Masih ramai yang masih tidak sedar kelebihan menjual dan membeli perabot terpakai tatapi, buat seorang anak gadis bernama Arliya Munif, barangan inilah yang menjadi punca rezekinya sejak 3 tahun yang lalu.
Walaupun usianya baru sahaja menginjak 21 tahun, usahawan muda dari Merbok, Kedah ini telah berjaya meraih jualan perabot terpakai mencecah RM100,000 dalam masa sebulan.
Menggunakan nama Kedai Perabot Terpakai Berkualiti Kedah , tempat tersebut kini menjadi perhatian penduduk setempat kerana menawarkan perabot terpakai pada harga mampu milik.
Menurut Arliya, beliau menceburkan diri dalam perniagaan berkenaan selepas melihat perabot lama yang masih elok dibuang oleh pemiliknya hanya disebabkan oleh kerosakan yang kecil.
“Idea menjual perabot terpakai bermula apabila melihat perabot lama yang masih elok dibuang sehingga mengakibatkan pencemaran.
“Kadang-kadang perabot dibuang ini masih elok. Hanya perlu baiki sedikit sahaja dan ia nampak baharu semula malah ada yang kelihatan mewah,” ujarnya lagi.
Di samping itu, pemilik kedai Perabot Terpakai Berkualiti Kedah itu berkata, beliau juga menjual perabot terpakai kerana memberi peluang kepada golongan B40 melengkapi keperluan rumah mereka.
“Melalui perniagaan ini saya dapat jual perabot pada harga berpatutan dengan kualiti yang memuaskan hati.
Ads
“Lagipun kalau nak beli perabot baharu harganya mahal dan ramai orang tidak mampu,” katanya.
Bermodalkan RM1,500, Arliya yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan memulakan perniagaan dengan membuka kedai di Jeniang, Kedah.
Beliau yang pada ketika itu sedang mengikuti pengajian diploma tidak menyangka perniagaan diusahakan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Antara perabot yang dijual di kedai berkenaan termasuklah sofa, meja makan dan juga almari baju.
Setahun selepas itu, beliau membuka pula cawangan kedua perniagaannya di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok.
Ads
Arliya berkata, pembukaan kedai tersebut didorong oleh jualan yang tinggi selepas beliau memasarkan perabot terpakai yang diambil dari Singapura.
Jaminan kualiti
“Selepas enam bulan beroperasi, kami mula mendapat permintaan agar menyediakan perabot dari negara tersebut kerana jaminan kualitinya.
“Di samping itu, keunikan rekaan dan cara pembuatannya menyebabkan perabot dari Singapura mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan,” katanya.
Seiring dengan perkembangan perniagaan yang diusahakan itu, Arliya telah mempelbagaikan produk terpakai dijualnya seperti sofa, permaidani, tilam, peti ais dan televisyen.
Ads
Malah, katanya, beliau juga terpaksa menutup kedainya di Jeniang kerana mahu fokus kepada perniagaan di Merbok.
“Kedai di Merbok telah dibesarkan bagi menampung jumlah perabot terpakai yang meningkat berkali ganda hasil permintaan tinggi daripada pelanggan,” katanya.
Justeru, Arliya berkata, beliau menyasarkan jualan tahunan mencecah RM1juta pada tahun ini.
Katanya, beliau yakin mampu mencapai sasaran berkenaan selepas mempelbagaikan perniagaannya menggunakan platform dalam talian.
Jelasnya, kaedah berkenaan digunakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
“Kita telah mengambil pendekatan mempromosikan barangan melalui dalam talian sepanjang PKP.
“Tidak sangka pula pelanggan membeli seperti biasa kerana ramai yang memanfaatkan tempoh berkurung di rumah itu untuk menghias kediaman masing-masing,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah bujang cantik, memang dah biasa dengar. Macam mana pula dengan rumah si dara? Perlukan belanja yang besar? tak lah, si dara Nur Diyana buktikan walaupun seorang pelajar, kediaman bujang dapat diindahkan dengan bajet hanya RM 216.92 merangkumi bilik, tandas dan dapur.
saya make over sorang je dapur,tandas dan bilik rumah bujang saya ni, barang semua murah-murah sahaja. Maklumlah saya student kan tak mampu nak beli barang mahal, pada saya kemas dan bersih dah cukup.
Jadi #dekorasibajet utk dapur ni total RM 101.92. Harga barang & di mana saya beli ada tulis kat satu gambar tu ?
untuk tandas pulak rm 56.00 sahaja ..
Oh alang2 tu sy masukkan jugak macam mana saya make over bilik kusam saya kepada konsep minimalist & almari lama yang sy balut dgn wallpaper .. Jumlah perbelanjaan utk bilik cuma RM 37(cat 7 liter jenama acristar) dan RM 22(wallpaper)… Total RM 59 ?..
Jumlah keseluruhan :
Dapur + tandas + bilik = RM 216.92
SEBELUMSELEPAS
Table top tu saya balut dengan wallpaper PVC kaison, bukan plain tau, ada corak timbul. Mungkin sebabkan PVC dia nampak kilat lah.
Langsir / tirai tu saya guna 2 keping tmasuk yang bawah sinki, beli kat daiso. Penyangkut bulat tu memang dah ada skali dalam paket tu ye. Rod boleh laras panjang tu pulak saya beli kat super 99 serdang , RM 3.99 setiap satu, saya guna 3 batang . Saya sangkut rod tu guna penyangkut baju kecil tu je, lekatkan dengan hot glue gun bagi kuat
tiles tu sticker beli kat eco shop 1 plastik ada 6 keping baru rm 2.12 , saya beli 3 plastik
Sengaja sy biarkan dinding merah tu kaler asal , nak nampakkan kelainan
Bajet deko dapur yang tak tulis tu, saya dah lama ada barang tu , jadi saya listkan apa yang dibeli sahaja
Kita transform almari ni , nampak mahal kan padahal bajet bawah 30
Dah puas tonyoh tak hilang juga soap scum jadi kita guna wallpaper pvc (kalis air kalis haba) sama macam kat dapur tapi kali ni warna hijau sbb nak sama dengan lantai dan dinding asal. Lumut-lumut tu dah jirus chlorin , sental , tunggu kering dan cat
SEBELUM
Wallpaper satu roll x habis , langsir dari alas meja eco shop yang dilipat dua , sangkut dengan penyangkut baju
Plag dari eco shop rm 2 setiap satu , lampu kaktus dari Kaison rm 9.90 dengan syampoo free bawak balik time tido hotel
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap kali sebelum nak pergi bercuti, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah menempah tempat tinggal untuk didiami sepanjang percutian. Terdapat beberapa jenis pilihan tempat menginap seperti hotel, butik hotel, hostel ataupun homestay.
Bagi anda yang travel dalam kumpulan yang besar dan mahu jimat, homestay lah pilihan yang paling tepat. Tapi hati-hati jangan sampai tersalah pilih kerana ada yang indah khabar dari rupa. Jadi pastikan anda melakukan research terlebih dahulu sebelum menempah destinasi percutian bersama keluarga.
Dalam posting kali ini IMPIANA ingin kongsikan ciri-ciri homestay yang baik :
HARGA YANG KOMPETITIF
Homestay yang menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan sering menjadi pilihan pengunjung.
LOKASI YANG STRATEGIK
Lokasi yang terletak jauh dari pencemaran tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan awam.
KEMUDAHAN ASAS Mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik tidur yang mencukupi dan selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang lengkap selain item-item kecil lain yang juga penting seperti tuala, ubat nyamuk, alatan memasak dan makan.
KEBERSIHAN
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat atau serangga lain.
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik juga merupakan bonus.
KESELAMATAN
Keselamatan fizikal rumah dan persekitaran dalam keadaan baik dan selamat.
Langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah juga diambil kira oleh pemilik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum ini, impiana ada kongsikan resepi herbisida untuk memusnahkan lalang yang diperbuat daripada nanas. Baru-baru ini, sahabat dari majalah Trubus berkongsi resepi herbisida menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di sekeliling anda iaitu daun mangga harumanis
Cara-cara:
1. Kumpulkan daun mangga harumanis dan keringkan
2. Tumbuk daun yang telah kering sepenuhnya sehingga halus
3. Rendam 200gm serbuk daun harumanis ke dalam 1 liter air dan rendam selama 24 jam di dalam suhu bilik
4. Gaul atau kacau rata sekali sekala air rendaman daun harumanis
5. Setelah 24 jam, saring larutan dan jadikan ia sebagai semburan pada rumpai yang hendak dimusnahkan
Tip: lakukan beberapa kali semburan sehingga rumapai musnah sepenuhnya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!