Baru-baru ini, kedai kelengkapan rumah dan barangan elektrik jenama Harvey Norman, telah mengadakan jualan murah dan penghabisan stok di seluruh cawangan bermula 12 sehingga 25 Oktober depan.
Apa yang menariknya lagi, Harvey Norman juga turut ada menawarkan promosi diskaun pemotongan harga barangan elektrik mencecah ribuan ringgit. Menarik bukan?
Jadi, mari kita lihat antara barangan elektrik yang dijual dengan diskaun pemotongan harga oleh Harvey Norman.
Ads
Memang rambang mata dibuatnya sebab banyak barangan elektrik seperti kipas, mesin pengisar, vacuum, televisyen dijual dengan harga yang sangat murah berbanding harga pasaran luar.
Ads
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Mura
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan dan perkampungan, pasti pernah berdepan dengan masalah untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut di rumah. Malah, mesti ada juga di kalangan anda yang sudah melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya namun masih tidak berjaya untuk menangani masalah tersebut.
Tahukah anda, sebenarnya ada petua dan cara mudah untuk menghapuskan haiwan perosak tersebut buat selama-lamanya daripada terus membiak dalam kediaman anda dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja.
Bahan apa yang cuma anda perlukan adalah serbuk belerang. Umum mengetahui, serbuk belerang adalah merupakan salah satu bahan kimia yang beupaya untuk menghalau haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular. Selain itu, ia berupaya untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut ini.
Caranya, ambil satu atau dua sudu serbuk belerang dan bungkus ia menggunakan sehelai kain kecil. Lalu, diikat seperti seakan-akan sup bunjut yang selalu kita guna untuk memasak.
Apabila bunjutan serbuk belerang itu telah siap, letakkan ia di kawasan yang tersorok di sekitar dinding luar dan dalam rumah terutamanya di dapur.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa punca yang membolehkan diri anda jatuh miskin apabila jumlah wang simpanan anda semakin sedikit saban hari. Bagi anda yang belum mengetahui secara terperinci punca-punca yang boleh membuatkan diri anda jatuh miskin, di sini IMPIANA kongsikan bersama anda.
Menurut pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya memaklumkan ada enam punca utama yang boleh membuatkan diri anda anda jatuh miskin antaranya;
1. Tak Boleh Kesan Penipuan
Masih mudah percaya bahawa ada skim bagi rumah dengan RM10, RM10,000 sahaja. Masih yakin dan percaya, letak artis seorang dua lagilah dia percaya. Bijak sungguh!
2. Suka Salahkan Orang
Ini semua kerajaan yang salah, punca semua ini dari pemaju sebab itu rumah mahal. Kita tak pernah menyimpan dan menabung, asik jalan jalan cari makan sahaja.
3. Tidak Pernah Berkata Tidak
Semua benda kita iyakan, sampai semua kerja pejabat kita yang buatkan. Balik marah anak bini banyak kerja dan kena tipu dengan orang.
4. Tak Pasti Duit Kemana
Kita rasa gaji cukup baik dan banyak, tapi tak pasti kemana duit pergi.
5. Terlalu Fikir Apa Orang Kata
Malulah mak kenduri nie nanti kecik kecik. Apa kak Markonah Baharom katakan kat emak nanti.
6. Tak Pernah Melabur
Akaun ASB pun tak pernah ada, umur dah nak masuk senja. Masih percaya teori konspirasi orang makan duit kita kalau melabur dalam ASB.
Jadi kepada anda semua, ingat sentiasa menjadi seorang pengguna yang bijak dan tidak mudah percaya dengan skim cepat kaya atau terjebak dengan jenayah penipuan ‘scammers’ yang semakin berleluasa pada zaman masa kini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan telah mula dibina di Pantai Cenang, Pulau Langkawi sekitar pada tahun 2008.
Bukan sekadar seperti tempat penginapan biasa yang lain, Temple Tree Resort ini sememangnya sangat unik dan berbeza berbanding dengan hotel-hotel penginapan lain yang ada di Pulau Langkawi.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort ini telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kemudian, proses pembinaan kesemua rumah tradisi lama ini diteruskan dengan pemasangan semula di kawasan peranginan Pantai Cenang, Pulau Langkawi tanpa mengubah keaslian identiti rumah tradisi lama tersebut.
Jadi mari kita lihat dan kenali dengan lebih dekat setiap rumah yang ada di Temple Tree Resort.
IPOH HOUSE
Rumah tradisi pertama adalah merupakan ‘Ipoh House’ yang berada di pintu masuk utama Temple Tree Resort ini telah dijadikan sebagai kaunter ‘reception’ serta restoran buat tempat penginapan berkenaan.
JOHOR HOUSE
Rumah tradisi lama kedua pula adalah merupakan Johor House yang mempunyai sejarah pembinaan berasal dari Batu Pahat, Johor. Pemilik asal kepada rumah ini adalah berbangsa cina, maka oleh itu dari segi struktur dan reka bentuk kediaman ini terdapat elemen budaya
COLONIAL HOUSE
Untuk Colonial House pula, difahamkan mula dibina sekitar tahun era tahun 1900 dan didatangkan khas dari George Town, Pulau Pinang. Struktur reka bentuk dan dekorasi hiasan dalaman pada Colonial House ini terdapat kombinasi elemen sentuhan daripada budaya Peranakan dan Eropah.
ESTATE HOUSE
Estate House antara rumah yang unik dan berbeza daripada yang lain. Ini kerana, Estate House adalah merupakan jenis bangunan berbentuk satu tingkat yang mempunyai 6 buah rumah kesemuanya. Keistimewaan Estate House, setiap rumah memiliki ruang laman privasi di belakang rumah. Menarik bukan?
PLANTATION HOUSE
Plantation House, merupakan sebuah banglo lama dengan sentuhan dekorasi hiasan dalaman bertemakan budaya kemelayuan. Terdapat beberapa sentuhan seni ukiran Melayu ada pada kayu bangunan membuat rumah tradisi lama ini tempak lebih klasik dan mewah.
PENANG HOUSE
Seni bina reka bentuk bangunan daripada Penang House ini juga unik berbanding rumah tradisi lama yang lain. Ia juga didatangkan khas daripada Pulau Pinang dan diterapkan dengan elemen Melayu, Cina dan India pada seni bina bangunan.
NEGERI SEMBILAN HOUSE
Bagi rumah tradisi lama ini sudah semestinya didatangkan khas daripada Negeri Sembilan. Jika kita lihat pada struktur reka bentuk dan hiasan dalaman rumah tradisi lama ini, sudah terang lagi bersuluh pemilik asal kepada kediaman ini adalah berbangsa Melayu. Lihat sahaja lah daripada luaran, rumah tradisi lama ini sememangnya unik
STRAITS HOUSE
Istimewa Straits House berbanding rumah tradisi lama yang lain, ia merupakan sebuah kediaman warisan yang mewah kerana memiliki kolam renang khas persendirian. Selain itu, untuk hiasan dalaman rumah tradisi lama ini telah direka dengan pemilihan perabot yang lebih moden bagi memberikan kepuasan yang terbaik kepada para pengunjung yang menginap di Temple Tree Resort.
KOLAM RENANG
Tidak lengkap rasanya jika tempat penginapan tanpa kolam renang, betul tak? Untuk pengetahuan anda, selain keunikan rumah tradisi lama di kawasan penginapan sudah semestinya Temple Tree Resort ini mempunyai kolam renang yang cantik untuk kegunaan para pengunjung.
Lihat sahaja lah pada foto yang tertera, ternyata kolam renang di Temple Tree Resort ini tampak sangat cantik dengan dihiasi pemandangan awan biru yang menenangkan.
Jadi, tidak dapat disangkalkan lagi, Temple Tree Resort ini merupakan sebuah tempat penginapan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa dengan keunikannya yang tersendiri.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.