Bagi anda yang menetap di sekitar bandaraya Ipoh, Perak ingin membeli barangan kelengkapan rumah dari gedung IKEA boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian.
Sebelum ini, IKEA telah mengenakan kadar bayaran serendah RM163 bagi kos penghantaran ke rumah sekitar kawasan negeri Perak Darul Ridzuan.
Kini, selain penghantaran terus ke rumah, para pelanggan juga yang menetap di sekitar bandaraya Ipoh, boleh memilih untuk pembelian anda dihantar ke rumah atau ambil di lokasi pengambilan IKEA cawangan Ipoh.
Ads
Jika anda telah memilih untuk mengambil barangan pembeliandi lokasi pengambilan, anda hanya dikenakan kadar bayaran serendah RM98 sahaja untuk kos penghantaran.
IKEA – Lokasi pengambilan Ipoh
B-1-17, Medan Botani,
Pusat Komersial Botani Village,
Medan Botani 1A, Bandar Seri Botani,
31350 Ipoh, Perak
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Episod keempat rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture, telah menyaksikan hasil transformasi dekorasi dalaman kediaman selebriti terkenal tanah air, Norman Hakim.
Bagi episod kali ini, selebriti berusia 47 tahun itu telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan perubahan makeover dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama Norman Hakim, berhasrat ingin memberi kejutan makeover dekorasi ini khas buat isteri tercintanya, Memey Suhaiza.
Dalam usaha untuk merealisasikan hasratnya itu, Norman memaklumkan dia inginkan transformasi makeover dekorasi yang bertemakan rona hitam dan putih. Manakala, dari segi konsep pula Norman mahukan tampilkan konsep ‘Monochromatic’ ala hotel mewah di ruang tamunya.
Dengan saiz keluasan ruang tamu yang luas, pakar perabot dan rekaan hiasan dalaman Ella Furniture telah mencadangkan beberapa jenis pemilihan sofa yang bersesuaian untuk kediaman Norman Hakim.
Transformasi dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman Norman, telah menyaksikan sofa jenis ‘3 seater’ dan ’2 seater’ sebagai pilihan. Di samping itu juga, untuk ruang tamu tampak lebih sempurna, penggunaan aksesori seperti ‘bench’ serta ‘arm chair’ bercorak jalur rona hitam dan putih menjadi penyeri.
Selepas makeover dekorasi siap sepenuhnya dan dipersembahkan buat kali pertama, Norman yang ditemani Catriona Ross dan Ben Firdaus menzahirkan rasa kagum dan terharu sehingga menitiskan air mata setelah melihat hasil makeover yang dilakukan.
Sekadar informasi, Impiana Makeover Ruang Selebriti adalah sebuah rancangan yang mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Karl Shafek? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi anda yang mempunyai barangan perabot yang diperbuat daripada kayu rotan misalnya, sudah pasti ingin mengetahui bagaimana cara dan kaedah yang betul untuk membersihkannya.
Jangan ada yang tidak tahu, anda seharusnya membersihkan perabot yang diperbuat daripada kayu rotan ini dengan cara yang betul supaya jangka hayat barangan perabot ini dapat tahan lebih lama.
Jadi, dalam segmen Tip Impiana episod kali ini kami kongsikan bagaimana cara dan kaedah yang betul untuk membersihkannya perkongsian bersama oleh Puan Zulaikha, pengasas dan pemilik jenama barangan rotan, Booming Plus.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana caranya untuk membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah tampak lebih moden? Anda boleh tonton video penuh pada pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sudah ketandusan idea dekorasi yang menarik untuk ruang tamu di rumah anda? Pada masa sama, anda juga menghadapi masalah kekangan bajet yang terhad bagi menghasilkan dekorasi yang baharu untuk ruang tamu anda?
Jangan anda khuatir atau pun berasa bimbang, ini ada satu idea dekorasi menarik untuk ruang tamu rumah yang boleh anda lakukan. Apa kata, anda hasilkan sendiri rak hiasan di ruang tamu anda seperti ini.
Untuk menghasilkan rak hiasan seperti ini, apa yang menariknya anda tidak perlu pun untuk berbelanja besar dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu batang ais krim dan ‘hot glue gun’ sahaja. Ini pastinya akan dapat menjimatkan wang poket anda.
Hanya dengan menggunakan kedua-dua bahan ini sahaja, anda boleh menghasilkan sendiri rak hiasan yang cantik dan menarik. Jadi, dengan adanya rak hiasan seperti ini, ruang tamu anda akan tampak lebih estetik.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja, apa yang anda cuma perlu lakukan adalah lekatkan kepingan batang ais krim tersebut berulang-kali menggunakan ‘Hot Glue Gun’ mengikut ketebalan dan reka bentuk rak hiasan yang anda inginkan seperti contoh Hexangon. Selain Hexagon, anda juga boleh hasilkan ia dengan berbentuk empat segi (Square).
Selain itu, ada pelbagai pemilihan warna batang ais krim yang dijual di pasaran luar antaranya warna asli, merah, kuning, jingga dan macam-macam lagi. Jadi sebelum menghasilkan rak hiasan ini, anda pilihlah warna batang ais krim kesukaan anda!
Anda tidak tahu di kedai mana anda boleh mendapatkan barangan alat ‘Hot Glue Gun’seperti ini atau mahu pun batang ais krim tersebut? Jangan bimbang, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!