Jika nak bercucuk tanam ni tak semestinya memerlukan tanah dan ruang yang besar. Sebenarnya, ada pelbagai cara dan teknik dalam menanam pokok ini.

Teknik penanaman ini juga sesuai untuk anda yang tinggal di kediaman bertingkat atau punya laman kecil. Kaedah yang penulis maksudkan ialah tanam pokok secara terbalik atau upside down! Kaedah tanam pokok yang digantung secara terbalik ini juga ada banyak kelebihan.

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

Selain jimat ruang dan mudah alih, ia juga terhindar dari haiwan perosak di tanah. Jika nak cuba boleh mulakan dengan pokok tomato dan juga cili.

 

Kaedah tanaman ini juga pernah dipraktikkan oleh Puan CT Hamisah Ahmad II. Mempelajarinya daripada video di YouTube, ini langkah-langkah untuk tanam terbalik bagi yang mahu mencuba.

1. Sediakan botol mineral 1500ml dan anak pokok sama ada tomato, atau cili.

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

2. Ambil botol dan potong bahagian bawahnya. Tebuk lubang kiri dan kanan botol untuk tempat menggantung.

IKLAN

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

3. Sediakan kain perca (boleh guna kain jeans) dan gunting di bahagian tengahnya.

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

4. Ambil anak pokok leraikan tanah yang melekat pada akarnya.

5. Letak batang anak pokok tadi di bahagian lubang kain tadi. Tutup dengan stapler bahagian yang digunting.

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

IKLAN

6. Masukkan anak pokok dalam botol dan keluarkan batang dan daunnya di bahagian penutup botol.

7. Tujuan diletakkan kain pada pokok tadi selain untuk menyerap air ia juga untuk mengelakkan tanah keluar bila terbalikkan.

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

8. Selepas masukkan anak pokok masukkan tanah, cocopeat, tanah kompos nisbah 4:4:2.

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

IKLAN

9. Siram dengan air dan gantung pokok di tempat terlindung dari panas selama 9-10 hari.

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

10. Selepas 30 hari, letak baja pada pokok.

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

Jimat Ruang Kaedah Tanam Pokok Terbalik, Sesuai Di Kediaman Bertingkat & Laman Kecil

Jimat, tak perlu lagi nak beli cili dan sayuran dah. Selamat mencuba.

Sumber: Ankit’s Terrace Gardening & Puan CT Hamisah Ahmad II.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI