Sebagian besar cat mengandungi bahan kimia bahaya yang menguap di udara. Bahan ini dapat memberi efek yang buruk pada kesihatan manusia seperti pening kepala dan mual-mual. Walaupun teknologi terkini sudah mewujudkan cat jenis odourless, masih ada lagi saki baki bau cat yang menjengkelkan. Jadi di sini IMPIANA mahu kongsikan campuran bahan semulajadi yang dapat menghilangkan bau cat dengan cepat dan berkesan. Selamat mencuba!
1. AIR & GARAM
Tinggalkan bekas campuran air garam dalam ruangan yang baru dicat dan biarkan selama beberapa jam, bau cat akan perlahan-lahan hilang.
2. JERUK & LEMON
Tinggalkan jeruk dalam bekas terbuka dan hirisan lemon di dalam ruang yang berbau cat, bau cat akan berkurang sedikit demi sedikit.
Ads
3. NENAS
Buah ini mampu menyerap aroma cat. Letakkan sejumlah nenas dalam ruangan dan bau cat akan berkurang dan menghasilkan bau segar.
Ads
4. SERBUK KOPI & VANILA
Campurkan serbuk kopi dan vanila ke dalam satu mangkuk, letakkan mangkuk tersebut di sudut-sudut ruang yang baru dicaat dan serbuk tersebut akan perlahan-lahan menyerap bau cat tersebut.
5. AIR CUKA
Sifat cuka yang masam akan meneutralkan bau cat. Caranya adalah dengan menuangkan cuka secukupnya ke dalam sebuah mangkuk, dan letakkan mangkuk tersebut ditengah ruangan yang baru dicat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
SEBAB CAT TEMBOK MENGELUPAS
1. Umur cat yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan cat tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secra kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses cat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turt memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak denagn penjual bukan sekadar jenis cat malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
6. Teknik cat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah cat cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak di cat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan cat lama tidak di singkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan cat baru mengelupas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jangan jadikan saiz kecil sebagai alasan untuk anda tidak menghias dan mengemas bilik tidur. Bilik tidur bukan sahaja merupakan ruang untuk tidur dan berehat semata-mata, Ia juga merupakan ruang privasi yang dapat menterjemahkan keperibadian pemilik. Jadi, tak kiralah bilik anda besar dan lapang mahupun kecil dan sempit, ambil masa untuk menghias dan mengemas ruangan ini. Keselesaan di bilik tidur juga dalam menjamin hari esok yang lebih segar dan bertenaga.
Jadi, mari IMPIANA kongsikan beberapa tips menghias bilik tidur yang kecil.
Gunakan Warna Pastel
Pemilihan warna ini mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik anda. Malah ia juga dapat memberi mood yang tenang kepada anda. Jom, kemas bilik anda sekarang, dengan keluarkan perabot dan barangan kamar tidur supaya memudahkan proses mengecat bilik anda. Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur tidur adalah seperti warna putih, biru pastel, hijau pastel, dan kelabu lembut. Pemilihan warna gelap juga sebenarnya boleh namun hanya di beberapa bahagian dinding bilik sahaja.
Pemilihan Perabot
Sesudah mengecat bilik anda, jom kita masukkan semula perabot mengikut kedudukan yang bersesuaian. Sesebuah bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja, jika masih memiliki ruang anda boleh masukkan perabot tambahan. Pilih saiz katil atau perabot yang sesuai dengan bilik anda. Jika mempunyai bajet yang berlebihan apa kata anda tempah almari bina dalam di bilik tidur anda.
Ruang Penstoran
“Wah, banyaknya barang-barang!” Ini lah masanya untuk anda mengelas semula barangan anda yang sudah tidak dipakai dan yang masih dipakai. Untuk barangan yang anda hendak simpan, anda boleh meletakkan ia kedalam kotak-kotak dan labelkan ia mengikut jenis barangan.
Elemen Cermin
IMPIANA sarankan kepada anda untuk miliki cermin yang bersaiz besar untuk bilik tidur anda. Cermin mampu memberikan kesan luas terhadap ruang bilik anda. Selain itu, cermin bersaiz besar ini akan memberi lebih kepuasan kepada anda disaat berada di kamar tidur.
Pencahayaan
Dapatkan lampu tidur atau apa jua jenis rekabentuk lampu yang bersesuai dalam bilik anda. Kehadiran cahaya lampu pada bilik tidur mampu memberi mood yang tenang dan romantik kepada anda. Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur, seperti lampu meja, lampu dinding malah lampu yang terletak pada kepala katil anda. Barulah kamar tidur anda seakan-akan kamar tidur hotel.
Kemasan lembut
Kemasan lembut yang dimaksudkan disini adalah seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat dibilik anda. Pilihlah warna cadar yang bersesuai dengan bilik anda. Percaya atau tidak, corak atau motif yang terdapat pada cadar mampu memberikan mood riang kepada emosi anda, hal ini kerana saat anda keletihan pulang dari bekerja mood anda akan berubah lebih tenang apabila melihat katil, betul atau tidak?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Antara langkah yang paling mudah untuk anda update permukaan lantai kediamana adalah dengan membentang permaidani atau karpet. Selain itu, penggunaan karpet juga dilihat mampu mengubah persekitaran serta mood sesebuah ruang kediaman. Karpet berkualiti tinggi merupakan pelaburan yang baik kerana biasanya ia tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Tetapi perlu diingat, terdapat perbagai aspek perlu anda pertimbangkan sebelum membeli karpet. Kali ini IMPIANA senaraikan checklist untuk anda semak sebelum membuat pilihan. Selamat menghias!
RUANG Karpet berbeza, untuk ruang yang berbeza. Anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti aktiviti ruang dan cara penggunaannya. Pastikan karpet yang dibeli bersesuaian dengan ruang di kediaman.
SAIZ
Ukur, ukur, dan ukur sekali lagi, jangan main agak-agak je. Dengan mengukur dahulu saiz ruang sebelum membeli, anda akan dapat memastikan dimensi yang sesuai untuk ruang tersebut. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.
BENTUK
Anda tidak semestinya perlu beli karpet segi empat yang standard. Sebenarnya ada lagi bentuk karpet yang boleh disesuaikan mengikup ruang. Sebagai contoh, jika anda mempunyai meja makan bulat anda mungkin mahu karpet bulat yang lebih besar untuk diletakkan di kawasan itu.
WARNA DAN CORAK
Pertimbangkan kawasan permaidani dan persekitarannya. Permaidani adalah cara yang baik untuk menambah sedikit warna dalam sesebuah ruang selain mampu memberi personaliti kepada ruang tanpa ia kelihatan keterlaluan.
FIBER/MATERIAL
Terdapat material atau bahan berbeza untuk permaidani di setiap ruang berbeza. Semak penggunaan ruang dan pastikan ia selari dengan apapun material karpet yang anda pilih.
Selamat mendeko!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.