Meja solek bagaikan satu kemestian di dalam bilik tidur utama. Ia bukan memberi fugsi malah menajdi pelengkap dekorasi di dalam bilik. Tidak kira besar atau kecil ruang sesebuah bilik, tanpa kehadiran meja solek bagaikan tidak lengkap.
Tidak semestinya untuk menyediakan sudut meja solek anda memerlukan perabot yang di reka bentuk khas bagi tujuan tersebut, olahan bijak perlu dilakukan. Impiana mencadangkan anda untuk menggunkan rak dinding, meja konsol, meja belajar dan laci untuk diubah suai menjadi meja solek. Secara tidak langsung, reka bentuk meja solek yang dizahirkan kelihatan lebih unik dan jimat poket.
Jangan biarkan dinding anda polos tanpa sebarang perincian atau dekorasi. Bangkit aura dekorasi dinding anda dengan rona ceria tali pelangi serba mudah dan comel ini. Secara tidak langsung, ia menjadikan dekorasi kediaman lebih unik dan pastinya mencuri perhatian para tetamu dengan suntikan insta worthy dalam dekorasi.
.
Bahan-bahan:
7 gulung benang bulu berlainan rona
Tali guni
Gam panas
Pembaris
Dawai bunga
Gunting
Pelekat kertas
Pen
Sikat kasar
Cara-cara:
1. Ukur panjang tali diperlukan dan sisakan dua inci pada hujung kedua -dua tali tersebut.
2. Lekatkan pelekat kertas pada bahagian kedua-dua hujung tali bagi mengelak ikatannya serabut
3. Potong tali yang telah ditentukan ukuran
4. Gamkan dawai bunga bagi memudahkan tali dilentur menjadi bentuk pelangi
5. Lekatkan benang pada ke tujuh tali yang telah dipotong dengan tona warna berbeza.
6. Lenturkan kesemua tali menjadi pelangi
7. Gam setiap satu tali mengikut susunan dengan menggunakan gam panas
8. Sikat bahagian sisa tali sehingga halus
9. Kemas dan ratakan bahagian hujung tali
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Antara langkah yang paling mudah untuk anda update permukaan lantai kediamana adalah dengan membentang permaidani atau karpet. Selain itu, penggunaan karpet juga dilihat mampu mengubah persekitaran serta mood sesebuah ruang kediaman. Karpet berkualiti tinggi merupakan pelaburan yang baik kerana biasanya ia tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Tetapi perlu diingat, terdapat perbagai aspek perlu anda pertimbangkan sebelum membeli karpet. Kali ini IMPIANA senaraikan checklist untuk anda semak sebelum membuat pilihan. Selamat menghias!
RUANG Karpet berbeza, untuk ruang yang berbeza. Anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti aktiviti ruang dan cara penggunaannya. Pastikan karpet yang dibeli bersesuaian dengan ruang di kediaman.
SAIZ
Ukur, ukur, dan ukur sekali lagi, jangan main agak-agak je. Dengan mengukur dahulu saiz ruang sebelum membeli, anda akan dapat memastikan dimensi yang sesuai untuk ruang tersebut. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.
BENTUK
Anda tidak semestinya perlu beli karpet segi empat yang standard. Sebenarnya ada lagi bentuk karpet yang boleh disesuaikan mengikup ruang. Sebagai contoh, jika anda mempunyai meja makan bulat anda mungkin mahu karpet bulat yang lebih besar untuk diletakkan di kawasan itu.
WARNA DAN CORAK
Pertimbangkan kawasan permaidani dan persekitarannya. Permaidani adalah cara yang baik untuk menambah sedikit warna dalam sesebuah ruang selain mampu memberi personaliti kepada ruang tanpa ia kelihatan keterlaluan.
FIBER/MATERIAL
Terdapat material atau bahan berbeza untuk permaidani di setiap ruang berbeza. Semak penggunaan ruang dan pastikan ia selari dengan apapun material karpet yang anda pilih.
Selamat mendeko!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tanaman sayur dalam pasu adalah idea bijak bagi anda yang mempunyai ruang terhad tidak kira di anjung, balkoni, dalam rumah dan sebagainya. Namun ramai yang mengalami masalah apabila hasil tuaian tidak menjadi. Sebenarnya, berkebun menggunakan pasu bukanlah semudah yang disangka. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan terlebih dahulu. Antaranya:
KENAL PASTI POTENSI
Perhatikan lokasi yang dipilih untuk memulakan projek tanam sayur di dalam pasu. Jika kawasan yang dipilih menghadap matahari naik di waktu pagi, ia tidak menjadi masalah dan potensinya tinggi untuk lebih subur. Ia penting bagi menentukan jenis tanaman yang sesuai di kawasan tersebut. Secara purata, kebanyakkan tanaman berdaun memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Namun, bagi jenis berbuah ia memerlukan pencahayaan 8 jam sehari.
PILIH BEKAS ATAU PASU
Terdapat pelbagai saiz dan material pasu yang perlu diambil tahu, jangan asal tangkap muat sahaja. Pemilihan pasu terbaik untuk tanaman sayur adalah dari jenis tanah liat kerana ia mempunyai ruang udara yang berupaya mengekalkan kadar kelembapan dalam tempoh yang lama.
KEPERLUAN TANAMAN SAYUR BERPASU
Untuk permulaan, cuba tanam sayuran yang mempunyai tempoh tuaian pendek seperti kangkung, sawi, bayam, dan sebagainya. Bagi memastikan sayuran yang ditanam berjaya di tuai pada masanya, beberapa keperluan tanaman berpasu perlu disediakan seperti dibawah:
Medium tanaman
Medium tanaman atau tanah adalah komponen paling utama dalam proses memulakan projek tanaman sayur di dalam pasu. Tidak digalakkan untuk menggunakan tanah yang diambil di sekitar kediaman. Sebaiknya, beli medium tanaman siap bancuh atau potting mix yang terawat.
Penyiraman
Selain penyediaan medium yang sesuai, penyiraman juga antara faktor pendorong terhadap tumbesaran optimum tanaman. Namun, ia perlu dilakukan secara berhati-hati. Kebanyakkan tanaman mati bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan siraman malah berlebihan air. Sebagai tip, pastikan siraman dilakukan sekurang-kurannya 1 hari sekali terutamanya bagi tanaman berdaun. Namun menjelang musim panas, siraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika khuatir, periksa medium tanaman. Jika permukaan medium kelihatan kering, baru lakukan siraman
Tip tambahan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.