Spesies yang menarik ini hanya tumbuh di Sichuan, China. Ianya boleh ditemui di kawasan pergunungan melebihi ketinggian 2,300 sehingga 4,000 meter di kawasan hutan. Rhododendron wasonii mendapat nama dari C R Wason, teman kepada Ernest Wilson, seorang pengumpul spesies tumbuhan terkenal di sekitar tahun 1910. Seperti apa yang selalu berlaku kepada spesies liar, tumbuhan ini lenyap atau dilupakan oleh peminat untuk seketika. Ianya diperkenalkan kembali pada tahun 1989.

Ini Lah Rhododendron wasonii Bunga Liar Hampir Pupus Bernilai Tinggi

Pokok renek malar hijau yang tahan lasak ini boleh tumbuh di antara 2-5 kaki tinggi. Keistimewaan yang dipamerkan oleh spesies ini terdapat pada warna daun dan bunganya yang amat menakjubkan. Daun-daunnya bersaiz 2-3 inci panjang dan 1-1 ½  inci lebar, berbetuk oval, tirus dan tajam di bahagian hujung. Pangkal daunnya pula berbentuk bulat. Menariknya, permukaan atasnya keras, licin seperti lapisan lilin dan berwarna hijau tua. Manakala permukaan bawahnya diliputi lapisan seakan kulit kacang dan akan bertukar menjadi merah gelap semasa usianya mencapai 2 tahun. Tangkai daunnya berukuran ¼ – ½ inci panjang.

 

IKLAN

Kebiasaannya lapisan lilin yang terdapat di bahagian atas daun akan lenyap semasa musim panas, di mana perlindungan kepada pucuk-pucuk muda tidak diperlukan lagi. Pada masa yang sama tona warna yang berada di bahagian bawah daun akan kelihatan bertambah merah pekat, dan daun-daun tua secara kontrasnya di antara dua warna ini akan menghasilkan pandangan yang menarik.

 

Bunga-bunganya akan muncul dan kembang mekar dalam bilangan 8 hingga 15 kuntum. Bentuknya seperti loceng dengan saiznya 1 ¼ -2 inci lebar. Kelopak bunga ini akan membentuk satu jambangan yang menarik dan kelihatan mekar dan bugar serta kelihatan amat cantik. Bunganya sememangnya amat menarik tetapi tidak wangi. Terdapat pelbagai variasi warna seperti putih, krim, merah jambu, kuning cair atau putih ros bergantung pada jenisnya.  Kesemua warna bunga ini akan dihiasi dengan titik-titik kecil berwarna merah tua pada setiap kelopak. Ia mula mengeluarkan bunga dalam bulan Mac dan April, dan tempuh berbunga akan berterusan sehingga awal atau pertengahan bulan Mei, tetapi bergantung kepada di mana ianya ditanam.

IKLAN

Ini Lah Rhododendron wasonii Bunga Liar Hampir Pupus Bernilai Tinggi

Spesies ini senang untuk ditanam dan tahan lasak. Pertumbuhannya adalah perlahan. Dalam masa 10 tahun ianya dikatakan  akan tumbuh dalam kadar 75 cm tinggi sahaja.

IKLAN

Ini Lah Rhododendron wasonii Bunga Liar Hampir Pupus Bernilai Tinggi

Seperti kebanyakan spesies tumbuhan liar yang lain, ia tidak gemar kepada kelembapan yang tinggi di bahagian bawah lubang tanaman. Justeru pastikan terdapat saliran pengairan yang baik atau  menanam mereka di atas batas-batas. Ia mampu bertahan kepada sinar matahari dan juga separa teduh.

Ini Lah Rhododendron wasonii Bunga Liar Hampir Pupus Bernilai Tinggi

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI