Jiran Suka “Block” Laluan Masuk Rumah, Boleh Di Denda RM 1000. Hidup berjiran di bandar sekarang, tak macma dekat kampung. Walaupun dinding rumah kau, dinding rumah aku jua, bile bertembung masing-masing buat-buat tak nampak je. Masing-masing buat hal masing-masing. Tapi, jika anda tidak mempunyai jiran yang bersifat begini, anda sangat bertuah.

Tapi, ada satu perkara yang memang kita sukar nak toleransi dengan jiran dah. Perkara tersebut adalah apabila jiran blok laluan kelaur masuk rumah. Berasap wooooooo!!!! Tapi relex dulu. Tak perlu bertegang leher. Buang tenaga je. kita guna saluran yang betul.

Syazwan Mohd Jafri yang juga merupakan peguamm hartanah berkongsi hak dan tidakkan yang boleh anda ambil jika jiran suka block laluan keluar masuk kediaman anda.

IKLAN

ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! 😫😵

(Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)
.
Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah). Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.

Baca juga: Nak Bina Atau Ubah Suai Pagar Perlu Kebenaran Jiran, Ni Caranya

IKLAN

HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)

👉Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.

IKLAN

HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)

👉Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.

JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH

👉Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.
.
INFO TAMBAHAN
🟢Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”
🟢If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.
.
KESIMPULAN
👉Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.Jiran Suka “Block” Laluan Masuk Rumah, Boleh Di Denda RM 1000

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI