Melihat bunga mawar mekar di taman pasti akan membuat anda sangat gembira. Pelbagai usaha di lakukan untuk memastikan mawar terus segar dan sihat termasuklah penggunaan baja kimia. Namun ramai anta penggemar mawar tidak mengetahui bahawa kulit pisang telah digunakan secara tradisional oleh peminat mawar di luar negara. Kulit pisang mengandungi kandungan potasium semula jadi yang di perlukan untuk perkembangan pokok mawar.

Jika anda hendak melakukan transpalt untuk pokok mawar anda, sediakan lubang penanaman mengikut saiz root ball pokok yang bakal ditanam. Sebelum pokok ditanam, letakkan kulit pisang di dalam lubang yang telah sediakan dan ditanam bersama-sama dengan pokok mawar tersebut.

Gali lubang sedalam 4 inci di sekeliling pangkal pokok dan tanamkan kulit pisang tersebut.

IKLAN

Jadikan kulit pisang sebagai baja kompos dengan mudah. Letakkan beberapa keping kulit pisang di atas pan pembakar dan dibakar pada suhu 350°c sehingga garing. Selepas kulit pisang tersebut sejuk, hancurkannya sehingga menjadi serpihan halus dan di taburkan pada pangkal pokok mawar.

Jika terdapat pisang yang mula membusuk di dapur, anda tidak perlu membuangnya. hancurkan beberapa biji pisang menggunakan tangan atau mesin pengisar. Kemudian gali lubang di sekitar pangkal pokok untuk menanam pisang yang telah dihancurkan tadi.

IKLAN

Sediakan tonik pisang untuk pokok mawar. letakkan beberapa biji pisang di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga hancur sepenuhnya. Masukkan di dalam bekas dan tambahkan air supaya pisang yang telah dikisar tidak pekat. Pastikan teksturnya perlulah cair seperti tonik. Siram tonik tersebut di bahagian pangkal pokok mawar.

IKLAN

Letakkan kulit pisang di dalam bekas yang di penuhi dengan air suam. Tutup bekas tersebut dengan ketat dan biarkan selama dua minggu untuk menjadikannya sebagai ekstrak. Letakkan ekstrak pisang di dalam penyembur dan di semburkannya di sekitar pangkal pokok mawar.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI