Dah bertahun-tahun guna ketuhar gelombang mikro atau microwave dirumah tapi tak pernah sekali pun terfikir nak cuci. Kadangkala, sampai ada kesan hitam pada bahagian dlam akibat daripada sisa makanan yang tertinggal.
Dan bagi sesetengah pengguna pula, mungkin tidak pasti bagaimana cara nak bersihkan microwave dengan mudah. Jadi kali ini IMPIANA kongsikan dengan anda trik dari seorang pengguna Facebook yang mencuci microwave miliknya hanya dngan menggunakan lemon. Jom kita cuba!
Keadaan sebelum.
Tips Bersihkan dan Wangikan Microwave
1️⃣ Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja
Ads
2️⃣ Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut
3️⃣ Masukkan dalam microwave.
4️⃣ On kan selama 5 minit.
5️⃣ Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave)
Ads
6️⃣ Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak yah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.
Siap!
Ads
Senang dan cepat kan?
Nota kaki.
Nak guna soda bicarbonate pun boleh juga. Belajar sesuatu?
Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buhan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan didalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang
kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Baju terlalu banyak. Mesti pening kepala macam mana nak susun kemas baju yang melambak tu kan. Penyediaan almari atau ruang simpanan yang banyak, bukan lah penyelesaian yang terbaik. Sebenarnya anda perlu bijak menyusun dan mengolah. Berikut trik menyimpan untuk orang yang mempunyai baju yang terlalu banyak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Apabila tandas di bilik air tersumbat, ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Buka itu sahaja, tandas tersumbat juga boleh mengganggu aktiviti harian anda serta keluarga. Manakan tidak, baru buka pintu bilik air pun dah kembang tekak!
Nak selesaikan masalah ini mungkin akan mengambil masa dan proses yang lama. Jadi, sebaiknya elakkan membuang apa saja yang berpotensi menyumbatkan tandas. Contoh item yang perlu anda jauhkan daripada lubang tandas termasuklah :
1.Pasir Najis Kucing Bahan yang diletakkan dalam bekas najis kucing selalunya diperbuat daripada gel silika, mineral dan juga debu tanah. Ia tidak larut dalam air dan boleh menjadi faktor tandas tersumbat secara perlahan kerana seringkali tuan kepada kucing belaan membuang najis kucing sekali dengan pasir tersebut. INGAT, cedok najis sahaja, yang lain buang di tong sampah atau guna alternatif lain untuk pelupusan.
2. Kertas Tisu Ya, tisu walaupun dipercayai mudah larut, tetapi apabila sudah terkumpul banyak dalam saluran mangkuk tandas, ia akan jadi gumpalan pepejal yang boleh membuatkan mangkuk tandas anda tersumbat. Selain itu, tisu sebegini akan membuatkan anda berbelanja untuk penyelenggaraan tiga bulan sekali, dan sekali ia tersumbat, memang anda akan berbelanja besar.
3. Lampin Pakai Buang Bayi Bahan yang digunakan dalam lampin bayi mempunyai gel yang tidak boleh larut. Apabila terkena cecair, ia akan mengembang dan anda tahu apabila lampin tersebut masuk ke dalam lubang tandas?
4. Q-Tip / Pengorek Telinga Pengorek telinga diperbuat daripada plastik untuk bahagian pemegang, sementara bahagian hujungnya pula diselaputi putik kapas. Jika anda buangnya ke dalam mangkuk tandas, kapas pasti akan larut, tetapi bagaimana pula dengan pemegang plastik? Sudahlah tersumbat, ia juga boleh membuatkan benda lain tersangkut dan mengakibatkan tandas anda tersumbat sekali dengan najis.
5. Minyak atau Cecair Pelincir Cecair seperti minyak kenderaan dan minyak memasak jika dilupuskan dalam saliran paip, lama kelamaan akan menjadi kenyal dan menjadi bahan pepejal dan boleh menjadi faktor utama tandas tersumbat. Jadi elakkan membuang sisa minyak ke dalam saluran paip rumah anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!