Mesin pengering pakaian (dryer) merupakan salah satu mesin yang amat penting untuk dimiliki setiap rumah untuk memudahkan proses pencucian pakaian. Ini kerana faktor cuaca negara kita tidak menentu lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Pakaian yang dibasuh  memang lambat kering.

Sebab itulah pentingnya memiliki mesin pengering pakaian (dryer). Jika anda tidak ada mesin pengering pakaian sendiri di rumah, anda boleh mengeringkan pakaian di dobi layan diri. Namun  apa yang sering terjadi ialah apabila pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin pengering tidak kering sepenuhnya. Masih lagi lembap.

Mengapa keadaan ini berlaku? Berikut perkongsian Salkukhairi N Sons

Biasa tak anda menghadapi keadaan di mana kain yang dikeringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri masih agak lembab. Pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin pengering tidak kering sepenuhnya walaupun ianya telah di “spin” lebih daripada 30 minit.

Keadaan ini berkemungkinan berlaku disebabkan cara pengeringan anda yang kurang betul. Misalnya saya dapati, ramai orang yang mencampakkan sahaja kain mereka terus ke dalam mesin pengering dengan keadaan kain yang masih basah dan berpuntal-puntal. (Sila rujuk gambar 1).

GAMBAR 1

Pakai Mesin Pengering Tapi Pakaian Masih Lembap Dan Berkedut Teruk, Mungkin Ini Jadi Penyebabnya

IKLAN

Cara begini sebenarnya adalah SALAH. Ini kerana, dengan cara mencampakkan kain terus ke dalam mesin, ia akan mengakibatkan kain anda tidak dapat kembang dengan baik sewaktu mesin pengering berpusing yang menyebabkan kain tidak dapat kering dengan sempurna, terutamanya kain yang agak tebal dan di bahagian pinggang dan kaki seluar.

CARA YANG BETUL ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Sila perah dan kibas kain anda terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi sisa-sia air pada kain tersebut dan menjadikan ia dapat kembang dengan baik dan tidak berpuntal-puntal apabila dimasukkan ke dalam mesin pengering nanti.

2. Sila masukkan kain tersebut ke dalam mesin pengering sehelai demi sehelai dengan keadaan ianya dikembangkan. Sila susun kain tersebut secara berlapis. (Sila rujuk Gambar 2).

Pakai Mesin Pengering Tapi Pakaian Masih Lembap Dan Berkedut Teruk, Mungkin Ini Jadi Penyebabnya

IKLAN

3. Cara ini menjadikan adanya ruang diantara kain anda yang membolehkan kain anda dapat berpusing dengan baik di dalam mesin pengering dan menjadikan proses pengeringan lebih sempurna.

4. Ianya dapat mempercepatkan proses pengeringan dan menjimatkan masa dan wang anda. Ini kerana kain boleh kering dengan sempurna dalam masa 30 hingga 35 minit sahaja (untuk satu bakul penuh kain).

5. Bukan itu sahaja, kain anda juga tidak akan berkedut dan mudah dilipat sebaik sahaja dikeluarkan daripada mesin pengering.

Kalau tak percaya silalah cuba! Moga ia bermanfaat untuk semua.

IKLAN

Sumber: Salkukhairi N Sons

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Pakai Mesin Pengering Tapi Pakaian Masih Lembap Dan Berkedut Teruk, Mungkin Ini Jadi Penyebabnya

 

https://www.youtube.com/watch?v=RuIiWYrrLAk

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI