Kemasan lembut (soft furnishings) atau fabrik dalam sesebuah dekorasi bukan sahaja pada langsir, malah sofa, sarung kusyen, alas meja dan sebagainya. Ia adalah kemasan yang menyempurnakan keseluruhan dekorasi. Jika inginkan nafas baru dalam sesebuah dekorasi secara mudah dan cepat, tak perlu lakukan ubah suai yang menelan kos yang tinggi. Cukup sekadar tukarkan kemasan yang ringkas sahaja. Ia sudah cukup memberi impak yang menarik!
Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Tersalah pilih item atau corak, dekorasi anda akan kelihatan serabut, bercampur aduk dan tidak seperti yang anda inginkan. Hiasan rumah anda pula mungkin menjadi mangsa kritikan famili atau tetamu anda.
Untuk itu, apa kata anda dapatkan nasihat dari pakar hiasan fabrik seperti yang ditawarkan di ELYZA’S Window Covering Centre (EWCC). ELYZA’S merupakan pakar hiasan tingkap yang telah bertapak lebih 20 tahun di Malaysia. Cukup popular dan menjadi pilihan utama sejak dahulu. Pakar hiasan ini telah berjaya membantu ribuan hiasan dalaman rumah untuk tampil lebih cantik dan menawan.
Mulai bulan Februari hingga hujung bulan March 2020, ELYZA’S menjalankan kempen Jualan Pra-Renovasi. Kebanyakkan produk yang dipamerkan di EWCC akan dijual dengan potongan diskaun antara 30%-50%! Wah, bestnya! Segera datang untuk rebut hiasan tingkap yang anda inginkan!
EWCC dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu. 10.00pagi – 5.00 petang
Bertempat di Balakong Industrial Park, Seri Kembangan, EWCC menyediakan unit pameran serba lengkap berkeluasan lebih dari 30,000 kaki persegi yang dipenuhi dengan pelbagai produk berkaitan hiasan tingkap dan lebih 100,000 rekaan fabrik eksklusif. Unit pameran ini wajib dikunjungi terutamanya bagi anda yang tercari-cari idea dan sistem terbaik untuk tingkap kediaman anda.
Ads
Apakah produk dan perkhidmatan yang boleh diperolehi pelanggan dari EWCC?
Matlamat EWCC adalah bertujuan menjadi ‘ONE-STOP CENTRE’ yang menawarkan pelbagai rekaan hiasan tingkap yang berkualiti tinggi. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi inspirasi kepada pelanggan yang sedang buntu mencari idea dan ingin tahu akan teknologi terkini yang ditawarkan dalam hiasan rumah. Selain langsir dan ‘blinds’, EWCC juga turut menyediakan perkhidmatan ‘custom-made’ bagi pelbagai produk termasuk padding dinding, sofa, kerusi, headboard, kertas hiasan dinding dan sebagainya. Wah, banyakkan? Semua ada di EWCC!
Ads
Apakah keunikan dan perbezaan yang terdapat pada EWCC jika dibandingkan dengan kedai langsir lain?
EWCC merupakan pusat setempat yang memberi sumber inspirasi kepada pelanggan. Oleh itu, sebelum melakukan sebarang pembelian, pengunjung sangat digalakkan untuk datang melihat, mencuba dan mengalami sendiri produk-produk yang tersedia di EWCC.
Untuk memberi lebih pengalaman dan idea kepada pengunjung, ruang pameran dibahagikan kepada beberapa ruang yang terdapat di dalam sesebuah kediaman. Antaranya termasuklah ruang makan, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya. Kami ingin pelanggan merasai kelainan membeli produk hiasan tingkap di EWCC
Ads
Apa harapan ELYZA’S kali ini untuk semua peminat yang disayangi?
Sebelum ini, produk ELYZA’S dibekalkan kepada pengedar seluruh negara. Mungkin ada antara pengedar yang dilantik tidak mahir tentang produk dan tidak memberi khidmat dan nasihat dengan baik dan tepat. Kini dengan adanya EWCC, pelanggan boleh datang untuk membeli terus produk ELYZA’S dengan harga yang lebih rendah dan perkhidmatan yang jauh lebih baik. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri, memberi kelebihan kepada ELYZA’S untuk lebih mudah memahami kehendak setiap pelanggan.
Mudah sahaja untuk datang ke EWCC, just guna Waze atau Google Maps dan search ELYZA’S Home (M) Sdn Bhd yang berlokasi di Balakong ini. Untuk mengetahui pelbagai info ELYZA’S boleh layari laman web & facebook di bawah :
Memang seronok kan kalau kita dapat membina rumah idaman atau membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai sambil menikmati pemandangan laut biru yang indah dan menakjubkan. Pasti rasa bahagia bukan?
Tetapi, anda harus fikirkan risiko yang bakal anda hadapi dari segi faktor keselamatan sekiranya memiliki rumah atau kediaman yang berada di kedudukan sebelah pantai.
Faktor keselamatan ini bukan sahaja melibatkan rumah kediaman anda malah keselamatan keluarga tersayang juga turut memaikan peranan penting dan harus diberikan keutamaan.
Selain faktor keselamatan yang anda perlu titikberatkan, ada lagi beberapa faktor lain yang perlu anda tahu sekiranya mahu membina rumah dan membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai.
Bakal Berdepan Dengan Pelbagai Bencana Alam
Seperti sedia maklum, memiliki rumah atau kediaman di sebelah pantai lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan pelbagai bencana alam seperti tsunami, ribut taufan, banjir dan sebagainya.
Sekiranya berlaku bencana alam, ia bukan sahaja menjejaskan struktur rumah, tetapi keselamatan ahli keluarga anda juga turut terjejas.
Malah, jika struktur rumah telah terjejas teruk akibat bencana alam kediaman anda juga mungkin tidak boleh lagi didiami pada masa akan datang.
Kawasan Dengan Kepadatan Penduduk Dan Pelancong Luar
Secara lazimnya, kediaman tepi pantai di Malaysia ini harganya jauh lebih mahal berbanding dengan kediaman yang berada di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku ekoran kebanyakan kawasan tepi pantai dijadikan sebagai tempat pelancongan dalam dan luar negara.
Maka dengan itu, bilangan kepadatan penduduk di kawasan kediaman anda akan bertambah padat dengan kehadiran pelancong luar.
Kos Penyelenggaraan Dan Penjagaan
Selain nilai harganya yang jauh lebih mahal, anda juga harus memikirkan dari segi kos penyelenggaraan dan penjagaan rumah anda.
Sekiranya rumah yang anda dibina daripada kayu yang bukan gred marin, ia boleh reput dengan mudah akibat kelembapan tinggi dan persekitaran basah. Kepekatan garam yang tinggi di udara boleh menyebabkan karat dan hakisan kepada lekapan logam anda.
Sekiranya bumbung anda tidak diperbuat daripada keluli atau logam tahan karat, anda mungkin perlu menggantinya setiap 15 tahun dan bukannya 20 tahun seperti kebiasaannya.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tanaman berumbisi seperti keledek, keladi, lobak dan sebagainya, memerlukan batas tanaman untuk hasil yang optimum. Tapi, bagi yang tidak mempunyai lahan yang sesuai untuk penyediaan batas tanaman, ia bukan lah sesuatu yang mustahil untuk menghasilkan tanaman berumbisi berkuaiti. Pilihan lain, anda boleh gunakan pasu sebagai penganti batas. Seperti artikel tanam keledek dalam pasu yang pernah dikongsikan impiana.
Kita semua pasti pernah menghadapi situasi di mana tetamu datang secara mengejut dan tiba-tiba tanpa memberitahu tuan rumah lebih awal. Sehinggakan tak cukup masa nak mengemas dan bersihkan kediaman untuk menyambut tetamu.
Tapi anda jangan risau, kali ini IMPIANA ingin kongsikan cara mudah untuk anda bersihkan rumah dalam masa 15 minit sahaja!
Anda perlukan :
Pembersih Vakum
Getah Penyeka
Pembersih Pelbagai Guna
Cecair Pembersih Tandas
Berus Tandas
Surat Khabar Lama
Span
Penyapu Berus
Dalam situasi begini, adalah menjadi satu kelebihan jika anda mempunyai ruang penstoran khas untuk kesemua alatan pembersihan. Proses pembersihan akan lebih mudah dan tentunya cepat kerana anda sudah tahu dimana letaknya alat-alat yang diperlukan tanpa perlu membuang masa.
Langkah-langkah :
Vakum kawasan kering (2 MINIT)
Sedut segala kotoran dan habuk dibawah atau dicelah sofa, meja kopi, almari, sinki dan juga alas kaki.
Gunakan span untuk bersihkan permukaan jubin, sinki dan kawasan tandas (5 MINIT)
Lakukan dalam gerakan ‘circular’ atau secara putaran untuk menghilangkan daki atau lumut pada celah-celah jubin.
Berus lantai (2 MINIT)
Kerja ini lebih mudah untuk dilakukan jika anda mempunyai berus dengan batang yang panjang bagi mengelakkan sakit belakang.
Bersih dan kilatkan cermin (2 MINIT)
Semburkan cecair pelbagai fungsi dan gosok dalam pergerakan berputar menggunakan surat khabar lama.
Cuci mangkuk tandas (1 MINIT)
Tiada siapa sukakan mangkuk tandas yang kotor! Tuangkan pembersih tandas dan berus mangkuk tandas sebelum anda ‘flush’ kan nya supaya kelihatan lebih bersinar.
Sembur air pada semua permukaan di tandas (1 MINIT)
Dengan pancutan deras, halakan hos pada sekeliling tandas yang telah anda cuci untuk jimatkan masa.
Seka dan mop air (2 MINIT)
Ambil getah penyeka dan tarik air masuk ke ‘floor trap’ agar lantai tidak terlalu licin untuk tetamu. Mop dan gantikan alas kaki sebagai sentuhan terakhir.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.