Bayangkan 9 sarung kusyen kerusi kita sudah pun dimasukkan dengan kemas. Tinggal yang terahir , tiba-tiba zipnya rosak! Adakah kita perlu tukar semua sarung kusyen yang lain kembali?
Sakitnya hati apabila sarung sarung kusyen kerusi kita kembang atau longgar setelah di basuh. Padahal elok lagi sarung kusyen kita dengan sulaman dan manik-manik yang ada. Harganya pula bukannya murah. Malah rugi pula rasanya hendak buang tetapi tak sempurnalah hiasan dekorasi kita dengan sarung kusyen ternga-nga begitu. Nak dicampak sayang, sebab masih elok, kainnya pun bagus.
Jadi jangan sentap! Perhatikan apa masalah sarung tersebut. Jika terdapat serabut benang pada landasan atau alur zipnya, gunting segera kerana serat benang ini juga antara sebab landasan zip kita tergendala. Malah adakala terus rosak hanya kerana serat benang ini.
Ads
Jangan sentap! Lihat kepala zip kita bagaimana keadaannya. Ini adalah kerana ada zip yang besinya agak lembut dan mudah terbuka sedikit cengkaannya apabila di basuh dengan mesin basuh yang penuh berkuasa. Tarik kepala zip pada landasan zip. Jika ia tidak mencengkam bermakna tapak bawah kepala zip dan atas berada di dalam jarak yang terlalu longgar sehingga tidak mampu menemukan gigi zip menjadi sebuah landasan.
Cara terbaik, kepit dengan cermat kepala zip agar tidak terlalu ketat. buat sedikit demi sedikit sehingga lubang cengkap kepala zip kembali berada di jarak yang betul bagi merapatkan gigi zip anda dengan menggunakan garfu.
Ads
Manakala jika zip anda tersumbat dengan benang, perlahan -lahan mengguna klip rambut bagi mencungkil kembali serat benang yang adakala kita terlepas pandang.
Ads
Jadi tidaklah kita membazir dalam menghias rumah sempena hari raya ini. Zip tertutup, mulut kita pun terzip daripada membebel sentap.
Boleh lihat video ni
https://www.youtube.com/watch?v=n5kKjemuIB8
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siraman pada awal pagi dapat memberi keperluan air yang cukup untuk tumbuhan yang akan digunakan dalam proses fotosintesis. Selain itu juga ia berupaya membantu mengurangkan kadar hidrasi kerana akar pokok telah menyerap keperluan air.
2. Siram terus ke permukaan tanah
Ramai antara peminat taman akan melakukan penyiraman secara terus ke atas daun walhal yang memerlukan air adalah akarnya. Tumbuhan yang mempunyai daun berbulu akan mudah melecur jika penyiraman dilakukan terus pada permukaannya seperti Begonia spp. Apabila air bertakung pada permukaan daun, ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria, kulat dan mildew pada kawasan yang bertakung air. Jangan berharap sepenuhnya pada air hujan
Walaupun hujan turun dan telah membasahi tumbuhan, lakukan pemeriksaan untuk memastikan keseluruhan tanah atau medium di dalam pasu lembap. Kadang kala, hujan yang mencurah tidak dapat menembusi permukaan tanah terutamanya untuk tumbuhan yang mempunyai silara yang padat.
3. Jangan biarkan tanah kering sepenuhnya
Ada kalanya tanah yang tidak kerap digembur akan mula mengeras hingga menyebabkan air tidak dapat menyerap. Hal ini akan berlaku sekiranya tanah di dalam pasu di biarkan kering sepenuhnya dalam tempoh yang lama. Melakukan penyiraman segera dapat menghalang perkara tersebut dari terus berlaku.
4. Guna sungkupan untuk mengekalkan kelembapan
Untuk mengekalkan kelembapan pada tanah, gunakan sungkupan seperti hampas kayu, sabut kelapa dan bahan lain yang bersesuaian. Di samping itu juga, ia membantu mengurangkan kadar pertumbuhan rumpai. Malah permukaan pasu yang ditutupi sungkupan juga kelihatan lebih kemas dan menarik.
Tip penyiraman untuk tumbuhan berpasu apabila anda pergi bercuti
Bagi tumbuhan daripada jenis Kaktus dan Sukulen boleh hidup berbulan-bulan tanpa perlu disiram. Letakkan tumbuhan anda di bawah teduhan dan lakukan penyiraman sebelum keluar untuk bercuti.
Sediakan miniature greenhouse. Cucuk 4 batang kayu pemancang di sekeliling pokok, serkup plastik beg hingga menutupi mulut pasu. Pastikan plastik tidak bersentuh pada pokok. Ikat mulut plastik pada pasu dengan menggunakan getah dan pastikan ia ketat.
Letakkan satu lapisan batu atau pebbles sekurang-kurangnya setengah inci di dalam bekas loyang atau dulang. Isi air di dalam dulang tersebut sama paras dengan batu yang telah diletakkan. Susun pasu di dalam dulang tersebut.
Basahkan keseluruhan tuala atau kain guni sepenuhnya. Lipat tuala tersebut mengikut saiz keperluan dan susun pasu di atas tuala tersebut
Untuk tumbuhan yang lebih besar, letakkan beberapa lapisan kertas surat khabar yang telah direndam di atas permukaan tanah. Lebih besar pokok, lebih banyak kertas diperlukan.
Pasang sistem pengairan pokok automatik. Sediakan balang yang dipenuhi air dan diletakkan secara bersebelahan dengan pasu. Gunakan selembar nylon cord sebagai penyambung dari bekas berisi air ke dalam pasu. Pastikan nylon cord yang digunakan terbenam ke dalam tanah di dalam pasu sekurang-kurangnya 3 inci.
Sebelum anda keluar bercuti, lakukan penanaman semula tumbuhan di dalam pasu. Letakkan lapisan lampin pakai buang di bahagian bawah pasu sebelum diletakkan tanah. Ia membantu untuk mengekalkan kelembapan tanah di alam pasu.
Pencahayaan bukan sahaja membantu menyerlahkan reka bentuk dalaman, tetapi juga mengubah dan mengundang suasana kepada ruang. Begitu jugalah dengan ruang makan. Pilihan lampu yang sesuai dan menarik mampu membuat ruang makan yang kecil menjadi besar dan ruang yang besar menjadi mewah. Namun harus diingatkan juga, sebelum memilih elemen pencahayaan, perkara penting yang perlu diambil kira ialah mengetahui reka letak dan susun atur terlebih dahulu. Seterusnya barulah anda anda dapat menggabungkan lampu yang bukan sahaja sesuai dengan ruang malah menepati selera dan cara hidup anda. WEB IMPIANA kongsikan dengan anda pilihan lampu gantung yang menarik di ruang makan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi pasangan Encik Sofian dan Puan Azura, memiliki kediaman yang berkonsepkan industri memang menjadi idaman. Namun apakan daya, tinggal dikediaman pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah sambil merawat bonda mempunyai sedikit keterbatasan.
Namun, apabila si ibu sepakat memberi privacy kepada anak membina keluarganya sendiri, ruang hadapan rumah induk yang dulunya menjadi serambi diserahkan kepada si anak. ” Dulunya ruang ini menjadi ruang berkumpul terutamanya jika ada kenduri. Dari ruang serambi yang luas, kami bahagikan ia menjadi tiga buah bilik bersama ruang tamu,” jelas pemilik memulakan bicara.
INFO DAPUR Nama Pemilik: Encik Sofian & Puan Azura Jenis Kediaman: Rumah kampung Konsep Dapur: Industrial Lokasi: Port Disckson
Tidak lengkap sebuah kediaman itu tanpa jantungnya iaitu ruang dapur. Memandangkan ruang serambi telah dipenuhi dengan bilik tidur dan ruang tamu, pemilik mengambil keputusan untuk membina struktur baru yang dijadikan sebagai dapur, bilik air, dan ruang simpanan.
“Memandangkan saya suka mengumpul barangan antik dan isteri pula gemar akan konsep industri, kedua-duanya sangat sepadan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membina struktur dapur ini dari batu bata dan kemasan cement render,” terang pemilik.
Struktur kayu asal dari serambi masih dikekalkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu titik tumpu yang unik di ruang dapur ini. Lebih berseri dan memberi impak yang menyeluruh, lakaran air tangan si isteri yang berkonsepkan tropika di lakar indah pada fasad kayu serambi.
Lantai ruang makan ini tidak di beri kemasan cementrender kerana ia sukar dijaga tambahan kurang selesa untuk dipijiak. Oleh itu, pemilik lebih yakin dengan pemilihan jubin yang mempunyai corak cement render. Ia mengurangkan beban si isteri untuk melakukan penyelengaraan. Mudah dilap dan disapu
“Berbeza dengan breakfast counter, saya lebih selesa memilih kemasan jubin untuk ruang yang digunakan secara lasak. Ini disebabkan permukaan cement render ini agak sensitif dan sukar untuk dijaga. Jika digunakan secara lasak dan kerap, mudah retak. Apabila berlaku retakkan walaupun kecil, kotoran mudah melekat dan sukar untuk di cuci,” perinci pemilik memahami risiko penggunaan kemasan cement render sebagai counter top.
Selain penggunaan kaunter sarapan sebagai pemisah penggunaan ruang, pemilik turut memadankan jubin bercorak geomatrik pada lantai. Ia bukan sahaja menjadi pemisah secara visual malah memberi percikan rona menceriakan dapur yang ratanya didominasi rona kelabu.
Keseluruhan struktur kabinet dapur menggunkan kayu keras dan diberi kemasan laminate fomica. Tidak mahu terlalu padat, hanya satu ruang dinding sahaja di sediakan kabinet dapur bahagian atas. Ia dibina penuh hingga ke siling bagi mengelak menjadi perangkap habuk. Tampil lebih kemas, pintu kabinet menggunkan sistem concealed finger pull untuk dibuka.
Menyerlahkan lagi konsep industri yang di bawa, Pemilik memilih padanan kaki lampu dan kipas rona hitam. Tidak cukup itu sahaja, pendawaian yang dibuat turut menggunakan paip PVC yang di cat dengan rona hitam mate bagi mengurangkan kos untuk membeli paip besi.
” Tidak mudah untuk menghasilkan rekaan industri ini. Jika tidak kena dengan orang yang mahir, hasilnya akan mengecewakan. Bukan sahaja untuk membentuk permukaan cement render yang cantik malah batu bata yang diikat perlukan kepakaran yang tinggi. Nasihat saya, sebelum melakukan sebarang pembinaan dekorasi berkonsepkan industri ini, pastikan kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja,” pesan pemilik kepada pembaca Impiana.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.