
Jangan letak barang-barang ini atas peti sejuk. Ramai di antara kita jadikan bahagian atas peti sejuk sebagai ‘ruang simpanan tambahan’ di dapur. Bekas makanan, periuk, kotak tisu, malah ada yang letak periuk nasi atau oven kecil atas peti sejuk. Nampak praktikal dan menjimatkan ruang, tapi sebenarnya tabiat ini boleh mendatangkan risiko tanpa kita sedar.
Meletakkan barang di atas peti sejuk boleh menyebabkan peredaran udara terganggu, sekali gus menjejaskan kecekapan alat penyejuk itu. Bahagian atas peti sejuk biasanya direka sebagai kawasan yang perlu bebas halangan supaya haba daripada motor atau pemampat dapat dilepaskan dengan baik.
Jika ruang itu dipenuhi barang, haba akan terperangkap, menyebabkan peti sejuk bekerja lebih keras, meningkatkan bil elektrik dan memendekkan jangka hayatnya. Lebih membimbangkan, ada risiko litar pintas atau kebakaran jika meletakkan barang elektrik di atas permukaan itu.
Minyak sangat sensitif pada haba dan cahaya. Panas dari atas peti ais boleh ubah rasa minyak, buat ia cepat tengik dan tak sedap digunakan lagi.
Letak roti di atas peti ais boleh buat teksturnya cepat berubah. Haba boleh menyebabkan wap dalam plastik, dan ini mempercepatkan pembiakan kulat.
Keropok akan cepat lemau kalau disimpan di tempat panas seperti atas peti ais. Minyak dalam keropok juga boleh rosak, menyebabkan rasa jadi tak sedap.
Walaupun tiada di rumah orang beragama Islam, bagi yang menyimpan, haba dari peti ais boleh rosakkan rasa dan kurangkan ketahanan botol.
Barang pencuci seperti peluntur, cecair pembersih, atau aerosol tak sesuai disimpan atas peti ais. Panas boleh menyebabkan reaksi kimia yang berbahaya.
Elakkan letak barang berat seperti bekas air, periuk nasi atau timbunan buku di atas peti ais. Ia boleh menekan dan menyebabkan permukaan renyuk, atau lebih bahaya…jatuh atas kepala orang!
Kedua-dua alat ini juga hasilkan haba dan perlukan ruang pengudaraan. Letak atas peti ais akan ganggu sistem panas dan boleh rosakkan kedua-duanya.
Walaupun nampak ringan dan selamat, haba dari peti ais boleh buat bekas plastik berubah bentuk atau retak, terutama yang jenis murah.
Jauhkan lilin, pemetik api, atau bahan kimia dari atas peti ais. Kalau terkena haba dari motor peti ais, boleh cetuskan kebakaran.
Ubat perlu disimpan dalam ruang yang suhunya stabil. Haba dari peti ais boleh jejaskan keberkesanan ubat dan mungkin membahayakan jika diambil.
Walaupun nampak mudah dan menjimatkan ruang, meletakkan barang di atas peti sejuk sebenarnya boleh mengundang bahaya dan merosakkan peralatan elektrik itu. Lebih baik pastikan bahagian atas peti sejuk sentiasa kosong dan biarkan ia berfungsi dengan efisien tanpa sebarang halangan. Keselamatan dan ketahanan peti sejuk lebih terjamin jika kita elakkan tabiat ini.
Sumber: Detik.com
Baca artikel lain juga: Tip Penting Sebelum Beli Peti Sejuk Baharu Untuk Kediaman
Makeover Peti Sejuk Lama Jadi Seperti Baru, Cuma Balutkan Guna Pelekat ‘Glossy’ Ini Sahaja
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.