Aphids atau lebih dikenali sebagai kutu pokok merupakan musuh utama di dalam taman kesayangan anda. ia mempunyai beberapa warna seperti hijau, kuning, coklat, merah mahupun hitam. Serangga perosak kecil ini akan membiak secara cepat dan akan memberi kesan terhadap pucuk muda dalam hanya beberapa hari sahaja. Aphids akan menghisap sap dari tumbuhan anda dan akan menyebabkan pucuk muda bertukar menjadi kerinting dan ke perangan. Jika kesan diberi teruk dan banyak, ia boleh menyebabkan pucuk muda mati. Terdapat beberapa kaedah mudah untuk mengawal aphids antaranya.
Ads
Ads
Ads
- Jika jangkitan dapat di kesan di peringkat awal anda boleh menggunakan jari untuk membunuh serangga perosak tersebut.
- Jika hanya sebahagian kecil bahagian tumbuhan yang dijangkiti, potong bahagian tersebut dan letakkan di dalam plastik atau di bakar terus untuk mengelakkan ia dari merebak ke pokok lain .
- Tanam tumbuhan yang boleh menarik kehadiran serangga pemangsa aphids seperti marigold, bunga matahari, daisy dan sebagainya. Serangga yang akan menjadi pemangsa aphids seperti ladybugs dan lacewings mudah mengesan kehadiran aphids dan akan memakannya.
- Sembur dengan racun organik buatan sendiri menggunakan campuran bawang putih kerana ia akan mengeluarkan sejenis bau tidak digemari oleh aphids dan akan menyebabkannya tidak akan singgah di taman anda.
- Tumbukkan beberapa biji bawang putih dan di letakkan di dalam air. biar beberapa seketika sehingga haruman bawang putih terbebas di dalam air dan semburkan ke bahagian tumbuhan yang dijangkiti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI