Pintu pun boleh jadi sebahagian elemen dekor kediaman. Tak perlu beli pintu baru kalau nak nampak cantikdengan beberapa teknik tertentu, pintu lama , pintu kosong tak ada design dan ukiran yang sia pun boleh nampak cantik. Terdpat pelbagai cara sebeanrnya nak cantikkan pintu yang polos. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan duct tapi atau wallpaper . Nak lebih kreatif boleh guna cat. Berikut idea untuk anda cantikkan pintu yang membosankan:
Siapa yang mempunyai haiwan peliharaan kucing di dalam rumah, sofa atau kerusi koyak menjadi kebiasaan. Bukan koyak disebabkan telah usang, akan tetapi menjadi tempat kegemaran si kucing untuk mencakar. Tidak kira sofa baru atau lama, tetap akan menjadi mangsa.
Untuk mengatasi masalah ini, Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah sediakan tempat khas untuk kucing anda cakar seperti cat tree. Bagi kerusi yang telah koyak, tak perlu di hanatr re-upholstery. Nak lebih jimat, lakukan teknik tampalan pada bahagian yang koyak sahaja.
Untuk tampalan, anda boleh gunakan kain perca, kepingan sulaman, doilies dan sebagainya. Berikut, idea untuk baik pulih kerusi yang koyak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi lepasan graduan yang baru bekerja, perkara pertama yang akan difikirkan bila dapat gaji pertama mesti merancang untuk beli kereta. Betul tak? tak salah, tapi harus diingat ada perkara yang lebih penting iaitu rumah. Mesti ramai yang rasa membeli rumah bebannya tinggi dan ada juga generasi muda ni lebih suka hidup menyewa.
Untuk usia muda, beli rumah kecil dulu pun sudah memadai. Lagi pun, usia muda intrest pinjaman rendah dan mudah lulus. Eny abdullah berkongsi macam mana anda boleh beli rumah di usia muda di dalam blognya.
Saya harap artikel ni akan dapat membantu adik-adik yang baru graduate dan baru berkerja untuk dijadikan panduan. Beli rumah diusia muda, memang nampak perit, tapi manisnya dikemudian hari. Biar susah ketika kita muda dan kuat. Nanti bila dah settle down, kita dah punya segalanya untuk diberi kepada orang tersayang. Rumah dah ada, kereta dah ada. habis bayar kereta lama, belilah kereta baru yang mahal sedikit bagi isteri pakai ke hehehe sebab gaji pun dah tinggi.
Tips Beli Rumah Di Usia Muda
1. Kalau baru graduate dan berkerja. Mesti nak beli kereta kan? Belilah kereta yang murah-murah dulu. Jangan gaji baru 2000 dah hentam ambil Honda city atau vios. Ambik dulu perodua atau proton. Buat commitment untuk bayar kereta dalam rm400++ sahaja sebulan. Kena ingat, kereta ialah kemudahan untuk berkerja dan leisure. Dan jangan jadi hamba kepada loan kereta anda yang menghalang anda buat loan lain terutama loan penting seperti loan rumah.
2. Mulai sekarang, selesaikan semua hutang card credit anda. Ikhtiar untuk bayar lebih card credit dan elak pengunaan. Kalau guna banyak mana, banyak tu lah bayar bila dapat gaji. Jangan biar ada balance yang dibawa ke bulan berikutnya.
3. Say no to sewa beli gadget dan barang keperluan rumah seperti handphone, peti ais, mesin basuh dan sebagainya. Kumpul duit sedikit setiap bulan untuk beli cash. Let say nak beli mesin basuh yang harga rm 600, kumpula sebulan rm100 selama 6 bulan. Sementara tu boleh pakai dobi express yang 24 jam tu hehehe..
4. Mula saving untuk duit deposit rumah dan lain lain bayaran untuk rumah. Buat satu akaun bank khas TANPA ATM CARD , untuk tabungan duit nak beli rumah. Kalau bank bagi juga ATM card, sila gunting kad ATM kepada dua hehehe. Bulan-bulan peruntukan sebanyak mana nak masuk dalam tu. Kalau nak biasakan diri bayar rumah, boleh masukkan terus jumlah instalment rumah dalam tu hehehe.. nanti dah beli rumah betul-betul tak lah rasa terbeban sebab dah biasa. Kita juga boleh guna duit simpanan KWSP dari akaun 2 untuk membayar deposit rumah dan kos peguam. Boleh keluarkan maksimum 10% (deposit) dan 10% lagi untuk kos-kos lain. Tapi selalunya kalau 3-4 tahun berkerja pun tak sampai 10% tu. Jadi boleh keluarkan semua sekali amount yang ada. Kalau ada RM3,00, keluarkan je lah Rm,300 tu. Dapat juga tampung mana yang ada kan. KWSP juga ada buat pengeluaran untuk kurangkan ansuran bulanan. Boleh rujuk website KWSP untuk maklumat lanjut.
5. Say no to Personal Loan. Ramai orang suka ambil personal loan. Saya tak pasti guna untuk apa, tapi maybe untuk kahwin kot. Sebenarnya ambik personal loan ni sangat merugikan. Selain interest yang tinggi sekitar 6% ke 7%, kalau duit tu kita simpan dalam akaun, akan susut nilainya juga. Dan kita akan rasa terbeban untuk bayar personal loan tu balik sebab tak nampak duitnya dimana dan kemana. Percayalah, 90 percent peminjam personal loan akan guna duit untuk beli barang shopping dan selebihnya disimpan, bila tak cukup duit, korek balik. Hehehe..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
INFO KEDIAMAN Nama Pemilik: Muhammad Hafiz B. Zaidi. Jenis kediaman: Teres dua tingkat Konsep: moden kontemporari Keluasan: 1,400 kaki persegi Spesifikasi: Ruang tamu, dapur, ruang makan, ruang menonton 4 bilik tidur dan 3 bilik air Pereka: Firdaus Bin Abdullah Sani, Grapesatwork FB/IG: Grapesatwork
Jika si bujang lebih gemar menghias, itu bukanlah sesuatu yang pelik dewasa ini. Bagi penulis, si bujang yang minat menghias kediaman mempunyai cita rasa yang tinggi dan merupakan seorang yang teliti.
Sama seperti kediaman yang dikunjungi penulis yang terletak di Putrajaya milik Muhammad Hafiz. Keseluruhan kediaman siap di tata rias sejak awal dimiliki oleh pereka dalaman yang telah dilantik iaitu Firdaus dari Grapesatwork. Memandang pemilik pada ketika itu masih bujang, keseluruhan konsep dekorasi mengetengahkan gaya moden kontemporari dengan pemilihan warna maskulin iaitu hitam dan putih.
“Kemas dan rapi adalah fokus utama yang telah ditetapkan pemilik kepada dekorasi yang dizahirkan. Oleh itu, pemilihan aksesori tidak boleh terlalu sarat,”
pereka memberi pengenalan kepada keseluruhan dekorasi kediaman ini. Walaupun keseluruhan dekorasi bertemakan rona hitam dan putih, pereka memadankan sofa dari palet kelabu bagi mengelakkan keseluruhan padanan ruang tamu ini kelihatan bosan dan mendatar. Tampil berbeza, kebiasaanya side-board atau wall panel dipadankan pada ruang tamu bersama televisyen. Namun seperti yang diterangkan pereka di awal pertemuan, kemasan fokus utama pemilik. Oleh itu, kabinet dinding 3G dengan permukaan hitam menjadi pilihan.
“Untuk tampil lebih cozy di ruang tamu ini, siling diberi cat hitam untuk memaksimumkan keselesaan dan suasana lebih santai. Pemilihan lampu juga penting bagi menzahirkan ruang tamu yang santai ini. Oleh itu, penataan cahaya “warm light” membangkitkan lagi aura ketenangan bak hotel,” pereka menambah perincian. Memandangkan pemilik berminat dengan corak geometri, soft finishing seperti throw cushion bercorak garisan menjadi paduan yang seimbang seluruh dekorasi.
Memandangkan pemilik sudah berumah tangga, demi memberi keselesaan kepada isteri dengan penetapan dekorasi sedia ada pemilik memberi sentuhan melalui penambahan jambangan bunga berona putih dan padanan aksesori bersadur warna emas. Secara tidak langsung, ia akan membangkitkan aura elegan di dalam keseluruhan dekorasi.
Bersebelahan ruang tamu, tersedianya tempat santapan utama yang boleh memuatkan enam orang tetamu dalam satu masa. Ruang yang tidak begitu luas, pereka meletakkan cermin bagi memberi kesan visual lebih luas. Tambahan, ia antara salah satu teknik yang digunakan pereka bagi mengatasi masalah dinding yang kosong. Ringkas, wall shelf rona hitam menjadi ruang pameran aksesori dekorasi pemilik yang berbentuk geometri.
Elak wujudnya ruang terbiar, pemilik sematkan beberapa koleksi lukisan peribadi pada dinding yang kosong berbanding bingkai gambar yang memaparkan potret. Pemilihan lukisan dengan bingkai yang tepat membangkitkan lagi gaya elegan dan kemewahan dalam dekorasi kediaman ini. Tidak perlu banyak lukisan yang digantung pada dinding, namun kehadirannya memberi impak pada cita rasa dekorasi kediaman ini.
Mementingkan ruang legar maksimum memberi keselesaan buat isteri ketika melakukan aktiviti di dapur, Ruang skinny perlu bijak diolah, oleh itu pemilihan ruang penstoran kabinet bertutup adalah pilihan terbaik. Masih menggunakan konsep kabinet 3G seperti di ruang tamu, menjadikan ruang dapur sempit ini kelihatan kemas dan tersusun.
Menuju ke tingkat atas kediaman, ia menempatkan bilik tidur utama, 2 bilik tamu dan ruang menonton. Sedikit sentuhan vibrant diruang menonton, pemilik memilih rona merah yang dihadirkan dari bean bag dan floor cushion. Inginkan suasana lebih santai dan selesa ketika menonton, pemilik tidak menggunakan sebarang struktur kerusi atau sofa.
Penggunaan cermin di dalam bilik utama bukan sahaja pada meja solek malah sebagai hiasan menjadi pengapit pada kepala katil. Penggunaan cermin pada ruang beradu kali ini lebih kepada olahan pencahayaan semula jadi yang dipantulkan. Memberi perincian ekslusif pada dekoasi bilik ini adalah lampu meja yang bermotifkan geometri dengan kemasan rona emas mencetus suasana romantik di dalam bilik utama ini.
Walaupun dekorasi kediaman ini bertemakan hitam dan putih, dekorasi yang dizahirkan pereka dan pemilik tidak tenggelam dengan panduan rona maskulin yang ditetapkan. Ia diimbangi melalui padanan aksesori seperti lukisan, soft finishing yang sesuai. Tambahan pemilik dan pereka bijak mengolah penataan cahaya secara optimum agar tidak kelihatan sesak dan gelap dengan tema yang dipilih.
Nak teroka dekorasi kediaman maskulin ini secara “live” saksikan video 360 ini. Jangan lupa scroll skrin anda untuk paparan lebih menarik
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.