Apabila tiba musim buah, saat paling paling seronok adalah apabila nak petik buah tu. Tapi ada satu masalah yang kerap berlaku. APA DIA? Bila dah teruja nak petik buah, pemetik tak ada dan buah pulak tinggi-tinggi sukar untuk dicapai tangan. Kalau yang gigih tu, mereka akan panjat. namun tidak bagi mereka yang gayat.
Jadinya terpaksa beli peralatan khas untuk memetik. Setiap musim ini lah masalah yang bakal dihadapi. Bukan sekadar pemetik buah hilang tak tahu di mana simpan, malah ada juga yang telah rosak dan berkarat akibat jarang digunakan.
Tapi, ada satu penyelesaian paling mudah. Hanya menggunakan 2 bahan utama untuk membina pemetik buah iaitu botol minuman terpakai dan kayu. Modal tak seberapa pun. Lepas nie kalau hilang pun boleh buat lagi CEPAT, MUDAH DAN MURAH.
Bahan-bahan:
1 biji botol minuman terpakai (gunakan botol yang mempunyai bentuk bunga di bahagian tapaknya)
1 batang kayu sebagai pemegang
Pisau pemotong
Gunting
Paku/skru
Tukul besi/pemutar skru
Pita pelekat
Cara-cara:
IKLAN
1. Lukiskan bentuk eye droop dari bahagian tapak botol seperti dalam gambar rajah. saiz bulatan nya bergantung kepada keperluan buah.
2. Potong bahagian yang telah dilukis tadi dengan menggunakan pisau potong / Gunting
IKLAN
3. Bentuk bahagian hujung kayu pemegang agar padan dengan mulut botol
IKLAN
4. Cantumkan bahagian mulut botol dengan kayu pemegang tadi dan dikukuhkan dengan skru/paku. untuk lebih kemas, tutup bahagian cantuman dengan pita pelekat
Salad antara sayuran yang di katergorikan sebagai cerewet. Terlebih siram, pokok mati. Terlebih panas pokok cepat layu pula. Tapi, ada jenis salad yang tahan lasak. Namun, ramai yang lebih gemar menanam salad dengan menggunkan sistem tanaman hidroponik kerana ia lebih mudah dikawal dan tidak khuatir jika ia kekurangan siraman.
Namun, untuk memiliki hidropnik atau bekas yang dilengkapi sistem siraman sendiri seperti nutripot, perlukan kos yang sedikit tinggi. Apa kata, kita buat pasu nutripot atau hidropot dari pasu RM 5 untuk tanam salad seperti yang ditunjukkan oleh Jazlym Biznet
Tuaian salad merah, sedap buat ulam cicah budu. Rasa manis. Saya kongsi cara mudah tanam salad:
Bahan-bahan:
Hidropot/pasu
Sabut/cocopeat
Peatmoss holland
Baja thai plant/baja AB
Biji benih salad
Cara-cara: 1. Sediakan bekas hidropot
2. Masukkan sabut dalam hidropot atau pasu 3. Bancuhkan baja AB mengikut langkah yang terdapat pada label produk. 4. Basahkan sabut di dalam pasu dengan air baja yang telah dibancuhkan tadi 5. Taburkan biji benih salda ke atas sabut yang telah dibasahkan tadi. 6. Taburkan satu lapisan nipis peatmoss holland di atas biji benih salad 7. Semburkan peatmoss tadi dengan larutan air baja. Bagi lembap-lembap sahaja 8. Isikan juga air di dalam bekas hidropot 9. Letakkan pasu di kawasan redup tapi mempunyai sedikit cahaya. pantau medium sepanjang proses semaian. Jika medium kering, sembur lagi air baja supaya lembap. 10. Apabila biji benih mula bercambah, dedahkan sedikit pada cahaya dan sentiasa pantau kelembaapn medium tanaman sementara ia matang
Memang umum tahu, banyak bahan dapur yang menajdi rakan kebun anda. Salah satunya ialah kopi. Kenapa kopi? aPa khasiat kopi pada tanaman? Sue Haiza berkongsi khasiat hampas kopi yang mungkin ramai tak tahu dan kurang paham.
Mungkin ramai yang sudah tahu khasiat baja organik ini dan telah menggunakan hampas kopi untuk tujuan kesuburan tanaman
Info ini adalah untuk kita menambah pengetahuan dan jika sesuai bolehlah kita praktikkan semasa kita bercucuk tanam
Pada pendapat saya, penggunaan bahan organik seperti ini adalah mengikut kesesuaian tanah dan tanaman kita. Begitu juga dgn khasiat kulit telur yang saya telah kongsikan sebelum ini. ada yg berjaya menggunakannya..ad pula yang sebaliknya. apapun, yang terbaik adalah dengan cara mencuba dan berkongsi pengalaman.
kopi secara umumnya mengandung nitrogen dan nutrisi lain yang bagus untuk kesuburan tanaman. antaranya adalah ;
1.Kafein
kandungan kafein yang terdapat dalam kopi membantu tanaman kita daripada serangan hama atau ulat serangga. bau kafein pula menghalang serangan rama2.
walaubagaimanapun, penggunaan kompos dari kopi ini hanya sesuai untuk tanah yang mempunyai tahap keasidan yang rendah.
jika penggunaanya salah, ia menyebabkan tumbuhan mengalami keracunan hasil dari kafein, gagal tumbuh dan membesar dgn sihat. dgn itu jangan terlalu kerap menabur hampas kopi ya
2. Khasiat asid
kopi mempunyai kandungan asid yang berguna untuk mengimbangi keasidan tanah.
Video polihan:
3. Mineral
Kopi mengandung mineral, protein, dan unsur lainnya yang dapat menyuburkan tanaman. Kandungan mineral utama kopi adalah kalsium, kalium, besi, fosfor dan kromium, yang sangat disukai cacing tanah. Cacing tanah yang mendapat cukup nutrisi sihat ini dapat menyuburkan tanaman. Selain itu, kandungan mineral tersebut ini juga sangat penting semasa proses pertumbuhan. Serbuk kopi juga mengandungi karbon dan gas nitrogen. Ditambah potassium, magnesium, dan tembaga yang mana sangat berguna kepada tanaman.
4. Protein
hampas kopi mengandungi Lignin dan selulosa yang sangat bermanafaat untuk tanaman.
5. Melebatkan daun.
boleh campurkan hampas kopi dan siram di sekitar pokok.
ok,mari kita teliti kan bagaimanakah cara untuk menghasilkan hampas kopi. selepas menggunakannya sebagai minuman, saringkan hampas kopi dengan air dan biarkan kering.
kemudian,boleh dah ditabur pada sekitar pokok. walau bagaimana pun,jangan terlalu kerap menabur serbuk kopi pd tanaman. cukup lah dengan menabur sekali seminggu sahaja .
Sebenarnya,cara yang lebih efektif adalah dengan mengeringkan nya dan hasilkan baja kompos daripada hampas kopi yang tersebut.
Cara hasilkan baja hampas kopi
Bagaimana menghasilkan baja kompos daripada kopi? caranya adalah dengan mencampurkan serbuk kopi yang telah dikeringkan dengan bahan organik seperti sisa sayuran, sisa makanan,cengkerang telur atau roti yang telah basi.
jika ingin maklumat lanjut,bolehlah mempelajarinya dgn lebih detail
Apapun,bagi saya yg baru bermula untuk bercucuk tanam, cukuplah sekadar menabur hampas yang kering sahaja.
Contoh tumbuhan yang sesuai adalah seperti cili,kacang panjang,tomato,lobak dan lain2.
semoga bermanafaat. kongsi ilmu,kongsi pengalaman
Tanaman ros bagaikan satu kemestian terutamanya bagi peminat taman inggeris. Terdapat pelbagai jenis ros yang sesuai dengan iklim Malaysia. Tapi yang sering menjadi buruan adalah dari jenis yang menjalar. Konsep laman inggeris lebih menyerlah apabila ros yang ditanam menjalar memenuhi bumbung atau dinding kediaman.
Di Malaysia , Ros memanjat yang kerap menjadi buruan adalah dari jenis Dacid Austin-Heritage/spirit freedom. Ia antaara spesis yang cepat memanjat dan berbunga lebat. Namun, setakat memilih jenis yang tepat tidak memadai, hal lain trutamanya habitat untuk memudahkan tanaman ini memanjat turut diambil berat.
KEPERLUAN
Trellis yang kukuh
Pengikat tanaman
Shears atau pemangkas yang tajam dan bersih
sarung tangan (pastikan sarung tangan yang digunakan tidak dapat ditembusi duri)
PROSES 1. Pasang trellis 3 inci jauh dari permukaan dinding 2. Ikat ranting ros pada trellis yang telah dipasangkan dengan menggunkan pengikat tanaman. Hal ini perlu dilakukan secara kerap selagi ada pucuk dan ranting baru yang memanjat. 3. Tidak perlu lakukan sebarang cantasan selagi ros yang memanjat tidak memnuhi permukaan trellis. Hanya teruskan mengikat 4. Lenturkan ranting-ranting baru dengan lembut bagi mengelak ia keluar dari struktur dan ikatkan pada trelis 5. Apabila pokok mula menampakkan perkembangan baik dnegan memenuhi permukaan trellis, cantaskan ranting-ranting halus dan tidak produktif bagi memberi peluang kepada bahagian lain menerima baja dan menghasilkan bunga dengan lebih banyak
Jika di Malaysia, laman Instagram milik Nur Syamimi jadi perhatian kerana beliau menampilkan sisi kreatif menghias kediaman flat miliknya. Di Indonesia pula, nama Tiranissya...