Karpet atau rug antara elemen penyeri lantai dalam sesebuah dekorasi tidak kira apa jua konsep yang dizahirkan. Untuk memiliki rug, harganya pun boleh tahan mahal. Lebih-lebih lagi jika rekaannya unik dan menggunakan material yang tersendiri.

Namun, itu tidak menghalang kehendak Puan Noor Azura Md Rejab yang mengimpikan kan rug tali jut atau tali guni menghiasi kediamannya. Jika dibeli, harga pasaran untuk rug yang dibuat sendiri oleh Puan Azura, boleh mencecah ratusan ringgit. Namun dengan olahan bijak dan kreatif, Puan Azura berjaya menghasilkan rug idamannya hanya dengan mengunakan tali jut yang dibeli dari kedai bajet pada harga RM 2.00. Yang menariknya, Ia juga sesuai dijadikan sebagai alas pinggan atau placemate Berikut bahan dan cara untuk menghasilkan rug seperti Puan Azura.

BAHAN-BAHAN:
Tali jut / tali guni
gam panas
kotak sebagai alas
gunting
pemabris / pita ukur

CARA-CARA:
1. Buat lingkaran bulat dengan menggunakan tali jut. Setiap lapisan lingkaran harus diperkemaskan dengan gam panas
2. Untuk hasilkan rekaan yang unik, gabungkan 2 atau lebih sazi lingkaran bulat. Seperti yang dilakukan oleh Puan Azura, ia menggabung 2 saiz lingkaran yang berbeza saiz untuk menghasilkan pattern bunga
3. Lintang tali di bahagian belakang lingkaran tali jut yang telah siap sebagai tetulang
4. Cantumkan kepingan kecil pada sisi lingkaran rug besar. SIAP..

IKLAN

DIY Rug Unik Dari Tali RM 2 Sahaja, Lihat Hasilnya

https://www.facebook.com/nadula.buncit/videos/2318139998237207/

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI