Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
Limau Nipis
Baking Soda
Cuka Epal
Cara-caranya :
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
Ads
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
Ads
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
Ads
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Daun Semambu adalah sejenis tumbuhan yang sering digunakan sebagai ramuan herba untuk merawat pelbagai penyakit. Tumbuhan ini biasanya ditemui di pelbagai negara tropika seperti Malaysia, India dan Pakistan.
Walaupun rasanya sangat pahit dan sukar dikeluarkan selepas penggunaan, daun semambu memiliki banyak faedah yang boleh dijadikan ubat untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit berikut.
Selain daun jambu batu, daun semambu juga boleh merawat penyakit cirit-birit. Sekiranya anda mengalami cirit-birit, anda boleh mengatasinya dengan membuat daun semambu sebagai ramuan herba.
Caranya, sediakan segenggam daun semambu dan kemudian tambahkan kulit batang semambu sebanyak dua jari kemudian potong menjadi kepingan kecil, masak dengan 600 ml air. Kemudian rebus sehingga warna air berubah, keluarkan dan tunggu sehingga sejuk. Akhir sekali, penapis dahulu dan minum 2 kali sehari.
2. Tambah selera makan
Bukan hanya halia, salah satu khasiat daun semambu juga boleh meningkatkan selera makan. Anda boleh menggunakannya setiap hari secara rutin dengan cara direbus. Dengan cara ini, selera makan anda akan meningkat dengan perlahan dan semulajadi.
3. Redakan Selesema
Apabila anda terkena selesema kerana cuaca tidak stabil dan imuniti badan rendah, daun semambu boleh menjadi penyelesaian.
Caranya, sediakan beberapa helai daun semambu kemudian keringkan di bawah sinar matahari. Selepas itu, rebus bersama-sama dengan halia kemudian masak sehingga mendidih. Terakhir, tapis terlebih dahulu dan kemudian minum semasa masih hangat. Minum ramuan ini dengan kerap sehingga keadaan badan mula membaik.
4. Boleh membersihkan luka dan menyembuhkan penyakit kulit
Daun semambu juga boleh menjadi alternatif kepada Betadine yang berkesan dalam merawat luka luar seperti lebam atau calar.
Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan air rebusan daun semambu untuk mencuci dan membersihkan bahagian yang luka.
Di samping itu, daun semambu yang mempunyai ciri-ciri antibakteria juga boleh merawat penyakit kudis, kurap atau penyakit kulit lain dengan cara meminum air rebusan daun semambu dua kali sehari secara teratur.
5. Mencegah dan melambatkan sel kanser
Ekstrak dari daun semambu yang diminum secara berkala dan berkesan dipercayai mampu menyekat sifat karsinogenik dalam tubuh.
Oleh itu, daun semambu dipercayai mempunyai potensi untuk mencegah kanser dan memperlambat pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser.
Itulah beberapa khasiat daun semambu dalam mencegah dan mengubati pelbagai jenis penyakit.
Topeng muka kategori tiga lapisan dan N95 paling sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan wabak coronavirus (COVID-19) kerana mampu menapis kira-kira 95 peratus virus.
Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun, menjelaskan topeng muka kategori berkenaan boleh menghalang virus terbabit tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti COVID-19.
“Topeng muka tiga lapisan boleh didapati pada harga lebih murah berbanding N95. Biarpun topeng muka N95 paling baik, topeng muka tiga lapisan sudah memadai, selain harganya berpatutan. Jenis N95 lebih mahal dan lebih sesuai bagi menghalang jangkitan menerusi ‘airborne’ (udara).
“Topeng muka jenis tiga lapisan adalah jenis yang selalu digunakan pegawai perubatan dan kesihatan,” katanya sambil menambah, topeng muka jenis N95 boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, bakteria (100 peratus), debu (100 peratus) dan debunga (100 peratus).
Fungsi topeng jenis tiga lapis pula sama seperti N95, iaitu boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, namun hanya menapis bakteria pada kadar 80 peratus, debu (80 peratus) dan debunga (80 peratus).
Beliau tidak menggalakkan penggunaan topeng muka jenis dua atau satu lapisan mahupun jenis karbon yang boleh dibasuh dan digunakan semula kerana hanya boleh menapis virus pada kadar 10 peratus, bakteria (50 peratus), debu (10 peratus) dan debunga 50 peratus.
“Malah, topeng muka jenis karbon hanya sesuai bagi menghalang bau. Topeng muka juga tidak boleh digunakan berulang kali kerana dikhuatiri tercemar dengan virus yang boleh mengancam penggunanya.
“Saya faham keadaan kini amat mendesak lebih-lebih lagi dengan kekurangan bekalan topeng muka di pasaran akibat penularan wabak COVID-19. Jika hanya mampu mendapatkan topeng muka jenis dua atau satu lapisan, saya menyarankan supaya memakainya sebanyak tiga topeng dalam satu masa.
“Berdasarkan cara penggunaan, topeng efektif digunakan dalam tempoh enam jam sahaja dan selepas itu, topeng baharu perlu digunakan, topeng lama perlu dibuang,” katanya.
Mengenai topeng muka jenis kain, Dr Hanafiah berkata, ia tidak sesuai digunakan langsung kerana kadar tapisan bagi menghalang virus dan debu adalah sifar peratus, manakala topeng muka jenis span yang banyak digunakan sebagai perhiasan pakaian juga tidak boleh menghalang virus.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan topeng muka amat penting dan tujuan utamanya adalah menghalang virus daripada memasuki tubuh melalui mulut atau hidung.
“Kita kena sentiasa berwaspada kerana virus tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebab itu kita wajib pakai topeng muka bagi mengelak kita menyentuh mulut atau hidung,” katanya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa hanya individu sakit atau mempunyai gejala sahaja perlu memakai topeng muka.
“Dalam keadaan kini, semua orang perlu memakai topeng muka apabila berada di tempat awam kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti virus berkenaan,” katanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memiliki bilik tidur yang selesa dan luas sudah semestinya menjadi idaman semua bukan? Tapi tak semua orang ada ruang bilik tidur yang luas. Lebih-lebih lagi korang yang duduk rumah apartment atau flat, dah tentu ruang bilik terhad.
Jom, lihat reaksi pemilik ini apabila perubahan dilakukan oleh MAMY HOME.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!