Memiliki sebuah perniagaan pastinya inginkan ruang kerja yang selesa dan indah untuk bekerja. Tidak kira ruang itu kecil atau besar, yang paling penting adalah selesa. Dekorasi cantik penuh dengan elemen seakan berada di rumah pastinya dengan susun atur yang selesa dan santai. Melihat Co working space yang tumbuh seperti cendawan ini membuatkan ramai yang menyewa lokasi kerja mereka. Harga berpatutan dengan kemudahan yang lengkap membuatkan lebih ramai inginkan konsep ini untuk bekerja.
Bagi pemilik syarikat tidak perlu lagi pening kepala untuk menyewa bangunan dan tempat kerja untuk pekerja. Co working space ini cukup sesuai untuk gaya hidup masa kini. Tidak perlu menanggung beban untuk membayar bil air, elektrik dan sebaginya. Pendek kata less maintenance!
Memang best dapat bekerja dalam ruang macam ni, malas nak cerita panjang anda nilai dengan melihat gambar. Konsep New York City ni memang mengamit hati penulis untuk menulis banyak story lagi kalau office macam ni.
Ruang kerja terbuka
Ruang santai ini turut dijadikan ruang perbincangan atau brainstroming.
IKLAN
Bilik mainan untuk kanak-kanak, untuk keselesaan ibu atau bapa yang membawa anak datang kepejabat.
Bilik mesyuarat yang lebih luas untuk kapasiti yang lebih besar
Bilik mesyuarat lengkap dan selesa
Suite
Bilik yang lebih privacy untuk membuat panggilan peribadi.
Ruang makan (cafe) yang cukup selesa dan menyerlah dengan suntikan kuning dalam perincian.
IKLAN
IKLAN
Colony sebuah tempat yang menyediakan ruang kerja yang moden dan flexible kepada sesiapa sahaja yang ingin ruang kerja. Colony mempunyai banyak cawangan, salah satu darinya ialah Colony @Star Boulevard.
VIDEO
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tersergam indah di Jalan Temerloh-Mentakab di Batu 1, Temerloh, sebuah rumah sarat dengan ciri tradisional masyarakat Melayu Kampar berasal dari Riau, Sumatera.
Suku Kampar banyak menetap sekitar di daerah ini seperti di Mentakab,Temerloh, Kerdau, Kuala Krau selain beberapa daerah lain antaranya di Kuantan serta Pekan selain boleh ditemui di Selangor dan Perak.
Rumah Warisan Usia 88 Tahun
Keunikan rumah ini yang dikenali sebagai ‘Rumah Warisan Tok Taib dan Nayan’ kini berusia 88 tahun dipasak menggunakan kayu cengal, merbau tanpa menggunakan paku itu tular di media sosial baru-baru ini.
Terletak di Kampung Chengal di sini, rumah tersebut yang terletak di jalan utama itu kini didiami generasi ketiga dan keempat keluarga terbabit.
Cucu Tok Taib, Anisah Ramli, 62 memberitahu, rumah itu dibina oleh arwah datuknya, Taib Abdullah pada 1936 sebelum meninggal dunia enam tahun kemudian dan diwarisi oleh ayahnya, Ramli Taib.
Bina Rumah Secara Manual
Menurutnya, arwah datuknya yang berasal dari Kampung Sepunggok, Salor, Bangkinang, Sumatera juga antara pengasas kampung tersebut.
“Seperti yang pernah diceritakan, arwah datuk sendiri menebang kayu-kayu sendiri di hutan Kampung Tualang untuk membuat tiang kayu rumah ini.
“Arwah kemudiannya menggunakan kerbau untuk membawa kayu tersebut ke tapak pembinaan dan proses pemotongan serta pembentukan kayu dilakukan secara manual,” ujar anak ke-4 daripada sembilan adik beradik itu.
Jelas Anisah, sebanyak 12 tiang didirikan dan kekerasan kayu itu dapat dilihat apabila diketuk menggunakan paku akan mengeluarkan percikan api.
Keistimewaan Rumah
Terletak di atas bukit, rumah itu yang kini didiami adik ke-8, Idham Khalid Ramli,47 bersama isterinya, Rusnita Abdullah, 42 serta tiga anak mereka.
Jelasnya, rumah itu juga terselamat ketika banjir besar melanda Pahang pada 1971 serta beberapa siri banjir sebelum ini.
“Paras air hanya pada di bawah lantai ketika itu dan sering kali rumah ini juga menempatkan mangsa banjir sekitar kampung ini.
“Keunikan rumah ini juga sentiasa sejuk walaupun ketika cuaca panas dan kalau dulu memang tidak perlu guna penyaman udara,” tambahnya ayahnya Ramli meninggal dunia pada 1995 diikuti ibunya, Halijah Tasir pada 2007.
Tambahnya, arwah ayahnya, Ramli juga memiliki sejarah tersendiri iaitu antara tahun 1951 hingga 1955, ditahan dan dikepung di kem tahanan kerana aktiviti anti-British dan menghabiskan empat tahun dalam tahanan bersama tokoh-tokoh terkenal seperti Pak Sako, Boestamam, dan Jaapar Hussein.
“Satu peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan rumah ini adalah kunjungan Pak Boestamam dari Kuala Lumpur untuk merayu kepada ayah agar tidak keluar daripada organisasi sosialis kerana merupakan salah seorang pengasas selepas dibebaskan daripada tahanan.
“Selain itu, rumah ini juga menjadi tempat latihan orkestra Hiburan Kesuma dan Parti Hiburan, di mana penyanyi wanita seperti Datin Rudiah dan Cikgu Hamidah turut berlatih,” ujarnya lagi.
Sumbangan Pemuliharaan Rumah
Dalam pada itu, Anisah dan keluarganya mengalu-alukan sumbangan mana-mana pihak bagi tujuan pemuliharaan rumah tersebut yang disifatkan menjadi tarikan di Temerloh.
Sementara itu, Idham yang juga seorang jurujual memberitahu beberapa pengubahsuaian terhadap rumah tersebut telah dilakukan beberapa kali dan terakhir pada 1996.
Ujarnya, beberapa pelajar jurusan seni bina daripada beberapa institusi pengajian tinggi telah datang ke rumah tersebut membuat kajian mereka.
“Kali terakhir pada 2008, pelajar dari Politeknik Kuantan meluangkan masa beberapa bulan untuk membuat kajian terhadap rumah ini.
“Memang ada yang ingat rumah ini tidak dihuni dan ada juga yang datang mengambil gambar kerana tertarik dengan seni bina rumah ini,” jelas bapa kepada tiga anak perempuan berusia 18,15 dan 12 tahun itu.
IMPIANA: Memang istimewa rumah berusia 88 tahun ini yang dibina secara manual, dipasak menggunakan Kayu Cengal & Merbau tanpa sebatang paku sekalipun.Rumah warisan tradisional sewajarnya dipulihara sebagai tinggalan senibina sejarah generasi akan datang.
Pencuci asid yang digunakan kontraktor untuk membersihkan jubin selepas selesai kerja bukan lah kawan baik kepada permukaan keluli terutamanya stainless steel. Ia akan merosakakn permukaan pelindung yang menyebabkan stainless steel kelihatan berkilat dan tdaik berkarat. Sebab itu, jika terdapat kotoran degil dalam sinki, menggunakan pencuci asid bukan lah penyelesaian terbaik. Asid bertindak balas dengan permukaan stainless steel dan akan menyebabkan permukaan tersebut seakan berkarat.
Ada juga yang menggunakan asid untuk menyelesaikan masalah sinki tersubat. Tapi, akibat asid tersekat dalam saliran, ia kan menolak keluar ke dalam sinki smeula apabila air diisi
APA PENYELESAIAN TERBAIK?
1. Boleh cuba guna stainless steel cleaner
Nak mudah, beli online je pencuci stainless steel ni hanya RM 29 di sini https://invol.co/clyol0
2. cuci dengan autosol
ELAK KONTRAKTOR CUCI ATAU BUANG AIR DALAM SINKI
Perhatikan tukang pasang jubin. Biasa, mereka nak jalan mudah, cuci mop atau buang air berisi asid yang digunakan untuk cuci jubin dalam sinki. Kalau hal ini terjadi, minta kontraktor untuk bertanggungjawab
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tip pilih karpetuntuk rumah, kena sesuaikan dengan konsep dekorasi. Memilih warna karpet atau permaidani yang sesuai untuk kediaman memang sangat penting. Sekiranya pilihan warna yang salah ia mampu mencacatkan pemandangan ruang tamu anda. Ikuti tip ini untuk memilih warna permaidani yang sesuai.
+ Untuk ruang kediaman yang minimalis anda boleh memilih permaidani dengan warna menarik tetapi tidak perlu terlalu banyak motif.
+ Pilih satu warna permaidanisahaja untuk menghadirkan kesan ruangan yang sudah terasa penuh atau banyak perabot. Namun untuk ruang yang lapang dan kelihatan kosong, anda boleh memilih permaidani dengan kombinasi warna yang bersesuaian.
+ Pilih warna permaidani yang sesuai dengan fungsi ruang. Seperti ruang bilik tidur anda boleh memilih warna yang lembut dan mampu memberikan keselesaan.
+ Untuk ruang tamu, pilih warna permaidani yang mampu membangkitkan suasana ruang. Anda boleh membandingkan warna permaidani dengan reka bentuk sofa, jika sofa bermotif anda boleh memilih permaidani jenis polos dan sebaliknya jika sofa anda tidak bercorak.
+ Untuk menampilkan kesan yang teduh pada ruangan anda boleh memilih warna neutral dengan tekstur yang halus dari bulu-bulu permaidani.
+ Pilih warna yang mampu mencerahkan dan menyerlahkan suasana sebuah ruangan. Misalnya, warna hijau, emas, ungu ataupun warna hitam dan putih.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.