Menyediakan perabot taman menjadi satu keperluan untuk memastikan laman yang dihias indah dapat dinikmati dan dimanfaatkan. Namun, untuk memastikan perabot laman ini sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga adalah satu hal yang ramai gagal untuk lakukan.

Kebanyakkan pemilik laman di Malaysia lebih yakin dengan pemilihan perabot dari material kayu terutamanya cengal atau balau. Hal ini disebabkan oleh materialnya yang tahan lasak. Pun begitu, jika tidak dijaga kayu yang semahal mana pun dibeli akan kelihatan kusam dan tidak menarik. Melainkan memang laman anda berkonsepkan rustik.

Jadi untuk memastikan perabot laman sentiasa dalam keadaan baik, penyelenggaraan perlu dilakukan. Setiap jenis material mempunyai cara penjagaan yang berbeza.

WICKER

IKLAN

Penjagaan: Kerap lap permukaan perabut wicker dengan menggunkan kain bersih microfiber untuk membersihkan habuk dan kotoran. Selain itu juga, boleh gunakan vaccume yang mempunyai penyambung kepala berus lembut. Tapi pastikan angin yang menyedut tidak terlalu kuat.Cara WAJIB Penjagaan Perabot Laman Kalau Nak Tahan Lama

PLASTIK

Penjagaan: Perabot yang diperbuat daripada plastik atau resin tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Cukup sekadar semburkan air untuk menanggalkan atau mencuci kotoran yang melekat pada permukaan perabot. Sebaiknya, letak perabot pelastik anda di kawasan separa teduhan

IKLAN

KAYU

Penjagaan: Pastikan perabot kayu anda dilengkapi dengan lapisan pelindung seperti varnish. Lapisan ini penting untuk memastikan teksture dan warna kayu dapat dilindungi. Jika kelihatan perabot mula kusam, ini bermakna lapisan varnish tersebut mula hilang. Jadi, anda perlu sapu balik lapisan varnish. Kebiasaanya, lapasan varnish perlu di sapu semula sekurang-kurangnya setahun sekali. Namun sebelum lapisan baru di sapu, pemberishan perlu dilakukanCara WAJIB Penjagaan Perabot Laman Kalau Nak Tahan Lama

IKLAN

CAST IRON DAN METAL

Penjagaan: Kebanyakkan perabot taman diperbuat daripada besi jenis tahan karat. untuk membersihkan perabot jenis ini, anda hanya pelru lap dan bersihkan dengan kain. Namun jika sebaliknya, lapisan pelindung seperti cat minyak perlu dilapiskan. Sentiasa perhatikan permukaan cat, jika terdapat rekahan ia akan memberi ruang air masuk dan lama-kelamaan bahagian yang bocor akan mula berkarat.

Cara WAJIB Penjagaan Perabot Laman Kalau Nak Tahan Lama

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI