Jika anda mencari kemasan jubin untuk dinding dapur atau bilik air, yang sentiasa menjadi pilihan ramai adalah jenis subway tile. Ia menjadi pilihan disebabkan oleh fizikalnya yang lebih tahan lasak, High-gloss ceramic dan versatile.
SEJARAH
Subway tile mendapat nama dari laluan transit bawah tanah yang diperkenalkan Bandaraya New York pada tahun 1904. DI awal pembukaannya, kemasan dinding stasyen kereta api bawah tanah ini telah menggunkan kemasan jubin berukuran 3inci x 6 inci berwarna putih. Ia menajdi perhatian umu dan dari situ bermulanya pengenalan subway tile.
KEGUNAAN
Subway tile kebiasaanya digunakan sebagai kemasan dinding di dalam bilik air mahupun backspalash dapur. Permukaannya yang licin memudahkan proses membersihkan sebarang kotoran yang melekat terutamanya di dapur. Namun tidak bagi kemasan lantai. Permukaannya yang licin mengundang bahaya kepada pengguna
Yang lebih menarik, material yang diguna untuk menghasilkan jubin turt pelbagai. Antaranya adalah dari kaca.
Terdapat pelbagai susunan subway tile dan setiap satunya mempunyai kesan atau impak visual yang berbeza kepada sesuatu ruang. Berikut inspirasi subway tile yang menjadi tren terkini
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In
Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk
Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda
Ukuran Yang Tepat
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk
Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Perkembangan kebudayaan Islam secara tidak langsung telah menyebarkan karya-karya senibina bercirikan Islamik yang paling indah untuk masyarkat dunia. Butiran yang teliti serta perhiasan indah merupakan antara ciri-ciri unik senibina Islam. Berikut adalah sepuluh pilihan bangunan bersejarah dan kontemporari Islamik yang boleh kita hayati.
10. Rumah mandi Sultan Amir Ahmad, Kashan, Iran
Dibina pada abad ke 16, binaan ini kini telah menjadi salah satu destinasi popular di kalangan pelancong. Rumah mandi yang dihiasi jubin ornamental biru dan emas ini juga telah didaftarkan sebagai tapak warisan Nasional di Iran.
9. Bandar Biru Chefchaouen, Morocco
Bandar kecil di pergunungan Rif ini sangat terkenal dengan sejarah dan budayanya tetapi paling utama ia dikenali sebagai sebuah bandar yang dipenuhi dengan rumah dan bangunan unik warna biru. Pengunjung dapat menikmati pemandangan gunung ganang sambil berjalan jalan di pasar kraftangan dan merasa masakan tempatan.
8. Istana Montaza, Alexandria
Dibina pada tahun 1932, kawasan ini berkhidmat sebagai istana musim panas untuk Raja Fuad I. Terletak di pantai Laut Mediterranean, seni bina istana menggabungkan gaya Turki dan Florence. Hari ini istana dan taman-taman diraja yang luas ini adalah terbuka untuk orang ramai kunjungi.
7. Burj Al Arab, Dubai
Inspirasi senibina hotel 7 bintang ini dikatakan diambil daripada bentuk kapal layar yang banyak terdapat dipersekitarannya. Dengan ketinggian 321 meter, hotel ini dikatakan hotel paling eksklusif dan mewah di atas muka bumi.
6. Masjid Jameh Isfahan, Isfahan, Iran
Percaya kah anda, masjid menakjubkan ini adalah hasil daripada pembinaan yang berterusan, bermula dari abad ke 7 hingga abad ke 20! Walau bagaimanapun, ia dianggap sebagai pusat keagamaan tertua di negara ini. Ia juga dikatakan sebagai karya seni bina Parsi yang agung.
5. Masjid Hassan II, Casablanca, Morocco
Masjid ini telah memecahkan beberapa rekod: ia adalah masjid terbesar di Afrika dan dengan keluasan 210 m (689 kaki persegi) dan ia mempunyai mineret tertinggi di dunia. Siap pada tahun 1993, masjid marmar ini berada dikawasan pantai Lautan Atlantik yang dapat dilihat melalui lantai kaca dibahagian dewan masjid.
4. Alhambra, Andalusia, Sepanyol
Binaan yang pada asalnya merupakan masjid, mahkamah, istana dan kompleks kubu kerajaan Moor di Granada kini telah menjadi simbol keindahan senibina Islam. Kecantikan Alhambra diterjemahkan melalui perincian arabesk serta warna merah menyala seperti maksud nama Alhambra itu sendiri (yang merah).
3. Masjid Nasir Al Mulk, Shiraz, Iran
Masjid tradisional yang juga dikenali sebagai ‘Pink Mosque’ ini siap dibina pada tahun 1888 oleh Mirza Hasan Ali Nasir al Molk. Keistimewaan masjid ini terletak pada cermin tingkap yang dihiasi dengan kaca berwarna warni. Ruang tersebut kelihatan terlalu cantik lebih lebih lagi apabila cahaya matahari menembusi tingkap lalu memaparkan warna dan corak menakjubkan.
2. Masjid Selimeye, Edirne, Turki
Dulunya masjid ini merupakan sebuah gereja bagi penganut agama Katholik Roma tetapi seletah kerajaan bertukar pemerintahan di era Turki Uthmaniyyah, ia diubah menjadi masjid utama. Dianggap sebagai salah satu contoh terbaik seni bina Islam dengan reka bentuk yang jelas, unsur-unsur dan gaya elegan telah mendapat pujian sehingga hari ini.
1.Masjid Agung Sheikh Zayed, Abu Dhabi
Dilhamkan oleh presiden UAE ketika itu, masjid ini menggabungkan nilai-nilai tradisional dan moden pada keseluruhan senibina dan reka bentuknya. Masjid yang dapat menampung sehingga 40 ribu orang jemaah ini juga dilihat sebagai simbol penyatuan umat kerana bahan pembinaannya telah dibawa dari pelbagai pelusuk dunia.
Ramai pemilik yang berhasrat untuk menyewakan rumah mereka tapi ragu-ragu kerana susah nak percayakan orang lain. Lebih lebih lagi sekarang banyak yang heboh tentang penyewa yang tidak bertanggungjawab menghancurkan harta benda pemilik kemudian hilang tanpa jejak.
Sedih dan peritnya hati bila dah amanahkan rumah pada penyewa tapi itu balasan yang mereka beri. Sudah lah sewa bulanan tidak dibayar, rumah pula jadi tunggang terbalik gara gara ‘penyewa dari neraka’ ini. Pemilik juga perlu menanggung kerugian fizikal yang banyak untuk membaik pulik rumah.
Jadi, buat anda yang trauma mendengar cerita ngeri penyewa-penyewa ini, ada satu lagi cara boleh anda lakukan untuk memastikan anda boleh terus mendapat income melalui rumah yang tidak anda diami. Tukarkan rumah anda menjadi homestay yang boleh disewakan mengikut hari dan sudah tentunya ianya lebih mudah untuk diselenggara.
Menurut Encik Nordin Mohd Salleh, pangsapuri 900 kaki persegi ini pernah didiaminya sebelum dijadikan homestay kerana berpindah ke destinasi yang berhampiran degan tempat kerja beliau dan isteri. Unit ini sebenarnya merupakan pejabat jualan kediaman kawasan tersebut, jadi pintu masuknya agak berbeza dan istimewa.
Berpandukan konsep moden kontemporari, pemilik telah memilih warna putih, hitam serta merah membuatkan ruang tampak elegant. Ruang tamu hanya diisi dengan perabot yang betul betul perlu sahaja kerana pemilik tidak mahu trafik laluan terganggu. Kediaman beliau juga dihiasi dengan tumbuhan hijau yang diletakkan di pintu masuk supaya homestay ini nampak lebih menarik dan tenang.
Menurut penyampai radio ini lagi, beliau mahu pangsapuri miliknya ini memberi keselesaan kepada bakal penyewa. Biarpun ruang kecil, tetapi jika pandai menghias dengan berani dan terarah maka rumah tersebut akan tetap nampak menarik. Perancangan juga penting untuk memastikan kediaman tidak nampak serabut. Setiap orang berhak memiliki rumah idaman tidak mengira apa saiz, besar atau kecil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.