
Biasa sangat sekarang ni orang guna wainscoting untuk dekor rumah. Idea yang dikongsikan oleh impiana ini bukan lah sesuatu yang baru tetapi sedang “in”. Dengan hanya menggunakan kayu sepin 1 suku yang berharga hanya RM 2-3, tekstur feature wall anda kelihatan lebih menarik dan Artistik.
artikel berkaitan: Pasangan Ini Tunjuk Cara DIY Wainscoting Untuk Satu Ruang Tamu Betul-Betul Mudah
Menggunkan kaedah pemasanagan yang sama dengan wainscoting, gaya dekorasi ini semakin mendapat tempat dan di minati ramai. Ini antara ilham dekorasi feature wall yang hanya menggunakan kayu sepin.
Kelebihan Dekorasi Warna Biru, Pembangkit Suasana Nyaman

Salah satu warna yang sering disyorkan oleh pereka profesional untuk pemilik rumah ialah warna biru. Ini kerana warna biru lebih banyak memberi kesan positif berbanding negatif, jadi tidak hairanlah jika warna versatile ini menjadi pilihan apabila tiba masa untuk menghias rumah.
Dalam semua variannya, warna biru boleh membangkitkan suasana menyenangkan dengan kesegaran dan kebersihan udara. Menurut penelitian, warna ini sesuai untuk ruang seperti bilik tidur atau bilik mandi. Tetapi jangan risau, ia juga sesuai untuk kawasan-kawasan lain di kediaman anda.
Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah bahawa warna biru boleh digabungkan dengan banyak warna. Cuba gabungkan biru dengan putih, ia mampu mendapatkan hasil yang amat menakjubkan.
Lihat Juga : 7 Warna Popular Ruang Tamu
Setelah Bergelar Isteri, Reen Rahim Pikat Ibu Mentua Istimewa Hadiahkan Makeover Dekorasi Rumah

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular dan jelita, Noreen Ashikin Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan sapaan Reen Rahim ini. Untuk episod kelapan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan pelakon jelita itu diundang sebagai sebagai selebriti pilihan bagi episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Menerusi siaran episod kali ini, telah menyaksikan Reen Rahim menzahirkan hasratnya untuk menghadiahkan makeover dekorasi di kediaman ibu mentuanya yang terletak di sekitar bandar Klang, Selangor.
Selebriti berusia 34 tahun itu telah memilih ruang tamu di kediaman ibu mentuanya sebagai ruang pilihan bagi melakukan perubahan makeover dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama Reen Rahim serta suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin memaklumkan di kediaman ibu tercintanya itu turut didiami oleh ahli keluarga adik-beradik yang lain serta beberapa anak saudara.
Dalam usaha untuk merealisasikan hasratnya itu, Reen menginginkan transformasi makeover dekorasi yang bertemakan warna-warna yang lembut seperti Pastel. Tambahnya lagi, ini juga adalah merupakan salah satu kemahuan ibu mentuanya.
Pengasas dan pemilik jenama Ella Furniture iaitu Puan Ella Alway telah mencadangkan beberapa jenis pemilihan sofa yang bersesuaian untuk kediaman ibu mentua Reen Rahim.
Transformasi makeover dekorasi yang telah dilakukan di kediaman tersebut, sofa jenis ‘3 seater Chesterfield’ dan sepasang ‘arm chair’ telah dijadikan sebagai pilihan. Di samping itu juga, untuk ruang tamu yang tampak lebih sempurna, penggunaan aksesori seperti sepasang kerusi ‘ottomen’ telah menjadi penyeri dan pelengkap dekorasi ruang tamu tersebut.
Manakala, dari segi konsep pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus mahukan tampilkan konsep ‘Neo Klassical’ di samping dengan pemilihan warna cat dinding yang bertemakan ‘Warm & Safe’ dengan unsur rona Merah Jambu.
Jelasnya lagi, pemilihan warna tersebut sememangnya adalah pilihan yang paling tepat dan sesuai buat kediaman ibu mentua Reen Rahim yang kini sudah lebih berusia.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Reen Rahim? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya
10 Tip Pengurusan Dapur SUPER KECIL Yang Perlu Anda Tahu

Tidak perlu menyalahkan ruang dapur yang terhad dek kerana keadaan dapur yang tidak kemas dan berantakan. Jika anda seorang yang bijak, ruang yang mempunyai penstoran yang mencukupi mampu untuk tampil kemas, menarik dan praktikal. Namun, bagaimana untuk merealisasikannya? Ikuti beberapa tip yang kami ingin kongsikan dalam membantu menguruskan ruang dapur anda dengan baik.
1. Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan menyediakan makanan. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh.
2. Di manakah anda boleh mencari ruang penyimpanan tambahan? Cari semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet.
3. Mana-mana peralatan untuk membuat biskut atau kek yang hanya digunakan sekali-sekala boleh disimpan di satu tempat seperti di dalam laci. Ia bukan sahaja memudahkan anda mencari barangan tersebut malah lebih kemas.
4.Penyimpanan seperti pinggan atau mangkuk tambahan boleh disusun secara bertindih di dalam laci yang di buat khas. Ia menjimatkan ruang yang terhad.
5. Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betul untuk disesuaikan dengan peralatan dapur. Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.
6. Ruang hadapan atau mungkin juga belakang pintu jangan dipandang kosong. Ia boleh digunakan untuk tujuan menyangkut apron atau tuala tangan.
7. Sudu dan garpu diletakkan pada satu bekas di dalam laci.
8. Barang-barang yang kerap digunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding. Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.
9. Bakul rotan menjadi suatu daya tarikan apabila diletakkan di ruang dapur. Ia menjadi pilihan selain laci yang sedia ada.
10. Simpan makanan dalam bekas pelbagai saiz mampu menjimatkan ruang di dapur. Dengan pelbagai corak dan warna menjadikan ruang penstoran lebih ceria. Selain itu, ia juga praktikal dan selamat untuk digunakan.