Kehadiran kutu beras dalam beras adalah disebabkan cara anda menyimpan beras yang tidak betul atau beras sudah terlalu lama dan berbau hapak. Risiko beras yang dicemari kutu ini menyebabkan kualiti nutrisi beras menjadi kurang kerana kutu ini akan menebuk sebutir beras untuk memasukkan sebiji telur kutu.
Risiko beras yang tercemar dengan kutu menyebabkan nutrisi berkurangan, alergi, dan kualiti beras yang berubah. Jadi disini IMPIANA ingin berkongsi dengan anda 7 cara untuk hapuskan kutu beras ini.
BAWANG PUTIH
Kutu beras tidak menyukai bau bawang putih kerana baunya yang tajam. Anda hanya perlu meletakkan bawang putih tanpa kulit di dalam dan permukaan bekas simpanan beras.
IKLAN
DAUN BELIMBING BULUH
Daun belimbing buluh sangat efektif untuk mengusir kutu beras. Taburkan sahaja daun belimbing buluh kedalam bekas simpanan beras.
LADA KERING
Bau lada kering amat tidak disukai kutu beras. Letakkan beberapa biji lada kering ke dalam beras.
IKLAN
CILI KERING
Cara yang mudah, anda hanya perlu letakkan cabai kering kedalam bekas simpanan beras anda. Pasti kutu beras tidak akan masuk ke bekas simpanan tersebut.
JEMUR DI TEMPAT PANAS
Masukkan beras ke dalam periuk atau dulang ‘stainless’ kemudian jemur di tempat panas lebih kurang 15 minit. Tutup permukaan bekas itu dengan kain putih. Hasilnya nanti anda akan dapat lihat semua kutu-kutu beras akan keluar melekat pada kain.
IKLAN
SUHU BAWAH 17 DERAJAT CELSIUS
Simpan beras pada suhu dibawah 17 derajat celsius dimana kutu beras tidak suka dengan suhu tersebut. Kebanyakkan kutu beras hanya membiak pada suhu ruang 27 – 30 celsius.
BATANG KAYU MANIS
Kutu beras juga tidak suka akan bau kayu manis. Bau kayu manis akan menyebabkan si kutu betina sukar untuk bertelur, jadi kutu tersebut akan meninggalkan beras anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Salah satu tema yang sering menjadi pilihan bagi pemilik kediaman di mana kenyamanan dan ketenangan menjadi aspek utama adalah konsep ala Bali. Negeri asal yang terletak di Indonesia ini amat dekat dengan flora dan fauna serta kaya dengan budaya. Bagi anda yang mungkin mahu menerapkan unsur Bali pada kediaman, pastikan rumah tersebut dilengkapi dengan 4 elemen utama ini :
#1 Alam Semulajadi
Gabungkan keindahan alam semulajadi dengan keselesaan hiasan dan susun atur dalam kediaman anda bagi mendapatkan feel yang lebih autentik selain menjamin kebersihan udara di ruang berkenaan. Banyak kelebihannya selain tampak cantik dan menaikkan seri rumah yang berani menerapkan unsur kehijauan pada bahagian dalam.
#2 Budaya
Kekayaan adat dan budaya sememangnya telah cukup sinonim dengan Bali. Jadi apa salahnya jika anda memelihara dan memulihara keistimewaan ini dengan menerapkan beberapa unsur kebudayaan masyarakat Bali sebagai tribute selain melahirkan rasa penghargaan dan kecintaan terhadap pelbagai cabang seni yang terdapat di Bali.
#3 Buatan Tangan
Barangan handmade atau buatan tangan biasanya mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana kualiti yang terjamin serta kehalusan seni nya. Kediaman anda akan nampak lebih ‘hidup’ dengan adanya aksesori atau perabot yang dibuat dengan penuh perincian.
#4 Neutral
Pilih warna-warna neutral atau bertona tanah untuk menyempurnakan konsep Bali di kediaman anda. Pemilihan warna dapat memainkan peranan penting dalam menzahirkan mood kediaman yang anda inginkan. Selain memberi ketenangan, earth tones juga melambangkan optimism, semangat dan kegembiraan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barn Door ataupun pintu bangsal kini dilihat semakin mendapat tempat dihati pemilik kediaman di Malaysia. Barn door bukan sahaja dilengkapi dengan fungsi yang praktikal malah ia juga mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.
Set barn door yang ideal juga berupaya mengubah penampilan sesebuah ruang dengan memberikannya karakter, mahupun sebagai titik fokal yang menarik. Rekabentuk pintu seperti ini akan memberi anda kebebasan untuk bereksperimentasi dengan pelbagai konsep seperti kontemporari, moden, dan klasik.
SUMBER FOTO : PINTEREST DAN CARIAN GAMBAR GOOGLE
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap kali tibanya cuti musim perayaan, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman ataupun makan angin bersama keluarga masing-masing. Oleh itu, bagi mereka yang akan meninggalkan kediaman tanpa penghuni dalam tempoh waktu yang panjang, sewajarnya mengambil beberapa langkah keselamatan supaya kediaman mereka bebas daripada segala kejadian yang tidak diingini. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, jadi pastikan anda lakukan perkara perkara ini terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah ya.
Pastikan kesemua pintu serta tingkap ditutup dan dikunci dengan cermat.
Elakkan sembunyi kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
Pastikan lampu disekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6 petang sehingga pagi. Anda boleh mengunakan pemasa automatik. Jika anda mempunyai alat penggera, pastikan alat penggera anda diaktifkan.
Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
Hantar binatang peliharaan ke rumah tumpangan haiwan ataupun klinik veterinar yang mempunyai perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan agar ia selamat dan tidak terabai.
Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.
Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong.
Sebelum keluar rumah hendaklah dipastikan setiap plug peralatan elektrik dicabut daripada soket bagi mengelakkan berlakunya kebakaran yang berpunca akibat litar pintas.
Kepala gas juga harus dicabut sebelum anda keluar meninggalkan kediaman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.