Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan dan perkampungan, pasti pernah berdepan dengan masalah untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut di rumah. Malah, mesti ada juga di kalangan anda yang sudah melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya namun masih tidak berjaya untuk menangani masalah tersebut.
Tahukah anda, sebenarnya ada petua dan cara mudah untuk menghapuskan haiwan perosak tersebut buat selama-lamanya daripada terus membiak dalam kediaman anda dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja.
Bahan diperlukan
Bahan apa yang cuma anda perlukan adalah serbuk belerang. Umum mengetahui, serbuk belerang adalah merupakan salah satu bahan kimia yang beupaya untuk menghalau haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular. Selain itu, ia berupaya untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut ini.
Cara-cara
Caranya, ambil satu atau dua sudu serbuk belerang dan bungkus ia menggunakan sehelai kain kecil. Lalu, diikat seperti seakan-akan sup bunjut yang selalu kita guna untuk memasak.
Ads
Apabila bunjutan serbuk belerang itu telah siap, letakkan ia di kawasan yang tersorok di sekitar dinding luar dan dalam rumah terutamanya di dapur.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pergi pasaraya nak beli pisau. Al Maklumlah, pisau dah tumpul. Nak di asah, sekejap je tahan. Tapi sampai-sampai je kat rak pisau, pening kepala nak pilih pisau. Ada yang kecil, tebal tirus dan sebagainya. Mana satu pisau yang sesuai. Tip elak pisau cepat tumpul kena kenal jenis pisau dan kegunaannya.
Persoalan nya, bukan pilih ikut warna dan design. Anda perlu pastikan kegunaannya. Ini disebabkan, bentuk pisau mempengaruhi cara penggunaan. Jadi, sebelum beli pisa, pastikan apakah kegunaan pisau tersebut. Antara pisau-pisau yang terdapat di dunia ni adalah seperti dalam gambarajah yang tertera di bawah ini.
Chef Knife
Antara jenis pisau yang kerap dan banyak digunakan. Mempunyai panjang antara 8-10 cm, ia digunakan untuk memotong sayur, menghiris daging, mencincang dan sebagainya. Kiranya pisau ni serba guna lah.
Paring atau slicing knife
Saiznya memang kecil untuk memudahkan anda menggenggam hulu pisau dan memudahkan proses mengupas. Saiznya yang kecil juga memudahkan anda mengawal ketebalan kulit buah atau sayur yang hendak dikupas.
Untuk dapatkan hasil potongan bawang yang nipis dan cantik, Boleh gunakan pisau paring ni. Tapi sebaiknya anda asingkan kegunaannya. Air bawang mampu menumpulkan pisau.
Boning knife
Ujung boning knife sedikit lebar. Pisau ini digunakan untuk untuk memotong ayam dari tulangnya. Macam orang yang nak buat chicken chop, satay tu, pisau ni sesuai. Bentuknya yang ramping memudahkan tugas-tugas mengasingkan daging dari tulangnya
Meat cleaver atau pisau daging
Pisau ini jenis berat. ia digunakan untuk memotong daging. Kebanyakan masyarakat cina lebih gemar gunakan pisau ni. Sebab tu, ada juga yang panggil piasu ini sebagai Chinese Chef’s Knife. Bahagian pisau yang paling berat adalah pada penampangnya yang tebal. Ia kebiasaannya digunakan untuk tugas-tugas berat seperti mencincang, Memotong sayur dalam kuantiti yang berat, memotong sayur yang keras, menghancurkan bawang putih dan sebagainya.
Fillet knife
Bentuknya seakan boning knife. Tapi hujungnya tirus. Ia dikhususkan untuk buat fillet ikan sahaja.
Bread knife
Kalau nak potong roti gunakan pisau biasa akan meninggalkan kesan yang tidak menarik. Silap-silap, boleh kemek terus. Tekstur roti sedikit kasar. jadi, untuk potong roti anda perlukan pisau bergerigi macma gergaji tu. Baru lah potongan cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bukan mudah nak dapatkan lantai bersih berkilat pada setiap masa,sepanjang hari. Pembersihannya merupakan salah satu kerja rumah yang harus dilakukan hampir setiap hari, lebih-lebih lagi pada kawasan “high traffic” atau kawasan yang mempunyai kadar aktiviti paling banyak seperti kawasan ruang tamu dan dapur.
Adalah agak mustahil nak kekalkan kebersihan lantai kerana jika tidak disapu dan mop, pasti ada sahaja objek asing. Jadi untuk membantu meringankan beban mak-mak dirumah yang penat menyapu dan mengemop, IMPIANA ingin kongsikan satu petua untuk lantai kekal berkilat dan wangi lebih lama dari kebiasaannya. Hanya campurkan dua bahan ini! :
p/s : Anda juga boleh cuba sukatan campuran tadi dengan pakaian agar bau wangi kekal lebih lama. Selamat mencuba!
Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotel penginapan Temple Tree Resort ini yang terletak di sekitar kawasan Pantai Cenang, Pulau Langkawi.
Jadi oleh itu, IMPIANA ingin berkongsi kesemua pengalaman menarik selama 3 hari 2 malam di hotel penginapan tersebut bersama pengikut setia IMPIANA.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan binaan bangunan telah mula dibina sekitar pada tahun 2008.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang kepada para pelancong.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kira-kira hampir dalam 2 jam perjalanan menaiki kapal terbang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, IMPIANA telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kemudian terus menuju pergi ke Temple Tree Resort.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke lokasi hotel penginapan adalah sangat dekat dan hanya mengambil masa sekitar dalam 15 hingga 20 minit untuk sampai. Sejurus tiba di Temple Tree Resort, seperti biasa kena daftar masuk dahulu sebelum masuk ke bilik hotel.
Setelah itu, ketika dalam perjalanan dari kaunter ‘reception’ ke bilik penginapan anda akan terlihat sebuah kolam renang yang tersergam indah di pintu masuk utama kawasan penginapan tersebut.
Ketika keberadaan IMPIANA di Temple Tree Resort, IMPIANA telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di salah sebuah bilik di Colanial House. Tidak dapat disangkalkan lagi, Colonial House ini sememangnya kelihatan tampak cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Ini kerana, struktur luar dan dalaman bangunan Colonial House didatangkan istimewa dari bandar George Town, Pulau Pinang dan dibina semula di kawasan penginapan Temple Tree Resort. Untuk pengetahuan anda, Colonial House merupakan sebuah rumah tradisi lama yang sudah berusia lebih 100 tahun. Menarik kan?
Kalau luar bangunan rumah sahaja pun sudah kelihatan sangat begitu cantik ketika waktu siang mahupun malam, jadi sudah semestinya ruang dalaman rumah tradisi lama ini juga tampak unik dan menakjubkan.
Bagi konsep ruang dalaman rumah tradisi lama ini pula masih lagi mengekalkan sentuhan elemen kombinasi budaya daripada Peranakan dan juga Eropah.
Secara konklusinya, IMPIANA memang berasa sangat berpuas hati dengan servis perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh Temple Tree Resort kepada para pelancong. Boleh kata semua tip-top dan terbaik!
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Di samping itu, anda juga boleh saksikan video penuh momen pengalaman IMPIANA di Temple Tree Resort pada pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.