Daun cekur atau kencur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Daunnya merupakan pengganti yang baik bagi daun kunyit dalam masakan. Rasa dan baunya yang kuat merupakan ciri yang hampir sama dengan daun kunyit Antara hidangan yang sesuai menggunakan daun ini termasuklah ubur lambuk, singgang dan masak lemak.
Namun Tahukah anda, Cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Ia juga kaya dengan vitamin B, C, protein dan mineral, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.
Ini Khasiat Daun Cekur yang harus anda tahu :
1. Anti penuaan
Kepada mereka yang mengamalkan makan kencur sebagai ulam secara berterusan, kandungan vitaminc dan mineral lain turut membantu melambatkan kesan penuaan.
2. Memecahkan angin dalam urat saraf
Di antara khasiat cekur yang paling menarik ialah membuang angin dari badan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan resepi air kencur. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.
Bahan-bahan Air kencur:
- 2 genggam cekur / kencur
- 1 genggam halia
- 1 genggam beras yang sudah dicuci dan direndam selama 3 jam
- 1 ketul gula Melaka kecil
- 1 sudu teh kecil bunga cengkih
- 1 liter air
Cara penyediaan:
- Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
- Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
- Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
- Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
- Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
- Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
- Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
- Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
- Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.
- Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.
- Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain.
- Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.
Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.
3. Menguncup dan memulihkan rahim
Bagi ibu yang baru bersalin atau mengalami keguguran, kencur membantu untuk menguncupkan rahim dengan cepat untuk mengelakkan masalah rahim kembang. Di samping itu ia juga membantu memulihkan rahim yang tercedera atau luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.
4. Memanaskan badan wanita yang baru bersalin
Masyarakat melayu menggunakan cekur untuk memanaskan badan wanita yang baru bersalin. Ambil akarnya yang berisi dan direbus dan diminum sebagai tonik. Minum setiap pagi sepanjang tempoh berpantang.
5. Membanyakkan susu ibu
Cekur juga membantu membanyakkan susu ibu. Caranya, rebus pucuk dan akar cekur kemudian jadikan sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Atau boleh juga hancurkan daunnya dan tampal pada payudara si ibu.
6. Memberikan tenaga
Khasiat lain cekur ialah mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.
7. Menguatkan rahim untuk mencegah keguguran
Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah. Rebus pokok & akarnya, dan diminum untuk menguatkan rahim.
8. Sembelit
Jika anda mengalami sembelit, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.
9. Menghilangkan gatal tekak
Anda boleh hilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbi cekur
10. Menyembuhkan bengkak
Cekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yang bengkak. Caranya, tempelkan beberapa helai daun cekur yang telah digiling lumat.
11. Menyembuhkan selsema
Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya.
12. Menyembuhkan demam malaria
Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria.
13. Menyembuhkan penyakit resdung
Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.
14. Mengurangkan penyakit asma
Kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.
15. Menghilangkan sakit gigi
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi.
16. Menghilangkan kelemumur dan kutu di kepala
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi untuk menghilangkan kelemumur dan kutu.
Itulah dia khasiat Daun Cekur yang mungkin ramai masih belum tahu. Semoga bermanfaat.
SUMBER