Ada di kalangan anda meminati dengan konsep rumah yang bercirikan resort yang terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya atau ibu kota khususnya? Kalau ada yang sedemikian, sudah pasti anda sememangnya seorang pencinta kepada kota metropolitan dan gemarkan sesuatu yang moden.
Bagi anda yang inginkan membuat pengubahsuaian rumah dan sedang mencari sumber ilham dan idea yang menarik, mungkin konsep rumah yang bercirikan resort di tengah bandar ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi anda.
Untuk maklumat anda, rumah banglo yang tertera pada gambar terletak di kawasan perumahan Grandville USJ1 dan merupakan hasil kerja oleh arkitek dan juga pereka seni dalaman rumah hebat, NDC Design.
Dengan rekaan struktur binaan bangunan yang moden, NDC Design menyifatkan rumah ini sebagai sebuah rumah banglo yang padat dengan ciri-ciri rumah resort yang bertemakan modern tropikal.
Ads
Walaupun saiz keluasan tanah rumah ini tidak sebesar rumah banglo di kawasan perumahan lain, namun rumah yang mempunyai 3 tingkat dengan keluasan 5,500 kakipersegi ini tetap kelihatan luas daripada angka sebenarnya.
Salah satu faktor yang membolehkan ruang rumah ini tampak lebih luas adalah dari segi reka bentuknya yang mengunakan tingkap dari lantai ke siling dan pintu kaca yang boleh dibuka. Apabila pintu-pintu kaca dibuka, sempadan antara ruang dalaman dan luaran dihilangkan dan seakan-akan menjadi satu ruang yang lebih besar.
Reka bentuk rumah ini juga mengunakan cara anjakan bangunan untuk membolehkan ruang dibawah menjadi satu ruang ‘semi outdoor’. Selain itu, dari segi material, sebagai arkitek dan juga pereka seni dalaman, NDC Design mengunakan bahan material yang konsisten dari luar bangunan sehingga ke ruang dalaman dengan penggunaan kayu di siling dan lantai.
Ads
Keseragaman dari luar bangunan sehingga ruang dalaman membolehkan ia menjadi satu rekaan kediaman yang tampak sangat unik, menarik serta moden. Sebagai sebuah rumah di kawasab yang bercuaca tropikal, rumah yang teduh dan pengudaraan yang mencukupi adalah satu kriteria yang penting sekali.
Selain itu, perancangan yang rapi telah dibuat untuk meletakkan tingkap di kawasan yang strategik untuk mengalakkanpengudaraan silang dan juga membawa cahaya yang terang ke ruang dalaman.
Kolam renang dan kolam refleksi di sekeliling rumah juga berfungsi untuk merendahkan suhu dalaman dan juga menjadi satu ciri rumah resort walaupun rumah ini tarletak di kawasan bandar. Pemilihan pokok renek dan besar yang pelbagaimenghasilkan pemandangan landskap yang berlapisan dan menyempurnakan arkitektur rumah keseluruhan. Menarik bukan?
Ads
Lihatlah hasil keseluruhan rumah ini, tidak disangkal lagi NDC Design ternyata adalah antara salah satu arkitek dan pereka hiasan dalaman yang berbakat besar, berkebolehan tinggi dalam menghasilkan seni bina bangunan berkualiti tinggi.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Roti antara menu mudah, cepat dan enak. Tapi, masa ada stok roti tak terhabis pula. Masa tak ada, tekak asyik rasa nak makan roti. Siapa pernah alami situasi ni? Kalau ada stok roti yang dah nak luput tu, cara mudah dan cepat nak habiskan adalah hasilkan sesuatu juadah berasaskan roti seperti puding roti, pizza roti dan sebagainya. DI sini IMPIANA kongsikan 5 video resepi juadah yang menggunakan roti untuk inspirasi anda.
Karipap menggunakan Roti dan Inti Carbonara Sedap Tak Terkata-Buat Orang Lapar
Puding Roti Sos Kastard | Bread Pudding with Custard Sauce [Classical Music]
Pizza roti tanpa uli dan oven-Limau nipis
Cucur Roti Rangup Di Luar Lembut Di Dalam-Malina Lina Pg
Cara buat Aiskrim Goreng Paling Senang
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tanpa anda sedari, banyak barang yang tersimpan di dalam rumah adalah barang yang tidak diperlukan atau tidak digunakan lagi. Hal ini yang akan menyebabkan masalah pengstoran. Mak-mak lah paling banyak mengalami masalah ini. Biasalah, bila nak buang barang-barang tersebut, nanti nak pakai pula. Betul tak? tapi bila dah terlalu banyak, ia akan menggangu.
Antara ruang paling kritikal yang banyak menyimpan barang tidak diperlukan dan mungkin boleh dikategorikan sebagai sampah adalah dapur. Untuk pastikan dapur anda tidak sarat dan sesak dengan barang-barang yang tidak diperlukan atau tidak digunakan elak menyimpan barang-barang berikut:
1. SUDU DAN GRAFU PLASTIK
Setiap kali membeli makanan dari kedai terutamanya dari restoran makanan segera, bila ada lebihan sudu yang tidak digunakan mak-mak suka simpan untuk digunakan kelak. Jika anda jenis suka bawak bekal untuk trip atau ke pejabat, ia amat diperlukan. Namun jika tidak, ia menjadi sampah di dapur. Kenapa perlu simpan sudu dan garfu plastik pakai buang dirumah jika anda telah mempunyai set sudu yang lebih cantik. Apa kata sudu dan garfu plastik yang terkumpul diimpan dalam laci pejabat. Anda lebih memerlukannya ketika di pejabat.
2. PEKET CONDIMENT
Ini lagi salah satu masalah yang sering dihadapi mak-mak. Bila beli KFC, MacD atau apa sahaja makanan segera terutamanya yang dibawa pulang, mesti ada peket sos, cili dan sebagainya yang berlebihan. Ia akan disimpan, untuk kegunaan masa akan datang, Tapi, bila dah terlalu banyak akan menyebabkan sesak di dapur.
3. MAKANAN YANG DISIMPAN LEBIH DARI 5 HARI
Cuba periksa peti sejuk anda. Jika terdapat makanan yang dimasak telah disimpan lebih dari 5 hari, ia harus di buang. Makanan yang telah dimasak hanya sesuai dan berkhasiat untuk dimakan dalam tempoh hanya 5 hari. Lebih dari itu, makanan mula terjejas termasuk rasa dan kandungan zatnya.
4. PERKAKAS DAN PERALATAN YANG TIDAK PERNAH DIGUNAKAN
Biasa lah, masa jualan beli ikut nafsu tanpa memikirkan sama ada ia keperluan mahupun kehendak. Lama-kelamaan, baru perasan perkakas atau peralatan yang dibeli langsung tidak digunakan. Ini antara penyumbang utama menyebabakn dapur anda sarat dengan barang. Apa kata, kumpulkan perkakas dan peralatan yang tidak digunakan di dapur dan jual semula
5. BEKAS MAKANAN YANG TELAH HILANG PENUTUP
Selalu mengalami masalah penutup bekas makanan hilang atau sebaliknya? Jika terdapat penutup yang telah kehilangan bekas makanannya dalam tempoh yang lama, tidak perlulah ianya disimpan. Ia akan memenuhiruang simpanan di dapur anda.
6. BARANG TIBA TARIKH LUPUT
Tanpa disedari, rempah ratus dalam botol dan makanan dalam tin telah tiba tarikh luput. Walaupun herba tidak kelihatan rosak apabila tiba tarikh luput, ia akan menjejaskan rasa dan kandungan nutrient. Oleh itu, sebaiknya lakukan pemeriksaan terhadap bekalan bahan makanan anda sekurang-kurangnya bulan sekali dan buang akanan yang telah tiba tarikh luput
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman indah bagaikan ‘syurga’ buat setiap penghuninya.Terpana dengan seni dekorasi kediaman dengan konsep ini yang nampak moden namun tetap mempunyai perincian elemen klasik dalam rekaan.
Setiap perancangan konsep rekaan rumah, pemilihan material mahupun perletakan susun atur digarap sempurna, hasil pemilik yang ‘berjiwa’ senibina.
Pesona Kondominium Berkonsep Neo-Colonial
Kediaman jenis kondominium dengan keluasan 2700 kaki persegi, yang terletak di aras bawah ini berjaya menjadi mahligai indah buat pemilik, Akram Frijand Ali yang juga seorang arkitek berpengalaman.
Bagi pemilik pemilihan konsep Neo-Colonial cukup dekat dihati.Beliau inginkan konsep yang tidak terlalu moden dan pada masa yang sama ia tak terlalu klasik. Namun, elemen klasik itu tetap ada dalam rekaan di sudut kediamannya.
“Saya suka pergi (melancong) ke negara Timur Tengah dan India. Negara tersebut cukup dekat di hati.Perincian rekaan kediaman saya mahukan berinspirasikan Moghul,” ujar Akram.
Berkongsi cerita mengenai rumah kesayangan yang hampir 3 tahun menjadi tempat berteduh, keutamaan dekorasi rumah adalah ruang tamu dan ruang makan. Item dekorasi mahupun perkakasan rumah banyak dibeli dan mendapat inspirasi ketika melancong di luar negara. Kebanyakan perabot serta kemasan dinding pula ditempah khas (custom made) mengikut citarasa sendiri.
Laman Konsep Bali Moden
Kelebihan kediaman terletak di aras bawah, ia turut dilengkapi dengan ‘private garden’ tersendiri seluas 850 kaki persegi. Istimewa dilengkapi buaian gantung disamping elemen air dengan batuan kecil ‘pebble wash’ cukup menenangkan ketika berada di laman. Pemilihan landskap laman berkonsep Bali Moden pula cukup membuatkan saujana mata yang memandang, sekaligus melengkapkan lagi kediaman indah ini.
Nama Pemilik: Akram Frijand Ali
Jenis Kediaman: Kondominium
Lokasi: Mont Kiara
Usia Kediaman: 3 Tahun
Keluasan Kediaman: 2700 + 850 (laman)kps
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 Bilik + 4 bilik air + Private Garden
Konsep Kediaman : Neo-Colonial
Pereka Hiasan Dalaman: @myrafeedesign
Pereka Landskap: Tiara Bali Concept
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.