Tanah tak luas mana tapi boleh sahaja nak bercucuk tanam. Zaman sekarang ini ada macam-macam cara boleh guna untuk yang suka berkebun. Antaranya kebun sayur tergantung yang menjadi pilihan popular bagi pemilik rumah yang mempunyai ruang luar yang terhad.

Anda boleh menggunakan pasu, tin kosong atau botol bekas sebagai bekas tanaman. Namun, idea kebun sayur gantung mengunakan paip PVC dan cawan plastik yang dikongsikan oleh Mohd Hafizan Bin Mohamad ini juga menarik dan praktikal.

Boleh ikat dan gantung dekat awning atau balkoni rumah guna tali dan ikut suka nak buat berapa tingkat.

DIY kebun sayur gantung

1. Beli PVC di hardware, saiz tak perlu besar untuk sayur berdaun, 82mm warna putih dah cukup.

Beli sekali endcap untuk saiz PVC yang sama. Kalau takde boleh buat sendiri penutup pakai bekas plastik bulat beli di kedai RM2. Kemudian gamkan dengan gam lilin.

Guna PVC & Cawan Plastik Buat Kebun Sayur Gantung, Sesuai Rumah Apartmen

IKLAN

2. Tebuk PVC guna dril penebuk. Jarak paling tepi 4 inci. Jarak antara cawan 8 inci. Tambah semua jadi 48 inci ÷ 12 = 4 kaki muat untuk 6 cup.

3. Untuk cawan boleh beli bulu mop di kedai RM2 kemudian pakai pemanas tebuk lubang kat bawah cawan. Masukkan bulu mop sebagai sumbu. Dalam cawan letak cocopeat tak perlu tanah.

Guna PVC & Cawan Plastik Buat Kebun Sayur Gantung, Sesuai Rumah Apartmen

4. Dalam PVC letak air baja A+B. Bancuh 30ml(A) dan 30ml(B) dengan 4 liter air biasa. Cukup-cukup untuk batang paip putih saiz 82mm panjang 4 kaki.

IKLAN

Sekali isi saja sampai sayur membesar, cuma kalau air baja nampak sedikit kering tambah sikit. Boleh gantung dulu PVC baru isi air baja supaya senang.

Guna PVC & Cawan Plastik Buat Kebun Sayur Gantung, Sesuai Rumah Apartmen

5. Kemudian boleh letak cawan berisi tanaman dalam lubang PVC yang ditebuk. Sumbu akan serap air dan bekalkan pada pokok sayur, jadi tak perlu siram.

IKLAN

Selain bayam boleh tanam sayur daun lain juga, sawi, salad, pudina antara yang ditanam.

Guna PVC & Cawan Plastik Buat Kebun Sayur Gantung, Sesuai Rumah Apartmen

Guna PVC & Cawan Plastik Buat Kebun Sayur Gantung, Sesuai Rumah Apartmen Guna PVC & Cawan Plastik Buat Kebun Sayur Gantung, Sesuai Rumah Apartmen Guna PVC & Cawan Plastik Buat Kebun Sayur Gantung, Sesuai Rumah Apartmen

Selamat mencuba

Sumber: Mohd Hafizan Bin Mohamad

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI