayakannya. Gambar tumbuh-tumbuhan yang biasa kita temui di kedai serbaneka mengingatkan kepada alam semulajadi yang damai. Cermin pula memberi kesan visual menarik lebih-lebih lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.
4. BANGKU
Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik tetapi ia boleh menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut. Bangku juga datang dalam pelbagai gaya. Bangku yang sarat dengan hiasan batu berkilat dan cermin pada kaki menghasilkan ciri-ciri glamer. Jika kita tidak mahu bangku, kita boleh je letakkan peti kayu besar pada hujung katil bagi menggantikan bangku biasa. Selain datang dengan pelbagai fungsi, ia juga unik dan memukau pandangan. Peti kayu seperti ini boleh didapati di kedai antik atau perabot.
5. BAHAN LANTAI
Bilik hotel memberikan rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Tapi agak tinggi kosnya bagi kita. Untuk mengurangkan bajet kita boleh cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa untuk digunakan di dalam bilik. Semakin lembut ia pada kaki kita, semakin tinggi kesesuaiannya. Ambal bersaiz kecil sangat bagus jika dibeli lebih dari sehelai. Susunkan ia pada tiga bahagian di sebelah katil. Tapi jika kita mahu memasang karpet di seluruh lantai bilik pilihlah karpet dengan warna neutral.
6. WARNA
Tenang dan canggih. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah kita, pilihlah satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah. Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada siling sebanyak 20 peratus.
7. AKSESORI
Aksesori juga penting walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kebanyakan orang akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati atau yang kita suka. Ada pelbagai pilihan seperti wangian, bunga segar, lilin, buku, arca dan gambar berbingkai. Ini juga menolak pendapat yang hiasan menarik hanya sesuai diletakkan di ruang tamu. Bilik tidur juga ada hak untuk mendapatkan karya seninya sendiri.
Selepas ini kita tidak perlu lagi mengeluarkan bajet yang lebih semata-mata untuk merasai suasana bilik tidur ala hotel. Di rumah sendiri pun sudah rasa macam tidur di bilik hotel! Harus diingat walaupun kita mahukan bilik tidur gaya hotel, tetapi ia perlulah praktikal kerana harus diingat ruang tidur itu di dalam rumah, bukannya hotel yang dijadikan tempat persinggahan sementara.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.