1. Mencerahkan wajah

Nutrisi yang terkandung di dalamnya baik untuk menentang jerawat, jeragat dan jangkitan kulit lain. Ia bertindak membuka lubang pori-pori pada wajah bagi tujuan membersihkan kawasan tersebut. Betik segar mengandungi bahan yang mampu menanggalkan kulit mati pada wajah.

 

  1. Membantu penghadaman

Betik mengandungi enzim yang mencernakan protein. Enzim ini kebanyakannya terdapat pada betik muda. Oleh kerana terdapat banyak kandungan suplemen penghadaman dalam betik, ia banyak digunakan dalam gula-gula getah. Jadi, jika perut anda kurang selesa, dapatkan buah betik segar atau gula-gula getah untuk melegakannya.

  1. Bahan anti kanser

Kandungan Flavonoid pada betik baik untuk merawat kanser. Ia mengandungi beta karotena, lutein, zeaxantin dan kryptoxanthin yang bertindak sebagai bahan antioksida penting untuk mencegah kanser.

IKLAN

 

  1. Melindungi jantung

Kandungan potasium yang tinggi dalam betik segar membantu cecair dalam badan manusia. Nutrisi ini membantu pengaliran darah dengan cara mengawal tekanan pada darah. Dengan itu, buah betik sangat baik kepada pesakit jantung.

 

IKLAN
  1. Membantu menurunkan berat badan

Mengandungi banyak vitamin, mineral serta kurang kalori, betik dapat membantu menyediakan diet yang sihat kepada tubuh badan. Kandungan vitamin C, E dan A serta folat hanya menghasilkan 39kalori bagi setiap 100 gram. Kehadiran bahan antioksidan ini membakar kalori dan lemak yang terhasil. Jadikan mulakan hari anda dengan sarapan buah betik.

 

IKLAN

 

Kaedah penanaman Betik

Tanam biji benih betik sedalam 2 cm di dalam bekas penyemaian. Medium penanaman adalah 2:1:1, 2 bagi nisbah tanah loam, 1 bahagian pasir dan 1 bahan organik. Benih akan mula bercambah dalam masa 1 minggu. Setelah 6-8 minggu boleh pindahkan anak pokok ke kawasan tanah atau batasan penanaman.