Kanak-kanak dan sifat ingin tahu yang tinggi memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi awas! Tanpa pengawasan yang rapi, mereka mungkin terdedah pada bahaya yang kita sendiri tidak sedar.

Siapa yang sangka, kadang-kala laman rumah juga boleh menjadi ‘medan ancaman’ untuk kanak-kanak jika mereka dibiarkan sendiri. Bahaya yang paling dekat termasuklah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar kawasan tersebut. Ibu bapa mungkin mengandaikan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi tanaman hiasan tidak membawa kemudaratan kepada anak-anak.

Tetapi sejauh mana pengetahuan ibu bapa mengenai pokok yang ‘berbisa’ dan berisiko besar membahayakan si manja anda?

IKLAN

Berikut adalah beberapa senarai tumbuh-tumbuhan yang perlu ibu bapa kenal pasti;

  1. Caladium bicolor

Hati-Hati, 5 Tumbuhan Hiasan Ini Mungkin Punca Anak Anda Keracunan!

IKLAN
  • Tumbuhan ini memiliki daun yang berbentuk oval seperti kepala anak panah (arrowhead). Pokok ini juga terdapat pelbagai kacukan yang menghasilkan variasi bentuk dan rona daun.
  • Kandungan racun yang terdapat di dalam Caladium bicolor dikenali sebagai Calcium oxalate crystals dan asparagine, iaitu protein yang ditemui di dalam tumbuhan ini.
  • Sememangnya kesemua bahagian tumbuhan ini beracun apabila termakan dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya kanak-kanak didapati termakan bahagian tumbuhan ini, ia akan menyebabkan sensasi terbakar atau melecur pada mulut dan tekak.
  • Lain-lain simptom yang mungkin boleh berlanjutan apabila termakan pokok ini ialah, diarea, nausea, mulut dan lidah menggelembung, mata akan kemerah-merahan, sakit serta terasa panas. Kesan seterusnya adalah muntah-muntah.
  • Jika perkara ini berlaku, segera lap mulut si manja dengan kain bersih yang telah dibasahkan dengan air yang sejuk. Beri si manja susu untuk diminum. Hubungi pakar atau hantarkan anak anda ke unit rawatan.
  1. Zamioculcas zamiifolia

Hati-Hati, 5 Tumbuhan Hiasan Ini Mungkin Punca Anak Anda Keracunan!

  • Tumbuhan ini turut dikenali dengan beberapa jolokan lain seperti Zanzibar gem, Money plant, succulent philodendron, Chinese New Year festive plant dan arum fern. Ia tergolong di dalam keluarga Araceae.
  • Ia membentuk gugusan daun yang tebal, batang berkilat yang ada kalanya kelihatan seolah-olah tumbuhan artificial.
  • Pokok ini juga mampu bertoleransi pada musim kemarau serta boleh menerima kuantiti cahaya yang rendah di dalam rumah.
  • Namun, keseluruhan bahagian pokok ini juga mengandungi racun. Sebaik-baiknya jauhkan ia dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Sekiranya anda perlu menguruskan tumbuhan ini, gunakan sarung tangan berkebun dan cuci sebersih-bersihnya.
  1. Nerium oleander

Hati-Hati, 5 Tumbuhan Hiasan Ini Mungkin Punca Anak Anda Keracunan!

IKLAN
  • Pokok ini mempunyai gugusan bunga yang berlingkar. Ia membesar sebagai pokok yang rendah di kawasan terbuka yang menimbulkan suasana menarik dan menjadi tumpuan.
  • Secantik-cantik pokok ini, ia mempunyai kandungan racun yang tinggi dan sangat merbahaya untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Bagi orang dewasa sekalipun, ketika melakukan proses memangkas, pastikan pemakaian sarung tangan berkebun dipraktikkan.
  • Basuh tangan sebaik-baiknya untuk mengelakkan dari termakan sap (getah pokok). Jika termakan, ia boleh meragut nyawa.
  1. Anthurium spp

Hati-Hati, 5 Tumbuhan Hiasan Ini Mungkin Punca Anak Anda Keracunan!

  • Anthurium spp kelihatan indah dipandang. Namun, merujuk kepada penulisan Springer pada tahun 2007 di dalam ‘Handbook of poisonous and Injurious plants’, kanak-kanak di bawah umur enam tahun terutamanya selalu terdedah kepada racun dari tumbuhan ini. Kajian mendapati terdapat sebanyak 85% panggilan diterima oleh unit kecemasan dan trauma.
  • Pokok ini mengandungi calcium oxalate yang merbahaya untuk manusia dan haiwan.
  • Jika kanak-kanak termakan dalam kuantiti yang sedikit, ia tidaklah begitu mengancam kerana racun tumbuhan ini dikategorikan sebagai sederhana. Pun begitu, jika dimakan dalam jumlah yang tinggi, ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius serta kematian.
  • Bahagian yang racun adalah jus atau getahnya yang terkandung oxalate crystals. Kandungan ini menyerupai jarum kristal yang tajam yang boleh merengsa kulit, mulut, lidah, tekak dan membuatkan si pemakan akan membengkak, sukar bernafas, sakit melecur dan perut meragam.
  1. Dieffenbachia

Hati-Hati, 5 Tumbuhan Hiasan Ini Mungkin Punca Anak Anda Keracunan!

  • Penduduk Amazon menggunakan jus dari tumbuhan ini untuk disapukan pada anak panah pemburuan mereka.
  • Kandungan toksin yang terhasil dari pokok ini ialah kerana ia memiliki calcium oxalate pokok yang sederhana.
  • Sama seperti pokok Anthurium spp dan Caladium bicolor, ia akan memberikan beberapa kesan sampingan jika kanak-kanak termakan tumbuhan ini.
  • Kesan tersebut adalah seperti memusnahkan buah pinggang, kemunculan arteries dan gastrik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI