Restoran kegemaran rakyat Malaysia, apa lagi kalau bukan IKEA. Sebut sahaja IKEA pasti nampak meat ball kan. Ohhh… bukan untuk kali ini. IKEA juga inginkan rakyat Malaysia hidup sihat dengan gaya hidup yang sempurna. Segalanya bermula dari rumah. Rumah dah cantik makan pun kenalah makanan yang sihat bukan.
IMPIANA tertarik dengan konsep makanan dan hidangan yang cukup menyelerakan ini. Apa lagi boleh la cuba lepas ni.
Hidangan yang cukup mengiurkan ini semuanya berasaskan dari sayuran. Memang terbaiklah!
Nikmati hidangan yang berasaskan tumbuhan yang menyelerakan lagi berkhasiat! IKEA Malaysia kini menawarkan pilihan makanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan berpatutan kepada semua! Menampilkan Burger Berasaskan Tumbuhan, Schnitzel Berasaskan Tumbuhan, Jejari Ikan Berasaskan Tumbuhan, Pasta Tomato Bebola Sayuran, Wrap Bebola Sayuran serta Kroisan Telur Masak Hancur dengan hidangan sampingan berasaskan tumbuhan dan salad, IKEA bakal mencetuskan satu hala tuju baharu ke arah kehidupan harian yang lebih baik dan lestari.
Ads
Dengan harga berpatutan daripada RM4.90 – RM12.90, rangkaian makanan berasaskan tumbuhan ini boleh didapati di semua Restoran IKEA Malaysia. Hidangan-hidangan lazat ini boleh dinikmati melalui makan di restoran, bawa pulang, atau Perkhidmatan Pesan & Ambil IKEA Food.
Ads
Pelancaran menu baharu ini mencerminkan usaha IKEA Malaysia untuk menawarkan makanan yang sihat, lestari dan berpatutan kepada orang ramai, selain membangkitkan selera mereka dengan suntikan ciri kelainan. Oleh sebab makanan merupakan keperluan kita semua, kita harus lebih peka terhadap pilihan makanan kita bagi melindungi alam sekitar. Kini, anda dapat mengorak langkah ke arah bumi yang lebih hijau secara mudah dengan memilih makanan berasaskan tumbuhan yang lazat, berpatutan, lagi berkhasiat!
Ads
Ingin menikmati makanan lazat sambil menyumbang? Pastikan anda membeli Kombo Hari Makanan Sedunia dari 16 hingga 31 Oktober 2021 yang termasuk Schnitzel & Sup Cendawan berasaskan Tumbuhan pada harga RM12.90. Bagi setiap kombo yang dijual, sebanyak RM2.00 akan disalurkan kepada HOPE Worldwide Malaysia bagi membiayai program pengagihan makanan.
Semua barangan makanan berasaskan tumbuhan ini akan kekal dalam menu IKEA, kecuali Burger Berasaskan Tumbuhan yang hanya tersedia untuk waktu terhad hingga 31 Oktober 2021.
Anda adalah apa yang anda makan. Teruskan langkah dalam mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan dalam kehidupan harian anda! Makanan yang mesra bumi pastinya baik untuk kesejahteraan anda. Untuk maklumat lanjut tentang menu makanan berasaskan tumbuhan IKEA, layari: IKEA.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selalu orang nak ubah dekorasi dalaman rumah, pasti memikirkan tentang warna cat, pilihan perabot, dan pelbagai lagi. Tetapi tahukah anda dengan mengubah flooring pun kadangkala sudah cukup untuk mengubah penampilan rumah kita. Mungkin kerana pada asalnya kita hanya menggunakan material lantai yang sudah siap dipasang oleh pemaju dan kita hanya tukar cat dinding, tetapi kita lupa, lantai rumah, kalau diberi nafas baharu, pasti anda sendiri tidak sangka apabila melihat hasilnya nanti.
Ini yang dilakukan oleh pemilik kediaman pangsapuri kos rendah di Seremban 2 iaitu Umi Afiqah sekeluarga yang telah berjaya menatarias kediamannya yang berkeluasan 650 kaki persegi dengan memasang lantai vinyl baharu. Pemilik juga turut melakukan pengubahsuaian lain dan apabila siap, suasana kediaman bertukar 360 darjah serta merta.
Menurutnya, tema pilihan untuk rumah ini adalah modern minimalist dan ianya menjadi pilihan mereka kerana konsep ini amat bersesuaian dengan pasangan ini yang amat menyukai keadaan rumah yang teratur tanpa serabut dengan barangan yang terlalu banyak.
“Rumah kami mempunyai ruang yang terhad dan perlu dirancang dengan bijak supaya segala perabot yang dimiliki digunakan dengan sebaiknya serta memastikan kediaman ini nampak luas”, ujarnya.
Untuk memastikan segala dekorasi nerada dalam keadaan yang betul dan teratur, mereka mendapatkan khidmat nasihat interior designer serta banyak membuat rujukan atas talian dan mengunjungi rumah contoh malahan membelanjakan sebanyak RM20K untuk segala hiasan. Selain itu, konsep ini berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan.
Penulis amat menyukai pilihan drop ceiling yang bertindak sebagai pembias cahaya recess light yang disorokkan dalam rekaan ceiling yang menerangi setiap inci kediaman ini. Selalunya jika kediaman anda sempit, pasti cahaya yang terdapat dalam kediaman amat sedikit sehingga menjadi malap, oleh itu pujian harus diberikan kepada empunya rumah.
Selain itu, pemilik juga meletakkan tumbuhan hijau dalam rumahnya, walaupun kediaman ini agak sempit, tetapi dengan kehebatan pemilik serta bimbingan nasihat ID, pokok tersebut langsung tidak menggugat kehebatan dekorasi yang cuba dipersembahkan oleh keluarga kecil ini.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
21 Idea Dekorasi Tandas & Bilik Mandi Kecil Untuk Anda. Setiap orang semestinya mengimpikan bilik mandi yang menarik dan selesa. Bilik mandi bukan sahaja boleh menjadi tempat mandi malah boleh juga menjadi tempat untuk berendam rehat di dalam tab setelah seharian penat bekerja. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu dan mempunyai ruang tandas yang besar mahupun bilik mandi yang luas.
Ramai yang sangka bilik air sempit dengan ruang yang terhad ini, tidak perlu diberi sentuhan atau sukar untuk diubah suai. Ini semua salah dan tidak tepat. Setiap ruang tidak kira tandas atau apa jua ruang luas atau sempit semuanya boleh di dekor dengan baik dan sempurna jika anda tahu bagai mana caranya.
Di sini, IMPIANA kongsikan jenis bilik air yang bersaiz sempit dan terhad untuk anda semua menjadi sumber inspirasi.
Pemilihan idea dan reka bentuk dalaman bilik mandi merupakan antara proses yang agak sukar. Tidak kira jika ia adalah sebuah rumah besar, banglo, sebuah kondo ataupun apartment. Kekangan yang dihadapi ialah rumah masa kini yang dibeli mahupun disewa datang bersama keluasan ruang bilik mandi yang agak kecil. Pada masa yang sama, untuk mendekorasikan bilik mandi mestilah menggabungkan keindahan dan kefungsiannya.
Kami kongsikan beberapa cadangan dan idea yang yang boleh dijadikan rujukan untuk menghias bilik mandi atau ruang tandas yang kecil. Menarik tak dekorasi tandas ini?
Sumber : Google
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI), pelbagai tip, dekorasi kediaman dikongsikan bersama anda.
Atap di setiap rumah, berfungsi untuk menahan debu yang berlebihan masuk ke dalam rumah, menghalang hujan memasuki rumah, menghindari dari teriknya matahari dan yang paling penting adalah melindungi orang dan barang. Rumah, jika tiada atap, ia ibarat rumah itu bogel kerana atap lah yang melindungi kita dari segala bencana yang datang dari atas. Tetapi, atap ini pun ada jenis-jenisnya. Maka, hari ini saya akan menjelaskan jenis-jenis atap yang ada di dunia ini.
ABSES
Abses adalah salah satu jenis design atap yang dimana, ia terdapat dalam kepingan nipis dan beralun dengan panjang dan ketebalan yang berbeza-beza. Terdapat pelbagai faedah apabila bumbung rumah anda dibina daripada hanya satu bahan. Kedua, asbes ialah bahan binaan yang ringan dan mudah dibersihkan. Gaya bumbung ini, bagaimanapun, mempunyai kecacatan. Seperti kebanyakan orang sedia maklum, asbes menyerap haba. Akibatnya, sama ada musim kemarau atau matahari terik, kawasan dalam rumah akan kelihatan sesak dan panas.
TANAH LIAT
Atap jenis tanah liat ini, adalah jenis atap yang biasa digunakan oleh orang. Boleh dikatakan, setiap rumah di Malaysia, menggunakan atap jenis tanah liat. Jika dibandingkan dengan jenis bumbung lain, bumbung tanah liat terkenal dengan ketahanannya yang luar biasa. Jika anda mahukan bumbung yang tidak panas, jubin tanah liat adalah cara untuk pergi. Kerana jenis ini boleh mengeluarkan haba ke dalam rumah, bilik tetap sejuk. Walau bagaimanapun, apabila perubahan iklim besar berlaku, lumut kerap tumbuh di tepi lapisan antara jubin. Tambahan pula, perumahan terdedah kepada kebocoran. Jika anda memilih untuk menggunakan jenis ini, pemasangan dan penyelenggaraan yang mencukupi diperlukan.
KACA
Kaca adalah satu lagi bahan biasa yang digunakan dalam bumbung kanopi. Bahan binaan tunggal ini biasanya digunakan untuk membuat carport atau sebagai perlindungan bumbung. Bumbung kaca juga sering dilihat sebagai varian pelindung struktur asas rumah, secara amnya sebagai kaedah menyediakan cahaya semula jadi. Kebiasaan atap jenis kaca ini, selalu diterapkan di dalam pusat beli belah.
Maka dengan itu, berakhirlah penjelesan saya tentang jenis atap. Apakah pilihan anda?
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.