Fray pan yang sudah lama atau rosak jangan dibuang, banyak manfaat lain yang boleh diolah. Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini, fray pan lama yang telah rosak diubah suai menjadi lampu pendent sesuai untuk kediaman berkonsepkan minimalis atau industri. Bagi yang ingin kelihatan seperti scandinavian, tukar bahagian pemeganag lampu dengan kayu. Jom kita lihat cara untuk makeover fry pan yang rosak menjadi lampu pendent
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tanaman sayur dalam pasu adalah idea bijak bagi anda yang mempunyai ruang terhad tidak kira di anjung, balkoni, dalam rumah dan sebagainya. Namun ramai yang mengalami masalah apabila hasil tuaian tidak menjadi. Sebenarnya, berkebun menggunakan pasu bukanlah semudah yang disangka. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan terlebih dahulu. Antaranya:
KENAL PASTI POTENSI
Perhatikan lokasi yang dipilih untuk memulakan projek tanam sayur di dalam pasu. Jika kawasan yang dipilih menghadap matahari naik di waktu pagi, ia tidak menjadi masalah dan potensinya tinggi untuk lebih subur. Ia penting bagi menentukan jenis tanaman yang sesuai di kawasan tersebut. Secara purata, kebanyakkan tanaman berdaun memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Namun, bagi jenis berbuah ia memerlukan pencahayaan 8 jam sehari.
PILIH BEKAS ATAU PASU
Terdapat pelbagai saiz dan material pasu yang perlu diambil tahu, jangan asal tangkap muat sahaja. Pemilihan pasu terbaik untuk tanaman sayur adalah dari jenis tanah liat kerana ia mempunyai ruang udara yang berupaya mengekalkan kadar kelembapan dalam tempoh yang lama.
KEPERLUAN TANAMAN SAYUR BERPASU
Untuk permulaan, cuba tanam sayuran yang mempunyai tempoh tuaian pendek seperti kangkung, sawi, bayam, dan sebagainya. Bagi memastikan sayuran yang ditanam berjaya di tuai pada masanya, beberapa keperluan tanaman berpasu perlu disediakan seperti dibawah:
Medium tanaman
Medium tanaman atau tanah adalah komponen paling utama dalam proses memulakan projek tanaman sayur di dalam pasu. Tidak digalakkan untuk menggunakan tanah yang diambil di sekitar kediaman. Sebaiknya, beli medium tanaman siap bancuh atau potting mix yang terawat.
Penyiraman
Selain penyediaan medium yang sesuai, penyiraman juga antara faktor pendorong terhadap tumbesaran optimum tanaman. Namun, ia perlu dilakukan secara berhati-hati. Kebanyakkan tanaman mati bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan siraman malah berlebihan air. Sebagai tip, pastikan siraman dilakukan sekurang-kurannya 1 hari sekali terutamanya bagi tanaman berdaun. Namun menjelang musim panas, siraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika khuatir, periksa medium tanaman. Jika permukaan medium kelihatan kering, baru lakukan siraman
Tip tambahan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bilik tidur bukan hanya digunakan sebagai tempat untuk kita berehat dan tidur. Ruang ini juga merupakan sebuah kawasan yang bersifat peribadi dan penuh privasi. Ia boleh menjadi tempat untuk bermeditasi, menenangkan fikiran dan juga sebagai pusat mencari ilham.
Jadi, adalah menjadi satu kemestian untuk mempunyai sebuah bilik tidur yang nyaman dan selesa bagi menjamin kualiti hidup yang baik.
Dan ia bermula dengan pemilihan konsep yang sesuai mengikut minat dan personaliti pemilik. Dengan mendekorasi ruang ini, anda akan dapat menghidupkan dan mendorong suasana yang tepat dengan mood yang ingin diketengahkan.
Disini IMPIANA kongsikan 4 konsep yang sesuai dijadikan tema buat kamar tidur yang selesa dan menyamankan.
MINIMALIS
SCANDINAVIAN
KONTEMPORARI
INDUSTRIAL
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi penggemar konsep Do it yourself atau DIY, .sudah pasti mereka mempunyai kedai atau tempat kegemaran untuk mencari barang-barang untuk projek DIY. Hos rancangan YouTube Buat Sendiri, Syaza berkongsi 5 tempat best untuk mencari barang-barang yang menarik dan berpatutan untuk menghasilkan projek DIY. Berikut merupakan antara kedai dan tempat pilihan Syaza.
1. Spotlight
Korang boleh dapatkan pelbagai jenis barangan menarik di sini!
2. Bunga reben
Terdapat pelbagai jenis reben dan tassels yang korang boleh dapati di sini yang akan membuatkan korang jadi lebih rambang mata.
3. Kamdar
Jika orang memerlukan kain untuk projek DIY korang, Korang boleh singgah di Kamdar.
4. Kedai pengantin/kedai jahit lama
Menurut Syaza, korang boleh dapatkan barang lama di kedai pengantin atau kedai jahit lama yang sudah tidak dapat diperolehi di kedai lain.
5. Kedai secondhand
Kedai secondhand merupakan antara kedai favourite kebanyakan penggemar DIY di luar sana. Korang boleh dapatkan barangan yang unik dan one of a kind yang akan menjadikan hasil DIY korang lebih menarik.
Jadi, apa korang tunggu lagi? Saksikan maklumat lebih lanjut di video di bawah
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.