Sedar atau tidak tindakan menyimpan biji benih dapat mengurangkan banyak kos untuk edible garden bagi jangka masa panjang. Cara ini juga dapat membantu anda untuk mengekalkan tanaman yang hidup subur di edible garden anda.

Tahukah anda nurseri bukanlah satu-satunya tempat yang anda boleh dapatkan biji benih tumbuhan kegemaran anda. Anda boleh membeli secara dalam talian. Kini, banyak laman web yang menjual biji benih yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan herba.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Tidak sukar untuk mendapatkan biji benih daripada sayur-sayuran, herba dan bunga. Namun, pertama sekali anda haruslah mengetahui kitaran hidup sesuatu tumbuhan itu.

  1. Annual. Tanaman seperti tomato, terung, peria, kekacang, jagung dan timun menghasilkan biji benih dalam jangka masa satu musim penanaman. Ini membuatkan ia menjadi tanaman yang ideal untuk dituai bagi mendapatkan biji benihnya. Maksudnya anda boleh mengambil biji benih sayuran ini selepas anda membeli di pasaran. Masaknya sayurnya sahaja tapi biji benih simpan untuk ditanam.
  2. Biennial. Tanaman jenis ini tidak menghasilkan biji benih pada tahun pertama. Ia akan sempurna pusingan tanaman dalam dua musim penanaman. Oleh itu, anda hanya boleh mendapatkan biji benih pada tahun kedua kerana waktu ini ia semakin membesar dan berbunga menghasilkan biji benih. Contoh tanaman ialah kubis, lobak, bawang besar dan bunga kubis. Bagi tanaman jenis ini kesabaran tinggi harus ada kerana memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghasilkan biji benih. Biasanya tanaman jenis ini sedikit sukar untuk dibiakkan selepas ditanam. Selepas dua tiga kali percubaan anda akan berjaya!
  3. Perennial. Merupakan tanaman yang tumbuh dari tahun ke tahun. Tanaman ini memerlukan masa sehingga beberapa tahun untuk matang dan menghasilkan biji benih. Antaranya termasuklah kelapa, durian, koko dan sebagainya. Selain didapati menerusi biji benih, ia juga boleh dibiakkan melalui keratan batang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI