Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak/ dukung anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida (India)

Ibu Wanita Ini Amalkan Air Rebusan Dukung Anak Untuk Elak Ambil Ubat Darah Tinggi Dan Ini Kesannya

Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat Indonesia , tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.

Ramai beranggapan ia adalah tanaman liar atau rumpai. Sebenarnya, tanaman ini mempunyai pelbagai khasiat menakjubkan. Antaranya mampu mengubati jaundice (Hepatitis), merawat buah pinggang dan batu karang serta pelbagai lagi.

IKLAN

Ada juga berpendapat, bagi wanita yang sedang berusaha untuk hamil, digalakkan untuk mengamalkan minum air rebusan pokok dukung anak ini. Tapi yang ini LAMAN Impiana tidak pasti kesahihannya kerana belum disertakan bukti secara ujian klinikal.

Tapi melalui perkongsian seorang wanita di dalam blognya, Ibunya seorang pengidap darah tinggi yang dikira kronik kerana perlu mengambil ubat dengan dos tinggi iaitu 1 1/2 biji setiap kali pengambilan.

Tapi dengan pengambilan air rebusan pokok dukung anak ini ibunya berjaya menurunkan pengambilan dos ubat darah tinggi. Nak tahu macam mana? jom ikuti perkongsian nya.

IKLAN

Ibu Wanita Ini Amalkan Air Rebusan Dukung Anak Untuk Elak Ambil Ubat Darah Tinggi Dan Ini Kesannya

Asalnya dulu orang banyak ceritakan kegunaan daun pokok dukung anak ini untuk kes bayi yang mengalami demam kuning atau jaundice. Cara yang digunakan adalah memandikan bayi yang kena demam tersebut dengan air rebusan pokok dukung anak ini. Aku sendiri tak pernah cuba jadi tak tahu la menjadi ke tak.

Banyak juga rupanya khasiat pokok yang cuma tumbuh melata dan selalunya orang tak perasan pun kewujudannya dan hari ni aku nak cuba kongsikan khasiat yang mungkin masih ada yang orang yang tak tau.

Khasiat pokok dukung anak dalam merawat penyakit darah tinggi

IKLAN

Yang ini sebenarnya hasil dari percubaan mak aku sendiri la. Yang mana kalau korang nak tahu mak aku adalah pengidap penyakit 3 serangkai yang amat popular di Malaysia. Dah puas juga berulang alik ke hospital. Penyakit 3 serangkai yang mak aku tanggung adalah kencing manis, darah tinggi dan jugak sakit jantung. Buat masa ni mak memang kena makan semua ubatan mengikut jadual.

Sejak tahun lepas mak dah mula rasa tak sedap badan akibat penggunaan ubat yang banyak. Jadi mak aku cuba cara perubatan lain yang boleh. Antaranya mak pernah minum susu ‘mahal’, pati delima dan berbagai herba lain. Yang terbaru mak cuba cadangan dari kawan dia yang suruh dia cuba minum air rebusan dari pokok dukung anak.

Resepi ramuan pokok dukung anak bagi penyakit darah tinggi yang mak aku cuba ni sangat senang sebenarnya. Ambil je pokok dukung anak tu sepokok dengan akar-akarnya sekali, cuci bersih dan kemudiannya rebus bersama 2 gelas air. rebus sehingga air tu jadi segelas air dan minum la air tu selepas disejukkan. Tapi ada pesanan dari mak aku. Cik Jemah pesan yang air rebusan ni cuma boleh diminum setiap 2 minggu sekali sahaja. Bukan apa, risau nanti darah turun terlampau pula. 

Setakat ni alhamdulillah lepas mak cuba darah tinggi mak dah kurang banyak dari sebelum ni. Kalau dulu doktor suruh mak makan ubat darah tinggi sampai 1 1/2 biji sekali makan. Sekarang ni cuma tinggal 1/2 biji je sekali makan. Nampak berkesan dan bagus untuk mak. Alhamdulillah,  setelah sekian lama mak mencari penawar.

Sumber:www.ceritaita.com

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI