Dekorasi farmhouse adalah gaya hiasan dalaman yang terinspirasi daripada reka bentuk dan suasana rumah-rumah lama di ladang atau kawasan desa.
Sebagaimana perkongsian facebook yang dikenali sebagai Celagi Kotej meraih perhatian ramai. Ramai yang memuji deko dan susun atur rumahnya yang kelihatan aesthetic dengan tema putih. Malah ada yang mengimpikan memiliki rumah sebegini.
Ruang dapur, ruang tamu dan makan begitu kemas susun aturnya. Seimbang cara susunannya.
Lihat cara wanita cantik ini menghias rumahnya. Sangat hebat! Nak tahu cara susunanya ikuti lanjut caranya dekorasinya.
Bahagian hadapan rumah
Ads
Ruang tamu dengan tema putih dan hitam dengan pencahayaan yang sempurna.
Ads
Rak perkakasan memasak di susun dengan teratur.
Apa yang pasti, gabungan warna dalam rumah ini memberikan pandangan visual yang sangat cantik dan menenangkan.
Siapa tidak kenal selebriti terkenal Rozita Che Wan yang sentiasa bergaya cantik di mana sahaja dia berada.
Akhirnya kediaman milik selebriti ini yang bernilai hampir RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya siap sepenuhnya!
Penantian selama empat tahun menghuni rumah jenis banglo mewah itu akhirnya termakbul selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melabur jutaan ringgit akhirnya ternoktah.
“Tak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Tambah pula dapat masuk rumah baharu. Bukan sekecil anak jumlah saya laburkan untuk rumah ini.
“Kena tipu dengan beberapa kontraktor pembinaan lagi. Kemudian kita diuji dengan pandemik COVID-19, jadi proses pengubahsuaian rumah itu pun tertangguh.
“Tapi kini, saya bersyukur semuanya berakhir. Dapat masuk rumah baharu ini, kira hadiah paling terindah buat saya,” katanya.
Menurut sumber, banglo mewah Che Ta mengambil tema klasik Inggeris sebagai dekorasi utama kediaman keluarga tersebut. Malah elemen tersebut digarap sempurna bagi sebuah kediaman yang selesa dan sempurna buat selebriti yang sememangnya mementingkan kesempurnaan dalam setiap perkara yang dilakukannya.
Rumah banglo berkenaan tidak hanya didiami Che Ta bersama suami, Zain Saidin dan tiga anaknya. Malah seperti dilaporkan sebelum ini, pelakon drama Kiah Pekasam itu turut dipuji ramai kerana memuliakan orang tua apabila mengajak ibu dan ibu mentuanya tinggal bersama.
“Zain sendiri terkejut dan tak sangka saya nekad mengajak ibunya tinggal bersama. Tak ketinggalan teman rapat saya pun ada yang berperasaan sama.
“Lagipun mak mentua saya tinggal seorang diri selepas cucunya yang juga anak Sasha Saidin berpindah ke luar negara. Jadi saya fikir tak salah ajaknya duduk sekali di rumah baharu.
“Keadaan kesihatannya kebelakangan ini pun tak bagus selepas menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya ada yang melihat dan membantunya apabila tinggal sekali,” katanya.
Pengasas bersama empayar perniagaan Inai Che Ta itu berkata Zain pada awal bimbang ibunya menjadi beban.
“Saya tak pernah berfikir begitu terhadap sesiapapun yang berada di bawah tanggungan ini. Saya percaya kadang-kadang Allah beri rezeki kita melalui orang lain.
“Dia pun tak cerewet dan mudah diurus. Di usianya 76 tahun, dia makan apa saja yang dihidangkan. Orang tua makan banyak mana sangat pun. Malah dia enggan menyusahkan saya termasuk pembantu rumah.
“Selama ini, masa tinggal dengan cucunya (anak Sasha Saidin), dia memang sangat kuat dan kental. Dialah yang memandu kereta menghantar cucu ke sekolah, kelas taekwondo dan membeli barangan harian. Tapi sejak kesihatannya terganggu
selepas terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan, dia seakan lemah,” katanya.
Che Ta juga mengakui ibunya terbuka dan menyambut baik usaha mengajak ibu mentua tinggal bersama.
“Cuma lucunya, apabila ibu dan ibu mentua bersembang masing-masing macam ayam dan itik. Seorang cakap Melayu, seorang lagi berbahasa Inggeris. Saya pun terhibur melihat gelagat mereka,” katanya.
Mengenai kejutan hadiah hari lahir mengerjakan umrah tajaan teman niaganya, Anas Zahrin, Che Ta belum dapat memberikan kata putus bila nak ke Tanah Suci Makkah.
“Awalnya, saya bercadang nak menunaikan umrah sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran tahun ini. Tapi tak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.
“Mungkin masa terbaik kalau diizinkan, saya nak ajak suami bersama ke sana pada 10 terakhir Ramadan. Harap niat itu dipermudahkan,” katanya yang turut terbabit mengacarakan program masakan, Rasa tak lama lagi.
Siapa sangka, dari luar orang hanya nampak unit kondo lama yang masih berdiri teguh. Namun kediaman yang terletak di aras bawah ini diubah suai dengan begitu cantik sekali!
Untungnya, pemilik kondo ini iaitu Shini Petrina Raman adalah seorang pereka dalaman profesional. Jelaslah, dekorasi kediaman ini diubah suai melambangkan cita rasa dan karakter sang pemiliknya yang urban. Bijak bermain dengan olahan warna dan material sesuai dengan konsep yang dipilih.
“Saya dan suami membeli kondo lama ini kerana ia mempunyai saiz layout yang lebih luas berbanding kondo baru yang bukan saja mahal bahkan kurang dari segi keluasan. Jadi, kami tidak mahu melaburkan wang dengan membeli hartanah hanya kerana ia baru tapi tidak dapat buat banyak benda terutama interior. Bila kondo ini dibeli saya mula buat ubah suai secara berperingkat.
Saya mulakan dengan kerja-kerja pemasangan paip dan elektrik. Saya juga mula membandingkan tema peribadi dengan trend interior semasa. Kemudian barulah saya tampil dengan tema tersendiri iaitu contemporary edgy, high contrast deco dan menambah beberapa tekstur. Saya juga sukakan clean lines untuk kabinet perabot dan lampu.
Kerjaya sebagai pereka dalaman berlaku secara kebetulan. Selepas menjual nail salon, saya berehat selama tiga bulan. Dalam masa tiga bulan itu saya melalui satu tempoh di mana saya cuba untuk mencari apa sebenarnya yang diminati dan boleh ditukar menjadi bisnes. Detiknya bermula apabila ibu saya hendak mengubah suai ruang tamu rumahnya. Disebabkan waktu itu saya ada kelapangan masa maka saya pun membantu ibu merias ruang tamunya itu.
Setelah selesai saya pun ambil gambar ruang tamu yang baru dihias dan memuat naiknya ke sosial media. Esoknya ketika bangun tidur saya terima banyak mesej daripada rakan-rakan termasuk individu yang tak dikenali. Mereka tanya adakah saya seorang pereka dalaman? Dari situ saya ambil keputusan memulakan bisnes interior. Lalu, tercetusnya idea untuk menubuhkan syarikat sendiri dengan nama VSQ Design & Decorate. Syukur syarikat ini kian berkembang sampai ke saat ini.”
Shini menganggap semangat dalam interior umpama satu ‘ketagihan’ buat dirinya. Selain suami, Shini turut menerima sokongan daripada klien-kliennya sendiri.
“Suami juga mempunyai taste dalam interior. Namun minat suami lebih tertumpu kepada landskap berbanding interior. Suami lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam exterior,” kongsi Shini yang sudah pun berkahwin selama lima tahun namun masih belum dikurniakan anak.
“Semestinya ruang dapur kerana saya banyak menghabiskan masa di ruang ini. Walaupun ia tidak terlalu besar namun saya menatanya sebaik mungkin agar mudah dijaga. Saya banyak berbelanja untuk premium marble quartz countertops agar kelihatan mewah dan up-to-date.
Seterusnya ialah ruang makan kerana pemandangannya dari ruang ini sangat mendamaikan. Di sini saya dapat melihat taman yang menghijau di luar dari panel kaca. Manakala pada waktu malam pula selalunya saya hanya akan menyalakan lampu di sekeliling saja. Kalau ada tetamu, mereka akan duduk di situ sambil ditemani cahaya semula jadi dan hembusan bayu malam yang menyegarkan.”
Semoga perkongsian ini memberi anda inspirasi dalam menata hias kediaman masing-masing. Semoga bermanfaat!
Sheila Rusly antara selebriti yang memang terkenal dengan kelincahannya di ruang dapur.
Kalau intai media sosial Sheila Rusly memang rajin ibu dua anak ini menyediakan hidangan untuk keluarga. Kecur tengok juadah masakan anak seni ini. Macam-macam menu ada dan kebanyakannya ialah sajian tradisi Melayu. Sheila juga dilihat kerap meluangkan masa di ruang dapur dan mengajak kenalan rapat untuk menjamu selera di rumah agamnya dan suami, Jinggo.
Sebelum ini pernah memuat naik gambar ruang dapurnya, ternyata telah menarik perhatian peminat. Melihat ruangan komen di laman Instagram Sheila, rata-rata mereka meluahkan rasa teruja melihat rekaan dapur selebriti berjaya ini yang tampak moden, kemas dan mewah.
Pemilihan warna olive di ruang dapur nyata membangkitkan mood elegan dan mewah. Ditambah pula padanan hitam dan gold yang menyerikan lagi ruang berkenaan. Ruang dapur Sheila Rusly turut terbahagi kepada dapur basah dan dapur kering. Memang jadi dapur idaman para suri rumah ni!
Tidak sekadar dapur, segenap ruang kediaman Sheila Rusly juga dihias cantik dengan perhiasan perabot bercita rasa mewah. Apatah lagi ia terletak di kawasan elit Sunway Rydgeway yang menghidangkan panorama puncak Melawati dan mencecah nilai hingga jutaan ringgit. Eksklusif!
Yang pasti, selain kejayaan Sheila Rusly dalam bidang seni menjadi inspirasi kaum wanita… gaya hidup figura popular ini juga menarik perhatian ramai. Sheila dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 1996. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikail.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.