
Hotel De Art yang cukup terkenal dengan keunikan rekabentuk biliknya yang mempunyai pelbagai tema sekali lagi mengorak langkah dengan merangkul anugerah emas bagi kategori Creative & Innovative Boutique Hotel. Anugerah tersebut disampaikan dalam satu acara gilang gemilang anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018 semalam. Majlis yang berlangsung di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah.
Pengasas dan juga CEO Hotel De Art Sdn Bhd, Jenny Liow menerima anugerah yang disampaikan oleh Dato’ Dr.Ammar A.Ghafar, Pengarah Tourism Malaysia. Pernah merangkul anugerah Selangor Excellence Bussiness Award 2017, Jenny Liow berkata pencapaian kali ini memberi semangat baginya meluaskan lagi sektor perhotelan berkonsepkan butik di mata dunia.
Hotel De Art yang mula beroperasi awal tahun 2010 milih Seksyen 7, Shah alam sebagai lokasi pertamanya dan kini berdiri megah dan terus berkembang sehingga menpunyai lima cawangan secara keseluruhan di sekitar Lembah Klang. Perancangan dalam masa terdekat, Hotel De Art bakal menambah rangkaian hotelnya. Dengan menampilkan konsep yang berbeza melalui paparan dekorasi atau tema bilik yang tersendiri setiap satunya, Hotel De Art adalah antara pelapis awal yang mengetengahkan konsep butik yang sesuai bagi pelbagai lapisan masyarakat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kolaborasi Bersama Royal Selangor Dan Wei Chun bawakan Home Styling Tips 2018

Terkenal dengan reka bentuk dan ketukangan inovatif, Royal Selangor sekali lagi menawarkan pelbagai aksesori meja dan rumah. Lebih istimewa untuk tahun baru 2018, Royal Selangor telah bekerjasama dengan Cheah Wei Chun, pengasas perundingan CLANHOUSE, untuk projek memperkenalkan idea dan tip gaya rumah untuk tahun 2018 menggunakan pelbagai produk Royal Royal.
Setelah berada dalam industri reka bentuk selama lebih dari 25 tahun, perunding kreatif Cheah Wei Chun kerap menghasilkan imej dan kandungan untuk pelbagai jenama, selebriti dan penerbitan. Portfolionya termasuk seperti Chanel, Louis Vuitton, Moet Chandon dan Burberry. Seorang rakyat Malaysia yang kini berpusat di Singapura, Wei Chun juga menerima pelbagai anugerah daripada Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa IDA, Anugerah Reka Bentuk Amerika dan Anugerah Rekaan Singapura.
“Saya telah bekerja dengan Royal Selangor selama bertahun-tahun, dari mereka bentuk kempen iklan mereka kepada risalah produk, jadi saya agak akrab dengan bukan hanya produk tetapi juga kedudukan dan arah jenama. Apabila Royal Selangor mendekati saya untuk projek ini, saya teruja melihat bagaimana saya dapat mengkaji beberapa produk mereka untuk mewujudkan beberapa idea rumah yang menarik dengan twist moden, kontemporari, “kata Wei Chun.
Menggunakan campuran koleksi klasik Royal Royal seperti The Imperial dan Erik Magnussen bersama beberapa koleksi terbaru mereka termasuk Streamline dan Blestings Celestial, Wei Chun telah mengumpulkan senarai idea yang sesuai untuk pelbagai tetapan dan gaya rumah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Beli Di Mana: Dekor Pilihan IMPIANA Sempena Ramadhan Raya

Apa produk dekor yang tengah HOT sekarang di pasaran jom IMPIANA bawa anda INTAI-INTAI mana tau ada yang berkenan. Boleh jadi milik anda. Beli Di Mana dengan IMPIANA memang best.
Jangan lupa Follow, Like & Share : Facebook IMPIANA, Instagram IMPIANAMY, Youtube IMPIANA TV, Tiktok IMPIANAMY Nak macam-macam info lagi?
Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA https://t.me/GENGLAMANIMPIANA https://t.me/impianamy
Dalam asyik dan ghairah untuk menyambut ramadhan dan raya tahun ini, IMPIANA ada bersama followers untuk membantu anda memeriahkan lagi Puasa dan Raya tahun ini. IMPIANA pun seronok, manakan tidaknya sudah 2 tahun kita semua berpuasa tanpa yang tersayang bersama. Inilah masanya untuk ‘all out’ !.. Jom kita tengok apa perkakas yang perlu ada di rumah dan apa yang kurang boleh la tambah. Sekali sekala apa salahnya.
Penapis Udara
Penting ke penapis udara ni? Ya penting sangat! pernah baca artikel yang IMPIANA kongsikan tentang Tak Sangka Udara Dalam Rumah Lebih Tercemar Dari Luar, Ini Cara Atasinya. Hmmm… kalau dah baca hari ni mesti tahu kenapa IMPIANA pilih jenama ni untuk penapis udara pilihan IMPIANA baca apa kelebihannya.
Pengeluar perkakas rumah terkemuka LG Electronics (LG) Malaysia baru-baru ini telah menaik taraf penapis udara kediamannya LG PuriCare 360° Air Purifier dengan Safe Plus Filter yang menghapuskan sehingga 99.9% bakteria dan virus serta menyingkirkan 99.999% habuk ultra halus, alergen, dan gas berbahaya di udara. Penapis Safe Plus juga 30% lebih tumpat untuk menapis bahan berbahaya dengan lebih teliti untuk memastikan udara di semua sudut rumah ditapis.
Direka untuk mencipta persekitaran dalaman yang sihat dan selesa dengan mudah, penulen udara yang baru dipertingkatkan ini dilengkapi dengan sistem penapisan berbilang yang menggabungkan Safe Plus, penapisan H13 HEPA dan penyahbauan ke dalam satu komponen. Ia memberikan udara dalaman bersih yang mendalam, menangkap zarah yang tidak diingini di udara dan menyampaikan udara tulen dan bersih.
Ramai tetamu nak datang rumahkan, SOP kena jaga apa kata penapis udara ni pun perlu ada untuk perangkap virus dan bakteria yang mungkin penuh di ruang rumah anda.
Set Periuk
IMPIANA memilih jenama Le Creuset kali ini sebab kualiti dan buatanya cukup moden dan kukuh. Tahukah anda kualiti yang baik pada perkakas dapur dapat menjaga kesihatan anda sekeluarga. Keluli tuang atau Cast Iron yang digunakan untuk set periuk ini. IMPIANA tahu ramai yang idamkan set periuk ni. Set periuk ni memang berbaloi, kalau anda miliki. Ya, sedikit mahal tetapi bukan pakai sebulan dua setahun dua.. silap hari bulan boleh turun ke anak cucu.
Wow! Meriahnya Ramadhan Raya ni…
Nantikan lagi produk pilihan IMPIANA untuk Beli Di Mana: Dekor Pilihan IMPIANA Sempena Ramadhan Raya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
3 Trik Ceriakan Rumah Deepavali Ini















Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI