Pernah dengar tak mengenai kehebatan Trapa bicornis atau nama tempatanya kacang tanduk, Horn nuts, buffalo nuts, water chesnut? Ia sering digunakan sebagai hidangan ketika sambutan Perayaan Kuih Bulan sebagai lambang kekayaan. Kacang ini telah digunakan oleh penganut buddha dan hindu sebagai makanan untuk upacara sembahyang dari Dinasti Zhou lagi. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan cara merebusnya, selain itu ia juga dikisar dan dijadikan tepung.

Kacang ini berasal dari pokok akuatik seperti pokok teratai dan selalunya tumbuh liar di tasik, paya dan sawah padi. Pokok ini banyak ditanam secara ladang di Taiwan, China dan India. Ia juga ditanam secara bergilir dengan padi di Vietnam. Di China dan Taiwan, ia semakin berkurangan kerana diganti dengan tanaman bunga teratai. Pokok ini hanya mengambil masa 8 bulan untuk untuk dituai selepas ditanam, selepas menghasilkan ubi, tangkai akan mati, tangkai yang mati akan dikaut oleh petani untuk digunakan sebagai baja bagi tanaman lain.

Kenapa masyarakat Cina dan India mengamalkan tanaman ini ye? Mesti khasiatnya tinggi. Jom kita tengok apa khasiat yang tersembunyi di dalam kacang tanduk ni

Iodin-Kacang tanduk mengandungi jumlah iodin yang seimbang. Ia berupaya mencegah kanser dan thyroid

Vitamin B-Kacang tanduk merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan Vitamin B. Vitamin B digunakan untuk merangsang emosi yang seimbang dan menjadikan anda lebih bertenaga

Vitamin C-Vitamin C merupakan bahan terbaik antioksidan yang mudah di dapati dari kacang tanduk. Ia berupaya mencegah selesam, demam dan pelbagai penyakit lain

IKLAN

Antioksidan- kacang tanduk dikatakan mempunyai rasa yang sedap dan merupakan bahan antioksidan yang penting dalam membantu mencegah penyakit, ,mencegah kerosakkan dan memulihkan DNA yang rosak serta merangsang penghasilan tisu

Detox – Kacang tanduk menjadi egen terbaik untuk detox badan terutamanya hati. Secara tidka langsung ia menggalakkan kesihatan yang baik.

Eczema- Untuk merawadt eczema, kisar kacang tanduk yang telah dikupas kulit menjadi pes. Kemudian, masakkan pes kacang tanduk tadi Bersama sedikit air dan perahan lemon lalu di sapu pada bahagian yang bermasalah

IKLAN

Anti bakteria- Menurut kajian yang telah dicatatkan oleh  Journal of Medical Sciences, Kacang tanduk mempunyai daya rintangan yang berupaya menyembuhkan jangkitan bakteria dengan cepat

Anti radang- Kacang tanduk merupakan makanan baik untuk merawat anti radang termasuklah arthritis, bengkak dan kemerahan pada kulit

Ulser- Dalam satu kajian terhadap seekor tikus mendapati kacang tanduk berupaya merawat ulserKacang Tanduk Nampak Seram Tapi Kaya Khasiat

IKLAN

Kacang Tanduk Nampak Seram Tapi Kaya Khasiat

Kacang Tanduk Nampak Seram Tapi Kaya Khasiat

Kacang Tanduk Nampak Seram Tapi Kaya Khasiat

sumber: https://paulhaider.wordpress.com/

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI