
Kebiasaanya, halia yang dibeli, mesti tak digunakan semuanya. Ada tu sampai kecut simpan dalam peti ais. Apa kata kalua dah Nampak hali yang disimpan mula tumbuh tunas, kita semai je. Tak perlu batas dan pasu yang khas, guna guni pun dah mencukupi seperti yang dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan. Cara yang dikongsikan oleh puan Bebiyana sangat mudah dan tak perlukan barang dan bahan yan rumit. Tapi hasil halinya yang ditanam di dalam guni memang menajdi. Jom kita tengok cara tanam hali dalam guni puan Bebiyana
Ada ramai orang di luar sana punya halia yang berbaki dalam peti ais. Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
- Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia
- Kemudian potong-potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh
- Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Kemudian keringkan
Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan
- Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah
- Kambuskan halia yang telah disemai. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
- Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.
Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda.
Tak Susah Rupanya Tanam Lobak Merah Dalam Pasu

Ramai beranggapan untuk menanam lobak merah ia memerlukan batas. Memang benar, ini kerana lobak merah memerlukan tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan ubi yang panjang. Oleh hal yang demikian, batas adalah penyelesaian yang terbaik untuk menghasilkan lobak merah yang cantik. Namun, tidak mustahil untuk anda tanam lobak di dalam pasu jika kena pada caranya.
Bekas tanaman
Memandangkan lobak memerlukan kondisi tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan umbisi yang cantik, anda memerlukan pasu atau bekas yang mempunyai ke dalam minimum 1.5 kaki.
Biji benih
Dapatkan benih lobak dari variati Chantenay atau Nantes. Elakkan menanam lobak merah dari variati Imperator kerana ia dari variati yang panjang. Untuk variati tersebut, anda memerlukan bekas atau pasu yang ber kedalaman lebih 2.5 kaki. Selain itu juga, benih lobak merah mini atau bulat seperti lobak merah mini romeo juga amat sesuai ditanam di dalam pasu
Semaian
Lobak merah mempunyai tekstur biji benihnya yang sangat halus. Oleh itu, ia akan memberi sedikit masalah untuk anda melakukan semaian terus pada medium tanaman. Tambahan pula, risiko tanaman tidak menjadi lebih tinggi.
Untuk proses semaian paling cepat dan mudah, anda perlu sediakan sehelai kertas tisu yang telah ditaburkan sedikit benih lobak merah. Lipat tisu tersebut menjadi 4 segi seperti poket dan renjis kan sedikit air untuk melembapkan tisu tadi.
Masukkan tisu yang telah dilembapkan tadi ke dalam plastik atau zip lock bag untuk mengelakkan ia cepat kering. Simpan plastik berisi tisu lembap tadi di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 hingga 7 hari. Selepas 7 hari, barulah anak lobak merah boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman
Medium tanaman
Lobak merah memerlukan medium tanaman jenis peroi dan sedikit berpasir. Campuran terbaik untuk tanaman lobak merah adalah 2:1:1 (Tanah hitam/loam/topsoil):pasir sungai:kompo. Gaul semua media sehingga rata dan masukkan ke dalam bekas tanaman sehingga penuh.
Semai anak pokok
Buat lubang pada kedalaman 2 inci sebesar jari telunjuk dengan jarak 5 inci setiap satu. Masukkan benih yang telah bercambah tadi ke dalam setiap lubang dan kambus lubang tadi dengan tanah yang nipis kemudian disiram. Letak anak pokok di bawah tempat separa teduhan selama seminggu atau sehingga ia betul-betul stabil
Siraman dan penjagaan
Lakukan siraman 2 kali sehari setiap awal pagi dan lewat petang. Apabila hujan, siraman tidak perlu dilakukan dan pastikan medium tidak bertakung air dan basah. Cabut rumput dan rumpai untuk mengurangkan kadar saigan dengan lobak merah.
Pembajaan
Untuk dapatkan lobak yang sihat dan besar, kurangkan penggunaan baja. Ini kerana penggunaan baja yang berlebihan dan kerap hanya daun nya sahaja yang merimbun namun hasil lobaknya kecil. sebaiknya, gunakan baja kompos pada lobak merah anda dan elakkan penggunaan baja bernitrogen tinggi
Tuai
Lobak merah sedia tuai apabila mencapai usia 60 hingga 90 hari mengikut variati. Sebelum di tuai, pastikan tanah di sekitar lobak merah digembur terlebih dahulu untuk memudahkan ia mudah di atrik dan mengurangkan risiko ubinya terpatah
Sumber: http://tanomkinotuan.blogspot.com
Tanaman Penutup Bumi Buat Pemilik Laman Yang Tak Minat Rumput

Diklasifikasikan sebagai pokok penutup bumi, Arachis pintoi atau nama tempatannya dikenali sebagai Pintoi peanut (Australia), Kacang pintoi (Indonesia) dan Thua lisong tao (Thailand). Ia tergolong dalam famili Fabaceae dan berasal dari Amerika Selatan, ia merupakan tumbuhan asli hutan di benua tersebut. Arachis pintoi merupakan spesies malar hijau mirip kacang tanah (Arachis hypogea). Ia tumbuh menjalar di permukaan tanah sehingga 50 cm tinggi, membentuk anyaman yang kukuh. Akar dan sulurnya akan tumbuh dari buku batang (nodes) apabila ada sentuhan langsung dengan tanah. Daunnya dikategorikan sebagai tetrafolioate, berbentuk oval dengan ukuran lebih kurang 1.5 cm lebar dan 3 cm panjang. Ia mengeluarkan bunga sepanjang hayat, dengan 40–65 kuntum bagi setiap meter persegi. Bunganya berwarna kuning dan mengeluarkan satu atau dua biji benih di bawah permukaan tanah. Saiz biji benihnya adalah berbeza dengan setiap satunya.
Tumbuhan ini mempunyai akar yang kuat. Kaedah pembiakannya adalah di bawah tanah walaupun di permukaan tanah berlakunya kegiatan meragut rumput secara intensif. Ia akan mengeluarkan pucuk-pucuk baru dan biasanya keluar jauh dari tempat asal. Biji benih dikeluarkan dalam tanah dan terpisah dengan rumpun induk setelah matang. Ia memerlukan pemangkasan secara kerap untuk menggalakkan pembesarannya dan untuk mencegah serangan daripada serangga perosak seperti tikus. Ini adalah kerana pemangsa gemar memakan kacangnya. Selalunya biji benih dihasilkan sepanjang musim dengan syarat kadar kelembapannya mencukupi.
Arachis pintoi tumbuh dan berkembang dengan baik pada kawasan beriklim sub tropika dan tropika, yang menerima hujan tahunan sebanyak 1,300 mm. Kadar pertumbuhannya menggalakkan apabila berada di bawah teduhan berbanding di bawah sinar matahari. Ia sesuai di kawasan tanah dengan tekstur liat dan berpasir, namun tumbuh lebih sesuai pada tanah lempung berpasir (sandy loam) yang elok pengairannya dan mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi. Ia juga dapat beradaptasi dengan baik pada kondisi kesuburan tanah rendah dengan pH sedikit berasid atau neutral.
Tanaman ini tidak dapat hidup di kawasan yang terdedah kepada air bertakung untuk jangka masa yang lama dan struktur tanah liat yang lemah. Di kawasan yang kurang air atau sering banjir, pertumbuhannya terbantut dan daun akan menjadi kuning. Namun, ia mempunyai daya toleransi kepada kandungan aluminium yang tinggi (melebihi 70 peratus). Ia juga mampu bertahan dalam musim kemarau selama tiga hingga empat bulan.
Banyak kegunaan dan sumbangan Archis pintoi dalam masyarakat hari ini yang ada kalanya tidak diketahui manfaatnya kerana kurang informasi yang disebarkan. Di antara manfaatnya adalah seperti berikut:
- Menahan hakisan tanah: Sebagai penutup bumi, Arachis pintoi berpotensi besar untuk mencegah hanyutnya tanah, kerana susunan/anyaman batang dan sistem akarnya dapat melindungi dan mencengkam tanah dari larian air hujan atau angin. Manakala daunnya pula dapat mengurangi impak titisan hujan sewaktu jatuh ke tanah.
- Sumber nitrogen untuk tanaman: Ia mempunyai kemampuan menyerap nitrogen dari udara melalui kaedah penambatan nitrogen secara biologi dan mengubahnya ke bentuk yang dapat digunakan oleh tanaman lain. Tumbuhan in mampu meningkatkan konsentrasi karbon dan nitrogen di dalam tanah. Justeru, kacang pintoi dapat mengembalikan kesuburan tanah
- Mencegah pertumbuhan gulma: Di kawasan tropika, Arachis pintoi telah teruji kemampuannya dalam bersaing dengan gulma (rumpai) kepada tanaman kopi, coklat, pisang, ubi kayu, dan nenas. Tumbuhan ini berkesan mencegah tumbuhnya gulma setelah tiga atau empat bulan ditanam. Keberkesanannya didapati menyamai dengan Desmodium ovalifolium (sejenis tumbuhan penutup bumi) dalam mencegah tumbuhnya kembali gulma, bahkan lebih efektif dari penggunaan racun pemusnah.
- Makanan ternak: Arachis pintoi merupakan sumber makanan yang sesuai utnuk lembu, biri-biri dan kuda. Kerana kandungan proteinnya yang tinggi iaitu di antara 17% hingg 20%, menyebabkan ianya sesuai dijadikan makanan kepada binatang ternakan tersebut. Daunnya mengandung kadar protein yang tinggi dan baik untuk pencernaan. Pengenalan tanaman ini pada padang ternak secara komersil mahupun tradisional, umumnya dapat meningkatkan produktiviti haiwan ternakan, dan sudah pasti dapat menambahkan hasil kepada para penternak.
Sebelum Beli Pokok Bunga Di Nurseri Ini 9 Perkara Yang Wajib Anda Periksa Dulu

IMPIANA kongsikan 9 perkara yang perlu anda buat sebelum membeli tanaman di nurseri. Tip ini bakal membantu anda sedikit sebanyak sebelum bercadang membeli tanaman. Tidak semua orang arif tentang pokok kan. Ada juga yang 1st timer nak berjinak-jinak dalam gardening.
Jangan beli! Bunga yang sedang kembang
Fikir 2 kali sebelum membeli tumbuhan yang mempunyai bunganya yang sedang kembang mekar. Tidak pernah ditetapkan di dalam peraturan untuk mendapatkan sebuah laman yang cantik, anda perlu membeli tumbuhan yang mekar berbunga. Kerana kebanyakan tumbuhan yang bunganya bermusim dan kadangkalanya tumbuhan tersebut telah diberi baja bunga dan ada kalanya bahagian yang berbunga akan cepat layu selepas proses penanaman. Oleh itu digalakkan untuk anda memastikan tumbuhan anda stabil terlebih dahulu untuk mendapatkan bunga yang mekar dan cantik.
Tidak memeriksa dengan betul
kadangkala kita lupa untuk memeriksa dengan teliti tumbuhan yang telah dipilih. Perhatikan betul-betul pada bahagian daun dan pada bahagian dasar tanah tumbuhan tersebut. Kadangkala tanpa kita sedari, terdapat tumbuhan asing atau tumbuhan menumpang. Apa yang paling menggerunkan ialah, terdapat serangga atau siput di celah-celah daun yang merimbun. Perkara ini amat berbahaya kerana ia akan memberi kesan terhadap tumbuhan yang lain di laman kita nanti
Saiz bukan penentu segala-galanya
Tumbuhan yang bersaiz besar tidak bermakna tumbuhan itu bagus. Tumbuhan yang besar akan menyebabkan kos yang tinggi. Kenal pasti saiz pasu yang akan di gunakan atau size ruang yang mencukupi untuk tanaman tersebut. Untuk pemeriksaan yang betul, letakkan jari anda sedalam 1 inci dari dasar tanaman.
Terlalu berjimat
Perkara ini sering berlaku apabila pekebun membeli tumbuhan dengan jumlah yang sedikit atau tidak pelbagai. Kesannya akan mengakibatkan laman anda memberi impak yang tidak cukup dan tidak menarik. Sila buat penilaian yang secukupnya sebelum membeli dan membuat keputusan yang betul. Tidak menjadi masalah sekiranya anda dapat membeli lebih tanaman daripada jenis yang sama atau mempelbagaikan jenis tanaman yang akan dibeli.
Tidak memeriksa akar
Sila pastikan akar pokok terjalin rapi dan tidak terkeluar dari bekas semaian dan tidak terdapat akar yang berserabut terkeluar di bahagian lubang bawah bekas semaian atau pasu. Perkara ini boleh menyebabkan tanaman tersebut akan kehilangan nutrien. Di samping itu juga, sila pastikan tumbuhan yang telah anda pilih mempunyai akar yang matang.
Terlupa membawa senarai membeli belah
Sama seperti senarai membeli barangan dapur. Jika anda tidak membawa senarai barang untuk membeli, pasti ada barang yang anda akan lupa untuk beli atau terbeli barang yang tidak sepatutnya. Apabila sampai di rumah, pasti tumbuhan dan barangan yang telah anda beli tidak dapat memberikan reka bentuk laman yang anda inginkan.
Kenal pasti sifat fizikal tumbuhan yang akan dibeli
Minta nasihat pakar atau buat kajian terperinci sebelum anda memilih tumbuh-tumbuhan yang bakal anda pilih untuk dibeli terutamanya dari segi fizikalnya. Perkara ini dapat membantu anda untuk merangka kadar kepadatan dan kadar tumbesaran tumbuhan yang bakal ditanam di laman anda. Kerana ada di antara tumbuhan mempunyai ciri fizikal yang akan berubah dengan ketara apabila sampai waktu matangnya seperti tumbuhan renek boleh juga menjadi pokok kecil.
Jangan buang resit belian.
Simpan segala resit yang telah anda beli walaupun ia hanyalah resit membeli medium tanah. Sebahagian nurseri memberi jaminan terutamanya barangan landskap kejur. Ia amat berbaloi untuk kebaikan laman anda kerana ada kalanya ada pokok yang bermasalah atau perabot taman yang rosak dan anda boleh pulangkannya semula ke tempat yang telah anda beli.
Membeli tumbuhan pada pagi hari
Sudah berapa kali anda telah membeli tumbuhan dan bahan-bahan untuk menghiasi laman anda? Apabila sampai ke rumah, anda merancang untuk menanamnya kemudian di sebabkan kesuntukan masa sebab dah petang. Namun, hari demi hari anda tidak mempunyai masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti tersebut. Lama-kelamaan tumbuhan tersebut kekeringan dan mati. Oleh sebab itu, di galakkan anda untuk merancang waktu untuk ke nurseri dan tapak semaian di waktu pagi supaya anda mempunyai masa untuk menanam dan menghias laman anda diwaktu petang.