Jika anda mencari kemasan jubin untuk dinding dapur atau bilik air, yang sentiasa menjadi pilihan ramai adalah jenis subway tile. Ia menjadi pilihan disebabkan oleh fizikalnya yang lebih tahan lasak, High-gloss ceramic dan versatile.

SEJARAH
Subway tile mendapat nama dari laluan transit bawah tanah yang diperkenalkan Bandaraya New York pada tahun 1904. DI awal pembukaannya, kemasan dinding stasyen kereta api bawah tanah ini telah menggunkan kemasan jubin berukuran 3inci x 6 inci berwarna putih. Ia menajdi perhatian umu dan dari situ bermulanya pengenalan subway tile.

KEGUNAAN
Subway tile kebiasaanya digunakan sebagai kemasan dinding di dalam bilik air mahupun backspalash dapur. Permukaannya yang licin memudahkan proses membersihkan sebarang kotoran yang melekat terutamanya di dapur. Namun tidak bagi kemasan lantai. Permukaannya yang licin mengundang bahaya kepada pengguna

Artikel berkaitan:

AWAS! Ini Antara Punca Lantai Jubin Meletup
Variasi Warna Jubin Untuk Bilik Air Lebih Menarik
Cara Mudah Bersihkan Jubin Bilik Air Yang Berdaki Tebal Dengan Magic Span
REVOLUSI
Subway tile merupakan rekaan jubin klasik yang masih mendapat sambuatan sehingga kini. Untuk memenuhi keperluan dan sesuai dipadanakan dengan pelbagai konsep dekorasi kediaamn yang terdapat di masa kini, selain warna klasik putih menajdi pilih terdapat beberapa warna lain yang di hasilkan oleh pengilang

Yang lebih menarik, material yang diguna untuk menghasilkan jubin turt pelbagai. Antaranya adalah dari kaca.

Terdapat pelbagai susunan subway tile dan setiap satunya mempunyai kesan atau impak visual yang berbeza kepada sesuatu ruang. Berikut inspirasi subway tile yang menjadi tren terkini