Memberi makan kepada burung-burung liar merupakan salah satu cara atau aktiviti yang dapat membantu untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga selain anda juga mendapat pahala berpanjangan kerana hasil tanaman anda memberi manfaat kepada makhluk lain. Keseronokan bertambah terutamanya apabila aktiviti tersebut di sertai oleh semua ahli keluarga. Memerhatikan gelagat burung yang sedang makan sedikit sebanyak dapat membantu untuk menghubungkan anda dengan alam semula jadi.
Untuk memastikan laman rumah anda sentiasa dikunjungi oleh unggas yang berwarna-warni ini, beberapa perkara dalam mereka bentuk laman anda perlu dititik beratkan antaranya penyediaan birdbath dan rumah burung sebagai tempat perlindungan. Terdapat beberapa tip yang telah disediakan oleh National Bird Feeding Society untuk menarik minat burung ke laman anda.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Sediakan tempat berlindung dari cuaca dan pemangsa, air, makanan dan rumah burung. Terdapat banyak habitat burung yang hilang disebabkan oleh pembangunan yang telah memusnahkan habitat mereka. Tanam beberapa jenis tumbuhan yang boleh membekalkan sumber makanan secara semula jadi untuk burung.
Sediakan makanan berkualiti yang dibeli dari kedai haiwan peliharaan berhampiran dengan elemen air. Pastikan bekas makanan tersebut sentiasa bersih.
Kerap mencuci birdbath dan gantikan airnya setiap tiga hingga lima hari sekali.
Buang segera jika terdapat tinja atau sisa burung yang terdapat di laman. Tinja burung kemungkinan mengandungi biji benih rumpai yang tidak diingini, ini akan memberi ancaman kepada tumbuhan yang terdapat di laman anda.
Cuci tangan anda selepas selesai melakukan penyelenggaraan untuk menjamin kesihatan.
Ramai antara kita yang beranggapan penggunaan daun bidara (Ziziphus spina-christi) dalam perubatan Islam berasal dari kepercayaan dan penggunaanya secara tradisi dalam masyarakat Melayu. Sebenarnya penggunaan daun bidara adalah sunnah Rasulullah SAW. Pohon bidara (sidr) disebut sebanyak 2 kali dalam kitab suci Al Quran iaitu:
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.
b) Surah Al-Waqia, Verse 28:
فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Sebagaimana tumbuh tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran pasti bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Tambahan lagi ia disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga.
Daun bidara digunakan untuk memandikan jenazah. Jenazah dimandikan sebanyak 3 kali dan mandian yang pertama menggunakan air yang diramas dengan daun bidara didalamnya.
Hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari ontanya dan meninggal, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :
“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara”. (HR. Bukhary-Muslim).
Untuk wanita pula disunatkan menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid.
hadits ‘Aisyah bahwasanya Asma` bintu Syakal bertanya kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam tentang mandi Haid, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menjawab :
“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)
Hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal radhiyallahu ‘anhu yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam.
“Saya mendatangi Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara”. (HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan dishohihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187
Beberapa jenis pokok dipanggil bidara dalam masyarakat kita. Namun yang mana satukah bidara yang disebut dalam Al Quran dan hadis? Antara jenis pokok yang dipanggil bidara ialah:
1. Bidara upas – Merremia mammosa
2. Bidara laut- Strychnos lucida
3. Bidara china – Ziziphus jujuba
4. Bidara epal atau epal india atau epal vietnam-Ziziphus mauritiana
Bidara sidr yang disebutkan didalam sunnah ialah bidara yang berduri. Ia.dikenali dengan nama bidara duri, bidara kampung atau bidara arab. Nama saintifik bidara sidr ialah Ziziphus spina-christi. Manakala bidara yang banyak di tanam di Malaysia adalah Bidara epal atau epal india atau epal vietnam-Ziziphus mauritiana
Mengenali pemilik kediaman yang terletak di Melaka ini, penulis sudah sedia maklum akan minat dan jiwanya yang begitu sebati dengan alam hijau. Tambahan pula dirinya yang bertugas di Jabatan Pertanian sejak puluhan tahun dahulu, antara faktor utama mencambahkan lagi minatnya terhadap tumbuh-tumbuhan.
Kunjungan penulis ke kediaman suami isteri ini di Bukit Katil, Melaka sedikit sebanyak pengalaman dan minat mereka dalam membina taman dapat dikongsi bersama pembaca sekalian. Idris dan isterinya Nooraizan, walaupun tinggal dan bekerja di Putrajaya, mereka sekeluarga kerap pulang ke kediaman ini pada setiap hujung minggu. Jarak yang hanya mengambil masa tidak sampai dua jam dari Putrajaya ke sini tidak langsung dirasai. Malah mereka sekeluarga merasakan satu kepuasan apabila pulang dan menghabiskan masa berehat dan menata rias taman.
“Saya membeli kediaman ini sejak tahun 2008, bermula dari situ sedikit demi sedikit saya membina taman. Saya mulakan dengan menanam pokok teduhan dahulu kemudian diikuti dengan tanaman renek yang lain. Kini setelah hampir tujuh tahun, pokok-pokok ini membesar dan hasilnya kediaman ini lebih redup dan sejuk”, jelas Idris membuka bicara.
Antara pokok teduhan yang ditanam oleh pemilik adalah Bucida, Handkerchief plant, Bottle Brush dan juga pokok buluh hiasan. Pemilik menggelarkan pokok-pokok teduhan ini sebagai pokok penapis kerana selain daripada memberi teduhan kepada kediaman, ia juga berfungsi sebagai penapis udara dan bunyi. Ini terbukti apabila kediaman yang terletak betul-betul di tepi jalan utama ini tidak terganggu oleh bunyi bising kenderaan. Malah pemilik juga menyatakan suasana dalam kediamannya kurang berhabuk dan berdebu.
“Jika diperhatikan suasana landskap kediaman saya, terdapat lebih banyak tanaman malar hijau ataupun foliage plants berbanding pokok berbunga. Saya sememangnya gemar dengan tumbuhan hijau kerana ia menyuntik visual green pada kediaman. Apabila menghabiskan masa di dalam atau luar rumah, pemandangan saya lebih tenang dan nyaman melihat kediaman dikelilingi suasana hijau”, tambahnya lagi.
Pemilik yang juga penggemar dan peminat koleksi kayu, berkongsi minat tersebut bersama isteri dan bapa mertuanya. Elemen kayu dirasakan begitu padan dan menyerlah digandingkan dengan tumbuh-tumbuhan hijau malah kelihatan lebih natural. Lebih memeranjatkan apabila usahanya mengindahkan laman diiktiraf oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya apabila dinobatkan sebagai pemenang perak untuk Pertandingan Landskap & Rumah Cantik 2011 di kawasan Taman-Taman Perumahan Dun Bukit Baru. Jom kita lihat taman milik En Idris Awab.
Umum tahu, kulit telur kaya dengan kalsium. Kalsium antara elemen atau nutrient penting untuk pastikan tumbesaran sihat tanaman. Tapi ramai tak tahu cara betul proses kulit telur untuk dijadikan baja. Sebab itu, kulit telur yang digunakan pada baja menjadi punca untuk mengundang penyakit pada tanaman jika tak di proses dengan betul.
Ibrisam Wossali berkongsi cara beliau proses kulit telur untuk dijadikan sebagai baja untuk tanaman.
Nak beli biji benih sayuran berkualiti, menjadi tapi murah, boleh beli online dekat sini https://invol.co/cl13dtb
Saya ada buat satu posting berkenaan pokok kantan. Nak suruh pokok rajin berbunga kena selalu beri serbuk kulit telur dan baja bunga. Oleh itu ramai yang bertanya macam mana nak buat serbuk kulit telur tu…. Oklah di sini saya kongsikan cara saya memproses kulit telur menjadi serbuk.
Caranya mudah sahaja :
1. Kulit telur sebaiknya dibasuh terlebih dahulu selepas ambil isinya. Kemudian simpan dalam satu bekas kumpul sehingga banyak.
2. Sehari sebelum memprosesnya, jemur kulit telur sampai kering dan garing. (Tak jemur pun tak apa, boleh terus tumbuk jer 🤣🤣🤣)
3. Saya suka guna bekas besar senang nak tumbuk kulit telur dengasn sekali jalan jer…. (sebab saya malas nk buat keje berulang kali 🤣🤣🤣)
4, Agak-agak dah hancur boleh tapis guna penapis sayur. Tujuannya nak dapatkan serbuk yang halus sikit. Kalau malas, tak perlu tapis dah boleh simpan atau terus guna serbuk tu….
5. Jika tapis, ada baki yang tertinggal tu tumbuk lgi. Ulang sampai habis….
Nota:
* Kulit telur yang tidak di basuh selepas di ambil isinya akan menghasilkan serbuk telur berbau hanyir sedikit dan busuk.
* Kulit telur yang di jemur terlebih dahulu akan lebih senang hancur di tumbuk/blender berbanding yang tak di jemur.
*Serbuk kulit telur yang paling halus/menjadi serbuk lebih cepat kalsiumnya di serap oleh akar pokok.
*Serbuk telur ini amat sesuai untuk semua pokok bunga dan pokok sayur. Tak ada sukatan/masa yang khusus penggunaannya.
* Kulit telur yang tak di hancurkan sekadar di pecah2kan pun boleh terus di letakkan kat pokok. Tapi mengambil masa sedikit utk hancur dan serap ke dlm tanah.
*Selain sbg baja, kulit telur ni juga dpt mengawal kehadiran siput2 perosak tanaman sayur dan pokok bunga…