Guna Khidmat i-Clean Selangor, Kutip Barang Rumah SAIZ BESAR Yang Nak Dibuang Secara PERCUMA!

Guna Khidmat i-Clean Selangor, Kutip Barang Rumah Saiz Besar Yang Nak Dibuang Secara PERCUMA! Selalunya selepas proses ‘decluttering’ dan mengemas rumah, banyak barang-barang yang tidak digunakan dan ingin dibuang. Namun ramai pemilik kediaman yang tidak tahu nak buang di mana barang-barang tersebut. Terutamanya apabila melibatkan barangan bersaiz besar seperti perabot, sofa, almari, katil, tilam, peti sejuk dan sebagainya.

Guna Khidmat i-Clean Selangor, Kutip Barang Rumah SAIZ BESAR Yang Nak Dibuang Secara PERCUMA!

Mungkin masih ada yang tidak tahu, bagi penduduk yang tinggal di negeri Selangor, anda boleh menggunakan perkhidmatan mengutip barangan di rumah yang hendak dilupuskan dengan aplikasi iClean Selangor. Hanya perlu menghantar info kepada pihak pengurusan iClean Selangor sahaja dan mereka akan datang ke rumah dan kutip barang tersebut secara PERCUMA!

Perkhidmatan ini telah diwujudkan sejak tahun 2016 sebelum sepi seketika namun kita dikatakan telah kembali aktif memungut barang-barang yang ingin dilupuskan.

i-Clean Selangor

i-Clean Selangor merupakan satu aplikasi aduan pengurusan sampah yang sangat membantu rakyat Selangor untuk melaporkan masalah berkaitan sampah, terutama isu kutipan sampah pembuangan sisa pukal (sampah besar).

Perkhidmatan ini diurus dan dikendalikan oleh syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) yang ditubuhkan dengan objektif untuk menguruskan pengumpulan sampah domestik dan perkhidmatan pembersihan awam di Selangor.

Aplikasi ini menjadikan pengurusan sampah awam lebih telus dan responsif, selain memudahkan kerajaan negeri atau syarikat sampah dapat kenal pasti dan menyelesaikan kawasan bermasalah dengan lebih cekap.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada “Smart Waste Management” di Selangor di bawah kerangka negeri untuk jadi lebih pintar dalam urusan pengurusan sisa pepejal serta cara terpantas untuk selesaikan isu aduan sampah dan pembersihan.

Ads

Guna Khidmat i-Clean Selangor, Kutip Barang Rumah SAIZ BESAR Yang Nak Dibuang Secara PERCUMA!

Khidmat Kepada 12 Kawasan Bandaraya

Syarikat ini menawarkan khidmat ini kepada kesemua 12 kawasan perbandaran/bandaraya berikut:

1. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
2. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
4. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
5. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
6. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
7. Majlis Perbandaran Sepang (MPSP)
8. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
9. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
11. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
12. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Cepat & Efisien

Dilaporkan hampir 98 peratus aduan melalui aplikasi ini diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan: contohnya, kutipan sampah biasa dalam ~12 jam dan pembersihan awam dalam ~48 jam. Dalam satu laporan, hampir 15,000 aduan diselesaikan dalam 24 jam. Memang pantas dan efisien.

Perkhidmatan Tambahan:

Selain aduan rutin, pengguna juga boleh mohon perkhidmatan “bulk waste disposal” melalui aplikasi maksudnya, kalau ada barang besar yang nak dibuang seperti sofa, meja makan, almari, katil dan sebagainya boleh minta kutip melalui i-Clean. Paling penting perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Ads

Pengiktirafan & Anugerah

Jadi tidak hairanlah, i-Clean Selangor ini pernah memenangi Anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik pada PC.Com Awards.

Cara Aduan

Ada beberapa cara untuk membuat aduan laporan sampah:

1. TELEFON:
Talian Bebas Tol 1-800-88-2824
019 375 9592
019 375 3980

2. WHATSAPP
019 274 2824

3. APPS:
iClean Selangor (Google Playstore & Apple App Store)

Ads

4. Sistem Pengaduan Awam Selangor

Guna Khidmat i-Clean Selangor, Kutip Barang Rumah SAIZ BESAR Yang Nak Dibuang Secara PERCUMA!

5. EMAIL
iclean@kdebwm.com

Semoga Bermanfaat!

IMPIANA: Jadi buat pemilik kediaman yang ingin lupuskan barang-barang terpakai bersaiz besar ini, tak perlu serabut nak buang di mana, boleh dapatkan perkhidmatan i-Clean Selangor ini secara PERCUMA.

Sumber:KDEB Waste Management

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads