Jika dahulu televisyen kita didatangkan dengan kaki dan badan seumpama peti. Kini tdak lagi malah ruang tamu telah disediakan tempat untuk televisyen Bahkan di pasaran banyak juga kabinet – kabinet yang menempatkan televisyen, direka khas agar mampu menempatkan segala bagai keperluan menonton.
Ads
Selalunya kita diberi jarak dalam lima kaki dari sinar televisyen dan aras paling ideal adalah apabila anda duduk, anda selaras dengan ketinggian titik tumpu peti televisyen tersebut. Jadi anda tidaklah perlu mendongak, lebih selesa menonton dan tidak mengganggu pandangan.
Ads
Paling menarik adalah pereka menyediakan dinding yang cukup luas khas untuk menempatkan televisyen dan aksesori lain. Ini termasukla koleksi peribadi, bahan bacaan dan lain-lain. Dinding juga direka berbeza dan diberi kemasan berlainan.Umpama kereta lumba, kabinet dan dinding diberi tumpuan khas agar mampu bertindak sebagai satu nilai estetika pada ruang.
Selalunya di datangkan dalam lima hingga tujuh kaki lebar bagi sebuah kabinet sedia ada atau bina dalam. Dan ketinggian boleh mencecah ke tujuh kaki tinggi. Jadi anda boleh melaras di mana kedudukan televisyen dan sebagainya selaras dengan keselesaan anda.
Di samping memenuhi keperluan tuan rumah yang mahukan segalanya lebih tersusun rapi, adanya kabinet seumpama ini, ia mempercepatkan kerja anda. Malah ruang kediaman juga nampak hebat dan eksklusif. Barulah segalanya terancang dengan rapi dengan kemas. simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tidak ada yang mustahil untuk memiliki sesuatu kalau ada tekad dan semangat untuk mendapatkannya. Sama seperti menghias rumah. Ramai yang mengeluh dek disebabkan kos yang melebihi bajet. Namun tidak bagi seorang jejaka yang latar belakang nya adalah seorang jurugambar. Tak ada langsung pengalaman menukang dan menghias. Bila kos ubah suai yang melampau disamping kontraktor tidak boleh buat mengikut rekaan yang telah diilhamkan, jejaka ini nekad belajar dari youtube dan buat kajian sendiri.
Nah… Tengok hasilnya. Mampu jimat 3x ganda dari harga yang diminta kontraktor. Nak tahu cerita sebenarnya? jom baca perkongsian yang telah di berikan.
Setahun saya ambil untuk siapkan, cuma 3 bulan kebelakangan ini saya fokus. Alhamdulillah, orang kata hendak seribu daya, tak mahu hendak seribu dalih. Puas hati kerja tangan sendiri dan bantuan rakan.
Saya bermula dengan draf menggunakan perisian 3D “Sketch Up”. Saya bina ruang rumah dalam perisian ini, bermula dengan wiring, pemilihan skema warna, kemudian shading dan lighting, pemilihan lampu, bulb etc. Saya membuat survey secara menyeluruh di laman web untuk mendapatkan tema “modern minimalist home decor”.
Pemilihan flooring juga dibuat berdasarkan skema warna disambung dengan susun atur perabot. Saya masukkan semua detail ke dalam perisian “Sketch Up” dari sekecil-sekecil suis, pilihan foto sehinggalah susun atur perabot. Saya mulakan dengan planning bagi memastikan penggunaan budget adalah minimum. Senang cerita paling jimat.
Masalah bermula bila “idea” nak diterjemahkan kepada “reality“. Saya bermula daripada survey kedai-kedai untuk mendapatkan harga termurah. Selain itu, setiap yang dibeli perlu mengikut idea dan perlu “under budget” Bukan mudah. Sangat susah. Hampir ditipu dengan pembekal, barang tak sama masa dapat sebut harga dan macam-macam lagi. Paling “frust” bila barang tiada dan perlu alternatif lain. Minggu ni survey lampu, next week lighting dan seterusnya.
Bagi mengunakan budget secara optimum, saya list barang agar tidak membazir atau terbuang. Ukuran perlu tepat. Contoh nya untuk cat, saya akan buat pengiraan berapa liter yang diperlukan. Begitu juga flooring, wiring, jubin bilik air dan lain-lain. Sebabnya semua barang ini dibeli oleh saya terus dari pembekal. Sebarang kesilapan adalah kesilapan saya sendiri.
Barang-barang dibeli mengikut fasa kerja yang akan dibuat. Disebabkan dah terbiasa dengan “Microsoft Project” saya pastikan planning dan budget seiring. Saya bermula dengan wiring baru. Setiap wiring perlu diuji selepas dipasang, sebab lepas ini semua dah dalam dinding. Masa kerja-kerja hacking, beberapa kali dimarah dengan jiran sebab, saya buat hari minggu. Nak buat macam mana. Kerja diteruskan ke toilet, plaster ceiling dan penukaran pintu.
Kerja kerja di atas tak semua saya buat sendiri. Untuk plaster ceiling dan piping toilet saya perlukan bantuan. Begitu juga kerja kerja memecah jubin toilet asal. Setelah siap kerja-kerja sebelum ini, pemasangan jubin toilet dilakukan. Kemudian saya mulakan proses melicinkan dinding untuk coloring. Ambil masa dan memenatkan.
Guru saya YouTube. Hahahaha. Macam mana pun banyak juga kesilapan yang saya buat. Contohnya saya terpaksa cat semula rumah disebabkan tersilap penggunaan cat primer. Benda basic pun boleh salah. Cat balik. Sakit badan juga lah buat kerja kerja mengecat ni. Berapa banyak layers lah nak buat.
Setelah siap, ini masa yang saya paling suka, pasang lampu. Sebab masa ni, dah nampak bagaimana shading yang kita pilih akan naik. Sampai ambil cutilah. Bengang kalau ada short kat mana-mana wiring atau bulb rosak. Kena pergi kedai balik tukar. Then buat tiang pemisah. Plywood digabung digam. Untuk finishing, tampal dekat pelekat kayu.
Siap lighting, flooring pulak. Ni pun ambil masa. 3 hari sebab bukak balik sebab tak kemas. Baru belajar katanya. Saya gunakan Solid Hardwood untuk ruang tamu, bilik. Untuk Vinyl, saya gunakan di dapur dan kawasan hadapan tandas. Untuk pastikan skema warna adalah sama, sekali lagi saya guna “Sketch Up”. Saya dapatkan sample dan masukkan dalam 3D modeling.
Ok, seri dah naik. Masa untuk dekorasi. Saya mulakan dengan pemasangan bingkai gambar. Saya gunakan 32 photo yang saya ambil sendiri mengikut tema. Black and White, landscape view, people portrait, best photo, moment dan tribute. Nasib baik Fotokem bagi baucer printing, saya save dalam RM 600++ untuk printing. Bila dah siap, dah gantung, pasang lighting, cunlah. Suka sangat.
Seterusnya perabot, saya cuba untuk menerapkan “modern minimalist home decor”. Penggunaan perabot mesti ada nilai tambah pada ruang. Tidak perlu beli semua jika tidak digunakan. Lagipun rumah saya duduk sekarang dah banyak sangat barang. Nanti double perabot pula.
Pemilihan perabot juga telah dipilih semasa planning, dah saya terpaksa survey di IKEA untuk memastikan mengikut planning. Pemasangan perabot juga mengambil masa kerana ada yang perlu dipasang sendiri dan digantung. Contoh kitchen cabinet, tv cabinet, sink, toilet cabinet, mirror dan lain lain. Sekali lagi kena marah dengan jiran sebab buat bising masa drilling.
Then siap, masanya untuk sentuhan, langsir semua dibeli di Nilai 3, murah berbanding ambil upah atau di kedai home decor. Jauh beza. Saya sebenarnya tak suka langsir. Cuma ruang balkoni sahaja gunakan langsir. Yang lain gunakan tirai. Lebih nampak ringkas dan moden.
Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Mulanya macam tak percaya juga. Dalam hati, boleh juga aku buat benda benda ni semua dengan tangan 4 kerat ini. Kira boleh bertukang rupanya aku. Hahahahaha.
Bila kira-kira balik, saya dapat jimat yang amat sangat. Ini kerana sebelum mula kerja, saya ada dapatkan sebut harga. Harga untuk ubah suai adalah 3 kali ganda dari apa yang saya belanjakan. Semua resit saya simpan untuk track budget.
Lagi satu, kenapa saya ambil keputusan untuk buat sendiri, banyak kontraktor tak mahu ikut design yang saya buat. Katanya yang dicadangkan lebih cantik. Tp sebenarnya bila ikut kata kontraktor, kalau ada ribuan RM, semua boleh jadi. So, sebab dah frust, lebih baik buat sendiri.
Post saya ini hanyalah cuma berkongsi keseronokan bertukang sendiri dari A sampai Z. Banyak benda saya belajar dan kesabaran adalah kunci untuk melakukan kerja mcm ini. Sampai satu ketika, dalam hati kata “sudah lah, penat lah nak fikir. Baik buat benda lain” Tapi sikit-sikit saya pujuk diri dan kerja pun jalan balik.
Lagi satu, terima kasih yang membantu. Kalau takde orang bantu, tak jalan juga. Terima kasih atas pinjaman tenaga dan masa. Terima kasih juga yang pinjamkan peralatan. Sayang semua
Yes!!!!, saya berjaya. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Puas hati kerja tangan sendiri. Dari kosong rumah ni, sikit sikit, Alhamdulillah, siap.
PS: Untuk info, saya bukan bekerja bahagian Interior Designer. Ini hanya hobi, di samping itu, saya pemain photography, boleh lawat hasil kerja saya di facebook.com/fairuskhafizphoto ???
Anak-anak sememangnya perlu di galakkan membaca. Namun adakala pening juga kita hendak menyusun segala koleksi buku yang ada. Jadi apa kata kita curi ruang untuk membentuk mini perpustakaan yang menarik bagi anak-anak ini membaca dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada budaya hidup mereka. Ruang yang kecil boleh dijadikan sudut bacaan yang menarik dan rapi. Bahkan anda tidak perlu membeli banyak kabinet membaca hanya sekadar untuk menggalakkan anak anda mengamalkan sikap membaca. Simple-simple je di IMPIANA
RUANG KECIL DAN COMEL BUAT KANAK-KANAK PRA SEKOLAH
SUDUT MEMBACA BERSAMA YANG MENARIK
CURI SUDUT KECIL DI BELAKANG KATIL, IDEA YANG MENARIK
SUDUT KAMAR PUN NAMPAK MENARIK ..
RINGKAS DAN MENARIK LENGKAP DENGAN BANTAL DAN TILAM
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Anda mempunyai kitchen kabinet berusia lebih dari 10 tahun? Sudah bosan dan ingin membina yang baru? Apa kata anda cat sahaja bukan saja nampak baru tapi ribuan duit juga dapat dijimatkan.
Barang-barang
Tanggalkan semua engsel/tombol yang terdapat pada kabinet dapur anda.
Setelah ditanggalkan letakkan ia dalam satu bekas agar senang apabila ingin dipasang nanti. Kemudian tandakan semua tempat dengan tape atau buat label agar ketika memasang nanti tidak tersalah tempat.
Alaskan plastik atau kertas suratkhabar sebagai lapik kepada semua pintu kabinet yang telah ditanggalkan. Ini agar kerja-kerja mengecat anda tidak merosakkan lantai atau barangan lain.
Gunakan pembersih untuk membersihkan pintu kabinet. Anda juga boleh mencucinya menggunakan campuran cuka dengan air atau pun sabun. Lap sebersihnya hilang tanggal semua daki, kotoran hitam dan sawang. Gunakan vacuum untuk memudahkan kerja.
Setelah bersih anda boleh bersedia untuk proses seterusnya. Dengan menggunakan kertas pasir, sapu permukaan kayu kabinet dengan kertas pasir untuk melicinkan dan juga menghaluskan permukaannya. Ini dapat mencantikkan lagi permukaannya apabila siap dicat kelak.
Cat pintu kayu kabinet dengan cat water based untuk lapisan pertama. Setelah itu biarkan ia betul-betul kering. Proses ini mungkin mengambil masa semalaman.
Setelah selesai sapukan pula cat kayu tadi. Gunakan apa sahaja warna yang anda sukai. Biarkan kering.
Pasangkan kembali pintu kabinet. Kemudian tombol juga perlu dicat barulah nampak sempurna. Anda juga boleh menukar tombol baru mengikut citarasa.
LIHATLAH HASILNYA MEMANG NAMPAK BARU.
Sumber: http://www.littledekonings.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.