Ramai sahabat laman yang dah mula berjinak-jinak tanam strawberi tanah rendah. Pokok strawberi tanah rendah ni memang mudah ditanam dan langsung tak ada masalah dengan iklim panas di tanah rendah. Namun, yang menjadi masalah adalah kualiti buah strawberi yang di hasilkan. ramai yang masih gagal mengelurkan hasil yang cantik macam strawberi dijual di pasaran. Apakah faktor yang mempengaruhi?

Ini Rupanya Sebab Buah Strawberi Tanah Rendah Tak Menjadi

7 Tip Mudah Hasilkan Buah Strawberi Sedap Untuk Iklim Tanah Rendah Malaysia

CUACA
Salah satu punca utama pembentukkan buah strawberi tak menjadi adalah disebabkan oleh faktor cuaca. Jika baka yang diperoleh adalah jenis iklim sejuk, ia akan mengalami sedikit gangguan dalam penghasilan buah. Mungkin buah yang jadi pon dalam bentuk yang kurang menarik. Namun, bagi strawberi tanah rendah, mempunyai tempoh matang yang pendek. Ini bermakna, buah strawberi di tanah rendah lebih cepat dituai

PENDEBUNGAAN
Ramai tak tahu bahawa strawberi perlu proses pendebungaan. Sebab itu, kalau diperhatikan pengusaha kebun-kebun strawberi Cameron Highland akan usahakan ladang lebah juga. Lebah-lebah tersebut berfungsi sebagai agen pendebungaan untuk strawberi. Jika tidak, pendebungaan perlu dilakukan secara manual.

IKLAN

Jika pendebungaan tidak dapat dilakukan, buah strawberi tidak akan menjadi. Jika pendebungaan dilakukan oleh angin atau pendebungaan sendiri, bentuk buah yang dihasilkan tidak menjadi. Sebab itu lah, jika agen pendebnungaan semula jadi seperti lebah tidak kelihatan berhampiran tanaman, pendebungaan manual perlu dilakukan dengan menggunakan berus lembut.

Ini Rupanya Sebab Buah Strawberi Tanah Rendah Tak Menjadi

IKLAN

Sumber: https://ucanr.edu

IKLAN

Nak tahu cara pendebungaan manual boleh tengok video ini

https://www.youtube.com/watch?v=p92HeznzNfo

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI