Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.
Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan khuatir, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.
Menurut perkngsian pengguna FB Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :
Alatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
IKLAN
Langkah-langkahnya :
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
IKLAN
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak. Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
IKLAN
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Apartment yang didiaminya berkeluasan 960 kaki persegi berkapasiti sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering serta balkoni dan memilih konsep skandinavia sebagai tema utama dekorasi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar mengemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga. Menurut Fatin, suaminya Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat mengemas rumah. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka kekemasan pada kediaman Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali. Sifat mereka ini mungkin kerana sudah terbiasa melihat bagaimana saya menguruskan rumah.
DIY SCANDINAVIAN
“Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringkas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak lebih cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimalis. Secara keseluruhan tampak lebih menarik apabila saya gandingkan dengan cermin. Agar cermin ini lebih menyerlah, saya gunakan pita pelekat murah untuk membuat bingkai.
DIY SCANDINAVIAN
Apabila memfokuskan setiap ruang di kediamannya, untuk ruang makan, dia memilih meja makan berkonsepkan Scandinavia, walaupun ringkas namun nampak menarik.Pada masa yang sama, ruang tamunya cukup selesa, walaupun hanya menempatkan satu sofa panjang namun tetap menarik malah mereka sekeluarga sangat seronok menonton TV di sudut ini. Akhir sekali, bilik tidurnya ditekap dengan rona ungu agar tampak ceria ditambah dengan bingkai gambar anak-anak pemilik menambahkan keunikan ruangan ini.
Dia mengakhiri perbicaraan dengan berkongsi beberapa tip dekorasi untuk kemudahan pembaca IMPIANA di luar sana.
-Pilihan perabot biarlah bersesuaian dengan saiz kediaman dan ia perlu disusun mengikut peranan ruang.
-Pentingkan keselesaan, jangan terlalu ikutkan trend sehingga lari dari tema asal.
-Tidak perlu berbelanja dengan banyak, anda boleh hasilkan apa jua produk hiasan dengan teknik diy.
Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi. Balkoni, Ruang Kecil Yang Diabaikan Pemilik. Kediaman bertingkat sememangnya bertuah mempunyai balkoni . Apatah lagi yang berhadapannya itu pemandangan indah baik kota metropolitan, gunung ganang, lebuh raya atau apa sahaja. Ruangnya juga pelbagai. Ada yang sederhana besar ada juga yang cukup seadanya dan ada juga yang bertuah mempunyai balkoni besar yang cukup selesa.
Sayangnya fungsi ruang ini sudah kian mati. Dari tempat mengambil angin, menyendiri atau bercucuk tanam mahu pun kenyit-kenyit mata dengan anak dara blok hadapan, ruang ini lebih dilihat menjadi stor tempat kita meletakkan segala benda buruk untuk tontonan umum. Mungkin bukan semua pemilik balkoni begitu tetapi ada yang kurang pintar memanfaatkan ruang ini.
Menjemur kain? Itu tidak hairan kerana desakan ruang yang ada namun boleh kita serikan ruang itu dengan pelbagai usaha. Daripada gantungan pokok-pokok berbunga, orkid misalnya ke pokok daun hiasan yang hisar segar. Tidak perlu rimbunan yang keterlaluan.Ada juga yang menyatakan balkoni sekadar sisa ruang yang tidak perlu diberi tumpuan kerana jarang sekali ke sana. Sudahnya ruang tambahan ini dilupakan.
Jika mempunyai anak kecil atau kucing, ditambah jaring sebagai langkah keselamatan. Pokok -pokok renek disusun sepanjang balkoni. Lantainya juga dialas sama ada ambal atau kemasan kayu mudah pasang untuk taman. Serikan dengan kerincing angin, bantal-bantal kecil untuk anda sendiri bersantai, mengambil angin petang atau membaca. Kita adakalanya tertekan menetap di ruang kecil namun jangan kita rosakkan pula ruang santai yang disediakan khas untuk kita.
Keledek, antara tanaman umbisi yang mempunyai harga yang tinggi. Sedapnya keledek ni memang kalah kentang. Sebab itu, ada sesetengah juadah lebih enak digantikan dengan keledek berbanding kentang. Namun, ramai ingat nak tanam ni perlu kawasan yang luas dan batas tanaman. Namun, melalui perkongsian Jusery Jausin keledek yang disemai di dalam pasu plastik memang menjdai. Dalam tempoh 3-4 bulan dah boleh tuai. Nak tahu cara-caranya, tonton video yang disediakan
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...