Bagi yang gemarkan aktiviti berkebun, pastinya anda faham kepuasan yang diperoleh apabila tanaman kita menjadi dan membuahkan hasil. Bukan sahaja menyejukkan mata yang memandang, malah tumbuhan yang ditanam juga mempunyai manfaat dan kelebihan lain, bergantung pada jenis tanaman.
Tanaman ulam khususnya, dapat memudahkan kerja memasak didapur. Hanya perlu petik apabila diperlukan. Berkhasiat, cepat dan yang paling penting, jimat!
Tetapi ramai juga yang takut untuk mula bercucuk tanam kerana risau kerja-kerja menanam itu susah dan berat. Sedangkan ada cara yang mudah yang tidak menggunakan banyak alatan ataupun tenaga.
Perkongsian kali ini IMPIANA fokuskan pada langkah-langkah menanam ulam selom yang mungkin menjadi kegemaran ramai. Lepasni boleh cuba tanam dan makan hasil berkebun sendiri.Memang puas hati! Mari kita ikuti sharingPuan Aida Zainuddin ini.
5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom
1. Batang dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam akar akan keluar melalui batang selom (tukar air rendaman selalu)
3. Tanam batang yang berakar ni dengan cara melintang
4. Tutup dengan tanah dan siramkan pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Dah boleh tuai
Best tanam selom. Sekejap je dah boleh dituai.
Selamat bercucuk tanam!
Norma baru! Walaupun dah boleh bertugas di pejabat, kita sendiri perlulah berjaga-jaga. Jika perlu bertugas di rumah atau Work From Home pastinya kita inginkan ruang yang selesa untuk bertugas. Betul tak? Jom DIY Home Office Cara Hani Mynis!
ila dah kerja di rumah kenalah ada home office atau ruang kerja yang selesa untuk melakukan tugas dan meletakkan barang-barang.
Selain dari perlu kerusi dan meja, penstoran barang berkaitan kerja juga penting supaya nampak kemas terutama jika ruang kerja dalam bilik.
Jika memang berhajat menyediakan home office yang tersusun boleh guna idea dari Hani Mynis ini. Menggunakan almari pakaian untuk penstoran barang berkaitan kerja termasuk printer, ruang kerja dalam bilik ini memang tersusun. Semuanya dalam almari pakaian ini, senang cari.
Ini almari pakaian yang digunakan, 3 pintu harga waktu beli RM155. Box di atas tu beli di Ikea, guna untuk simpan barang sentimental. Seorang satu box.
Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa…penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.
Bahagian atas almari. Ruang dinding almari guna sebaiknya.
Dokumen semua dalam fail jadi susun saja dalam almari.
Tambah Lennart drawer dalam almari. Para Ikea pun letak je atas laci. Para Ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hantar kilang perabot minta tolong potongkan.6.
Laci untuk segala jenis kertas letak di sini.
Macam mana nak guna printer, begini ya. Bila nak guna hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari, Hani parking laptop kat atas ni. Sambung USB printer. Terus print.
Inilah almari yang digunakan. Untuk yang ada bajet sikit macam Hani boleh gunakan yang ni. Kalau ada bajet lebih boleh beli almari pakaian yang lebih tahan atau berkualiti dari Ikea. Sebab ini temporary solution sebelum pindah rumah sendiri nanti so RM155 berbaloi lah. Klik SINI jika nak beli.
Macam ni lah bahagian dalam almari pakaian asal yang dibeli. Kalau perasan para ada di bahagian atas. Tapi Hani letak kat bawah paras pinggang. Guna bracket L je untuk para tu. Bracket L yg besi kecil tu je. Rod atas tak guna.
Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lipan
Lipan amat sukakan tempat atau kawasan lembab.
Lipas dan semut merupakan makanan untuk lipan.
Badan lipan yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
Lipan akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik lipan.
Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
Lebih besar saiz lipan, lebih bisa sengatannya.
Cara Menghalau & Membasmi Lipan
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian lipan dan biarkan sehingga yakin tiada lagi lipan.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat lipan tidak selesa lalu keluar dari rumah.
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau lipan. Selamat mencuba!
Tak Perlu Sental, Sembur Bahan Ni Jubin Tandas Berkerak Jadi Bersih. Lantai dan dinding tandas walaupun kerap dicuci, bila dah dimakan waktu dan usia pasti akan mula kelihatan kekuningan atau ada kesan karat. Kesan ni pada permukaan jubin memang sukar untuk dibersihkan. Walaupun telah disental berkali-kali, kesan kekuningan tersebut tidak akan hilang.
Tapi, Alynn Ramli ada cara super mudah dan mujarab untuk atasi masalah ni. Hanya dengan guna produk harga RM2.10 habis semua kotoran di lantai yang kuning mahu pun kesan karat hilang. Paling best tak perlu guna banyak tenaga untuk sental, cuma sembur dan tinggal 15 minit kemudian basuh. Selepas itu boleh lihat hasilnya, semuanya bersih. Lantai yang kuning pun jadi putih.
Power giler pakai Ganso Stain Remove ni, beli dekat kedai ECO hari tu. Sebelum ini cuci banyak kali tandas ini tapi masih kuning. Lepas pakai Ganso putih terus tandas rumah sewa. Puas hati. Kali pertama guna dan excited, jadi nak share dengan orang lain.
Cara penggunaan
Masukkan cecair Ganso dalam botol penyembur kemudian sembur dalam bilik air. Tak campur air.
Biar dalam 10-15 minit kemudian boleh basuh. Tapi sebelum guna ada beberapa perkara kena tahu.
Tak Perlu Sental, Sembur Bahan Ni Jubin Tandas Berkerak Jadi Bersih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.